Kosong

Malaysia 0-4 Arsenal. Itu yang pertama muncul di benak Mr Tehr sekarang. Kemudian teringat pula air kosong, hari ini rasanya kurang minum air kosong kerana bekalan air kosong Mr Tehr di sekolah dah habis. Hari ini juga tak keluar idea dan tak tahu nak tulis apa-apa, macam kosong je kepala. :D

kalau perut menjadi kosong
terasa lapar memang biasa
tapi kalau tong yang kosong
bunyinya memang luar biasa

Hari ini Mr Tehr membeli sebuah tangki air baru untuk diletakkan di belakang rumah. Tangki yang sedia ada sekarang selalu sahaja kosong kerana tekanan air rendah, air tak naik ke tangki. Hajat Mr Tehr nak letak kat bawah je dengan harapan ia tak akan kosong nanti.

sekali sekala makan di luar
kerana isteri tidak memasak
air kosong pun kena bayar
kadang pula mahal terlajak

Ada murid yang pergi ke sekolah untuk belajar tetapi hanya membawa beg kosong sahaja. Tak ada alat tulis, tak ada buku. Hairannya tidak pula mereka ke sekolah dengan poket kosong. Masih juga membawa bekalan wang saku. Mungkin kerana ibu bapa mereka tak mahu perut anak kosong.

apa guna mangkuk tingkat
kalau tidak berisi apa-apa
minta maaf kepada sahabat
tulisan hamba kosong sahaja

Sahabat ada terfikir apa-apakah dengan perkataan ‘kosong’ ini? Boleh kongsi?

TehrDemikian kisah 'Kosong' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


39 Comments

  1. kawe lak otak kosong ari nie he he… Jenuh cari idea.. tak ler jumpa2… :D Harap2 Malaysia lwn Chelsea, ada ler 2 – 3 buat gembira-gembira skit :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah 3D PrinterMy Profile

    1. DLSL namamu teratas u … ehem ehem…
      Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah 3D PrinterMy Profile

      1. tehr says:

        hehe
        tahniah :D

    2. tehr says:

      ingatkan kawe sorang je :D

  2. Mr Rileks says:

    air kosong mmg baik d mnum w/pun ‘kosong’… :D
    Mr Rileks baru je tulis kisah Trafik Mencurah Curah dari Apesal.comMy Profile

    1. tehr says:

      kosong tanpa apa2 bahan merbahaya
      memang sangat bagus

      1. Mus says:

        kosong adakalanya lebih baik dari penuh..
        Mus baru je tulis kisah Cerita Luar Bandar, Sesiapa Yang Sudi Mendengar?My Profile

  3. padin says:

    kalau kita bergaul dengan orang harap2 ‘kosong – kosong’
    takde dendam, takde iri, takde dengki dsb.. :D
    semua kerja pon senang nanti hehee..
    padin baru je tulis kisah Kesihatan Mental Untuk KehidupanMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      simpan yang baik2 je, bro
      kira situasi win-win la :D

  4. LiFe KaMi says:

    tak boleh banyak sgt kosong bro,
    dah nak raya ni kena berisi skit ,
    nanti pas raya baru le kosong..hehe

    1. tehr says:

      sedang mengosongkan perut untuk isikan poket
      hehe

      1. Mus says:

        masalah ni kalau poket kosong..
        sebelum/selepas raya saat yang mencabar..
        Mus baru je tulis kisah Cerita Luar Bandar, Sesiapa Yang Sudi Mendengar?My Profile

    2. padin says:

      hehe sebelum raya perut kosong
      dah raya poket plak kosong
      padin baru je tulis kisah Kelebihan BersyukurMy Profile

      1. tehr says:

        haha
        kosong berganda

  5. mancai says:

    membuat baju kain berela,
    lalu dipotong satu persatu,
    bergerak maju tingkatkan usaha,
    dari kosong menjadi satu,
    mancai baru je tulis kisah Semak kelajuan internetMy Profile

    1. tehr says:

      lalu dipotong satu persatu
      untuk kamu dan aku juga
      dari kosong menjadi satu
      selepas satu jadi berjuta

  6. Mus says:

    air kosong… sekarang mmg tak sedap..
    nantilah…
    bulan puasa… pasti ia menyelerakan…
    harap bersabar dengan dugaan berpuasa…
    (mode puasa dah ni..)
    Mus baru je tulis kisah Cerita Luar Bandar, Sesiapa Yang Sudi Mendengar?My Profile

    1. tehr says:

      puasa masa budak2
      kalau tak boleh makan, dapat minum pun jadi le :D

  7. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip hilangkan bauan durian dalam kereta

    eeeemmmmm tentang kosong… mmg sekarang ni tengah bulan lambat gaji… selok poket selok dompet …. Kosong ajerrr… Cucok ATM pun baki kosong….

    Tumbuk lesung membuat emping,
    Emping penuh di atas meja;
    Tin yang kosong berbunyi bising,
    Tin yang penuh senyap sahaja.
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip Hilangkan Bauan Durian Dalam KeretaMy Profile

    1. tehr says:

      emping penuh di atas meja
      hidangan kari tak masak lagi
      tin yang penuh senyap sahaja
      seperti padi tunduknya berisi

      kadang2 poket berbunyi gak, bro
      bunyi duit syiling :D

  8. Norgadis says:

    Kalau air kosong memang bagus tapi kalau paip air kosong, angin yg masuk, meter jalan juga, akhirnya poket yg kosong huhuhu…

    1. tehr says:

      kan elok kalau mereka hantar bil kosong :D

      1. Norgadis says:

        Betul2… saya suka kalau dorang hantar bil kosong.
        Norgadis baru je tulis kisah Pisang Tanduk Ku BerbuahMy Profile

  9. kakyon says:

    fikiran kosong..
    kakyon baru je tulis kisah selamat berhujung minggu..My Profile

    1. tehr says:

      u la pasal, kakyon
      kadang2 memang macam tu
      huhu

  10. Petua Herba says:

    Kerap sangat perut terasa kosong sejak akhir2 ni, selalu sangat muntah, adeh….
    Petua Herba baru je tulis kisah Petua membuang kutilMy Profile

    1. tehr says:

      aik? selalu muntah?
      ada apa2 ke tu?

  11. Fikiran ku pn kosong jugak memikirkan masalah kerja di ofis, huhuhu.. kekadang menyesal plak kerja dlm bidang ICT ni yg penuh dgn masalah2 terutama masalah pengguna buta ICT yg veteran… susahnya nak ajar diorang guna komputer…
    aktechpage.com baru je tulis kisah Mencari Semangat Yang HilangMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      aku ada alaminya kat sekolah, bro
      mereka yang veteran ni memang lebih suka pen dan kertas
      sekarang ni aku ajar yang mana mahu je
      itu lebih aman

  12. titan says:

    fikiran aku bukan kosong lagi dah ni..ini dah masuk level malas dahh..
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 5 dari Says.myMy Profile

    1. tehr says:

      cepat2 tarik, bro
      sebelum mood ke laut :D

  13. puteri says:

    biar dompet kosong
    biar beg kosong
    biar rumah kosong
    biar buku kosong
    biar perut kosong

    jangan akal kosong
    puteri baru je tulis kisah makcik pun sokong Bersih!My Profile

    1. tehr says:

      ya la
      fikiran kosong boleh jadi juga kadang2nya
      tapi kalau akal kosong
      memang parah tu

  14. zik says:

    kosong perut siang pagi tadi…. dan kosng idea untuk wordless wednesday
    zik baru je tulis kisah Percaturan Ong Kim Swee menentang chelsea 21 Julai iniMy Profile

    1. tehr says:

      ww ke, zik?
      aku pun tengah pikir gak ni
      huhu

  15. maza says:

    hari ini maza kekosongan kerajinan…

    harap2 boss pun tidak dijangkiti penyakit yg sama.. malas bayar gaji!.. aderkkkk
    maza baru je tulis kisah Wordless Wednessday: Togetherness for better life..My Profile

  16. akubiomed says:

    Anak-anak saya selalu bawa ais kosong dan roti krim ke sekolah. Sekali-sekala bawa wang saku kerana di sekolah ada gangster darjah 3 selalu pau duit budak-budak di sekolah :-(
    akubiomed baru je tulis kisah Tip blogging terbaik untuk mendapatkan trafik tinggiMy Profile

  17. ghost writer says:

    harap dompet aku tak kosong sebelum ramadhan nih….banyak nak pakai duit untuk seminar sana sini.
    ghost writer baru je tulis kisah PaulMy Profile

  18. Harap dengan kedatangan ramadhan yang mulia ni,hati kita akan dikosongkan dari terlalu memikirkan hal dunia,isikan dengan aktiviti yang memberikan faedah di akhirat nanti.
    InfoBuahPinggang baru je tulis kisah Ketahui Kesan Sampingan Pemindahan Buah Pinggang(Bah 2)My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun