Korban Dan Punca Tanah Runtuh

Kali ini saya ingin berkongsi mengenai senarai peristiwa tanah runtuh di negara kita yang telah mengorbankan 109 orang mangsa setakat ini. Ada 11 kejadian semuanya bermula dengan Tragedi Highland Towers pada tahun 1993 hingga kejadian terkini yang menimpa Rumah Anak-anak Yatim Madrasah Al-Taqwa beberapa hari lepas.

11.12.1993 Highland Towers, Hulu Klang 48
30.06.1995 Jalan susur Genting Highlands 21
01.01.1996 Jalan 3/11 Pesiaran Tiga, Bandar Baru Selayang 0
25.12.1997 Km17 Lebuhraya Ampang-Hulu Klang 3
15.05.1999 Bukit Antarabangsa dan Wangsa Ukay 1
02.112002 Taman Hillview, Hulu Klang 7
31.05.2006 Kampung Pasir, Hulu Klang 4
09.10.2006 Seksyen 10, Wangsa Maju 0
30.11.2008 Ulu Yam Perdana, Hulu Selangor 2
06.12.2008 Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Ampang 5
29.01.2011 Bandar Ramai-Ramai, Kampung Gelam dan Kampung Sundang Darat, Sandakan 2
21.05.2011 Rumah Anak-anak Yatim Madrasah Al-Taqwa, Batu 14, Hulu Langat 16

Sebahagian data yang sempat saya kumpulkan dan mungkin sekali masih ada yang ketinggalan.

korban dan punca tanah runtuh

Rumah Anak-anak Yatim Madrasah Al-Taqwa

Tanah runtuh berpunca dari faktor alam dan manusia. Laman Fakulti Sains dan Teknologi, UKM menyenaraikan jenis dan ketebalan bahan, geomorfologi, pemendakan dan pemotongan cerun sebagai faktor alam sementara faktor-faktor manusia pula seperti pengubahsuaian cerun, puncak cerun overloading, pengubahsuaian saliran dan pemindahan tumbuh-tumbuhan.

korban tanah runtuh

Screenshot dari laman Kementerian Kerja Raya Malaysia

faktor alam takdir yang maha esa
ada hikmah terjadi demikian rupa
faktor manusia memang kerja kita
apa sebab berlaku demikian juga

TehrDemikian kisah 'Korban Dan Punca Tanah Runtuh' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


50 Comments

  1. adele says:

    tidak dinafikan ia adalah faktor alam tetapi berapa ramaikah yg melihatnya sbg amaran Allah terhadap masyarakat kita dgn maksiat yg semakin berleluasa?

    peringatan buat diri ini dan seluruh manusia juga.. :(
    adele baru je tulis kisah Gambar- Burger Ular- Ada yang sanggup makanMy Profile

    1. MDHAFiZ.NET says:

      setuju dgn komen ini….setiap keburukan yg berlaku di muka bumi ini pasti ada kena mengena dgn perbuatan tangan manusia itu sendiri..
      MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah Semakan Permohonan Kemasukan Ke Politeknik 2011 Sesi Jun 2011My Profile

      1. tehr says:

        tangan2 manusia yang tamak

        1. suri says:

          mahu bina itu ini tanpa pikir akan kesannya akan datang..

          1. bEe says:

            Mereka membina hanya memandang RM shj sedangkan mereka tahu akibatnya…

            Cuma, diikutkan bila dah tahu akibat yg akan jadi masih mahu duduk d situ. Mungkin tiada pilihan….
            bEe baru je tulis kisah Ilustri &amp Gambar Bak Irama &amp LaguMy Profile

    2. tehr says:

      betul tu, adele
      manusia selalu lupa dengan peringatan yang diberikan

    3. dnoBiz says:

      Betul tu Adele…
      tapi jangan Hanya bila terjadi pada orang kita kata itu petunjuk Allah, tapi bila menimpa kita kita cakap itu adalah khianat atau orang dengki…
      dnoBiz baru je tulis kisah Tragedi Tanah Runtuh – Gambar yang sempat dirakamkan sebelum kejadian tanah runtuhMy Profile

  2. yas says:

    Speechless…….:(
    Hanya doa di iringkan buat mereka yg terkorban…
    Al fatihah….
    yas baru je tulis kisah Cerita sedih mangsa tanah runtuhMy Profile

    1. tehr says:

      ya. hanya iringan doa

  3. Razlan says:

    Tidak bisa berbuat apa ,hanya doa bagi mengiring kesedihan kepada mangsa 2 tanah runtuh ,semoga roh meraka dicucuri rahmat maha esa
    Razlan baru je tulis kisah Contoh Resume Bahasa MelayuMy Profile

  4. Cik Siti says:

    al-fatihah buat mereka yang telah pergi… sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka… sesungguhnya kita perlu mengambil tindakan dengan punca yang dicari dan bukan hanya menunding jari…
    Cik Siti baru je tulis kisah Berakit-rakit ke huluMy Profile

    1. tehr says:

      kita perlu sama ambil pengajaran
      letak belakang je sifat tamak tu

  5. mie says:

    alfatihah…
    itu saja dapat disampaikan…
    tenteng kes highland tower tu..
    gue memang sentiasa ingat..
    mie baru je tulis kisah Gambar Tragedi Tanah Runtuh Di Rumah Anak Yatim Al-TaqwaMy Profile

    1. tehr says:

      kes tu memang gempar
      aku juga masih ingat, mie

      1. suri says:

        bagi keluarga yg menimpa mmg kes ni akan sllu semat dlm ingatan..

      2. mie says:

        sebab artikel highland towwer jadi keje kursus gue..
        huhuhu
        mie baru je tulis kisah Liverpool Asia Tour 2011 @ MalaysiaMy Profile

  6. zulkbo says:

    salam..
    pembinaan rumah di tebing
    hutan simpan Ampang tu semuanya..
    alahai sekitar rumah saya jua..moga
    di jauhkan…
    zulkbo baru je tulis kisah Petua Menghadapi Musim Hujan PetirMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      dulu2… saya biasa ke ampang naik bas dari pusat bandar
      sekarang ni memang tak tahu dah
      memang sesat :D

      moga2 dijauhkan segala bencana
      amin

  7. sud@is says:

    setiap kali kejadian akan ada postmortem tp
    pembangunan dilereng bukit tetap menumbuh macam cendawan

    tiada pantauan?..

    Al Fatehah untuk kanak2 yang syahid
    sud@is baru je tulis kisah Gempaq kejadian di HSBASPengamal Ilmu HitamkahMy Profile

    1. tehr says:

      sekali kilat memancar
      sekali guruh berbunyi
      selamanya tak sedar
      selamanya tak mengerti

      manusia memang selalu buat2 lupa, sud@is

  8. titan says:

    aku dah agak, peristiwa macam ni akan berulang..kan..kan..aku dah cakap 4 tahun yang lepas masa kat universiti..
    titan baru je tulis kisah Komisen kedua dari BidtrafficMy Profile

    1. tehr says:

      dan akan berulang lagi dan lagi…
      sampai bila2…

  9. zik says:

    kuasa Allah lebih besar… biarpun kita sudah merancang pelan dan memotong bukit dengan betul…
    zik baru je tulis kisah Boleh buat apa dengan pokok kelapa nieMy Profile

    1. tehr says:

      asal saja bukan kita sengaja menempah kecelakaan

      1. zik says:

        bila disiasat ada jumpa kolam dekat atas bukit sana tuh…. itulah puncanya
        zik baru je tulis kisah Imam muda 2- 2011 minggu ke5 hendonismeMy Profile

  10. dnoBiz says:

    Bila alam bersuara….
    yang penting sekarang.. apa yang kita pelajari dari kejadian ni..
    dnoBiz baru je tulis kisah Tragedi Tanah Runtuh – Gambar yang sempat dirakamkan sebelum kejadian tanah runtuhMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu
      ambil pengajaran dan cuba elakkan dari berulang
      kita perlu buat yang terbaik
      yang lain2 serah kepada allah

      1. bEe says:

        Alam bersuara krn kemarahan kpd manusia itu juga. Mungkin sudah sampai masanya alam & tanah menyembah bumi dan mengadap yg Esa
        bEe baru je tulis kisah Ilustri &amp Gambar Bak Irama &amp LaguMy Profile

  11. nurida ardy says:

    lopas ni tarah la lagi lereng bukit , cerun bagai tu yer…ada lagi tu yg belum ditarah tu…:) tarah lagi…dan lagi…:)
    nurida ardy baru je tulis kisah Best Ke Nur Kasih The Movie &amp Pirate of Caribbean- On Stranger Tides niMy Profile

    1. tehr says:

      tarah dengan beringat2
      jangan buat sesuaka hati

  12. Gayahspears says:

    Gayah tgk dalam berita… fuh…
    Sungguh mengerunkan…
    Itulah kekuasaan Tuhan…
    Tuhan merancang sesuatu yg kita sendri tak jangka akan berlaku…

    **Simpati pada mangsa2 yg terlibat..
    Gayahspears baru je tulis kisah Depression!!!My Profile

    1. tehr says:

      ya la, gayah
      rancangan Dia memang ada pengajaran untuk kita

  13. padin says:

    …atau alam mulai enggan, bersahabat dengan kita,
    cuba kita bertanya pada rumput yang bergoyang…

    1. sud@is says:

      tanya sama rumput mengapa bergoyang
      nnt jawab rumput, angin yg tendang
      sud@is baru je tulis kisah Tips Sihat Cara RasullullahMy Profile

      1. tehr says:


        tanya sama angin apa sebab malang
        nanti jawab angin manusia petualang

        1. Ismail N says:

          kelas gitew..
          .
          .
          .
          tanya sama manusia kenapa petualang…
          nanti jawab manusia, angkara setan!
          Ismail N baru je tulis kisah Kopi KFC Kentucky Fried ChickenMy Profile

  14. tiap yg berlaku ada hikmahnya, tetapi bukanlah alasan untuk kita tidak berusaha dan mencegahnya

    bukit dan gunung itu pasak bumi, bila diganggu..

    1. tehr says:

      yang pasti kita tak menyalahkan takdir, TE
      semuanya salah kita sendiri

  15. Ini hangat sekejap lepas tu sejuk balik karang isu ni…. :)
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Advertlets blog advertising networkMy Profile

    1. tehr says:

      … dan akan hangat lagi bila ada tragedi baru

  16. afzal laidin says:

    Kejadian macam ni menjadikan kita teringat betapa kita sebagai manusia hanya merancang. Mungkin ini sebagai peringatan kepada kita yang masih bernafas.
    afzal laidin baru je tulis kisah Komunikasi bukan semata kata-kataMy Profile

    1. tehr says:

      peringatan dah banyak, bro
      tapi manusia memang mudah lupa

  17. Ladfe Amir says:

    semoga kali ini kerajaan dan pihak sewajarnya dapatlah ambil tindakan yang segera. jgn pasal pelaku video dot..dot..dot aje yang cepat didedahkan.

    utamakan hak mereka yg memerlukan bantuan dan sokongan
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Surau Juga Rumah AllahMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      dedahkan kesilapan je buat pedoman
      jangan dedahkan aurat :D

  18. Ismail N says:

    susah ehh benda nih.. kawe dah tgk ramai manusia yg asalnya baik tetapi bila diduga dgn harta dan kuasa..jadi lupa dan hancurlah segalanya. Kawe mau jaga diri sendiri aje skrg semoga tak jadi mcm tu gak… nasihat diri sendiri pon susah, apalagi nak nasihat org lain.
    Ismail N baru je tulis kisah Kopi KFC Kentucky Fried ChickenMy Profile

  19. Affan says:

    risau betul kalau dok rumah dekat2 lereng bukit.
    Affan baru je tulis kisah Tips – Kelebihan membaca dan memberi komen di blogMy Profile

  20. bEe says:

    Al-Fatihah utk anak2 yg terkorban :-(

    Sudah sampainya anak2 & yg terkorban bertemu yg maha Esa. Kita shj yg tak tahu bila masanya & di mana…
    bEe baru je tulis kisah Ilustri &amp Gambar Bak Irama &amp LaguMy Profile

  21. ghost writer says:

    ini menunjukkan kontraktor gagal meneliti kemungkinan2 yang akan datang dengan membuat kajian sekeliling.malah bagi pihak yang meluluskan sesuatu pembinaan juga lebih banyak menutup mata sebelah melihat risiko yang akan dihadapi sekiranya bencana alam berlaku…
    ghost writer baru je tulis kisah jiwa milik tuhanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun