Entri blog ini bukan bertujuan untuk menyokong atau membantah Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Merdeka hari ini.
Berbagai arah bersimpang jalan,
Hajat menuju Stadium Merdeka;
Kebangkitan rakyat buat himpunan,
Seluruh negara menanti cerita.
Perhimpunan kali ini bukan lagi satu perhimpunan haram seperti yang lepas-lepas. Kali ini penganjur telah mendapat kebenaran dari pihak polis dengan syarat-syarat yang dipersetujui bersama.
Stadium padat penuh sesak,
Lapisan rakyat mari berhimpun;
Penuh semangat jerit sorak,
Ikutlah syarat sopan santun.
Ada 27 syarat yang dipersetujui antara polis dan penganjur. Peserta perhimpunan juga MESTI BERSETUJU dengan syarat-syarat untuk berhimpun ini sekiranya berhajat mahu ikut serta. Andai tidak bersetuju, elok saja duduk rumah, layan putu halba. Paling koman pun tidur!
Kena dengan caranya, tidur juga mendapat kebaikan dan pahala.
Pilihan Kisah Berkaitan
Demikian kisah '#KL112 [Himpunan Kebangkitan Rakyat]' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.
entry SEO ke apa tehr hehe
onlajer baru je tulis kisah Tahun Baru Muka Baru
pasti mengena SEO nya ni..
Mus baru je tulis kisah Kamera DSLR Terbaik, Dilema Mana Satu Pilihan Anda?
Salam..

ermm..ada aktiviti hari ni nampaknya
gotong royong bersih sekolah
Bro Zulkbo baru je tulis kisah Gambar Sekitar Himpunan Kebangkitan Rakyat : HKR 12-Januari-2013
ada himpunan lagi ke?
ketinggalan pula isu keamanan di Malaysia ni..
ehehehehehe
mie baru je tulis kisah Apa Yang Menarik Di Kota A’Famosa
Saya tak berani pergi, takut saya kena apa2 tindakan nnt, walaupun dikatakan mendapat permit, takut juga ade provokasi, lagi pun hari ni jaga makmal, orang nak renovate syiling, tapi sampai sekarang tak datang2 lagi kontraktornya, sigh~~~
nazray baru je tulis kisah Codecademy | Laman interaktif untuk belajar HTML, Programming dan API.
Tunggu dan lihat jer.
hatiputera baru je tulis kisah Semakan Kemasukan Kolej Vokasional 2013
kisah nye mana..tgh gantung ni..hahaha
sharafie baru je tulis kisah Maharaja Lawak Mega 2012 Finalis Pendapat Aku
bro tgh bermain dgn seo ni haha siap hashtag tu~
effort lab baru je tulis kisah Eva Restaurant – Makan Tanpa Telefon dan Dapat Diskaun [6 gambar]
Stadium padat penuh sesak,


Lapisan rakyat mari berhimpun
Hujung minggu mari memasak
Jimat wang duit bertimbun
Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Caveat Emptor : Starbucks Planner 2014
yang penting keamanan mesti dipelihara..
hairulafiz baru je tulis kisah Trafik tertinggi
Hari Sabtu menghadiri sesi bersama Amanz EDU dan Jom Sosial untuk info sharing mengenai ‘Intro to Mobile Web Technologies’.
akubiomed baru je tulis kisah Ambil berat untuk berkongsi PRUkasih
harap semuanya berjalan lancar lah yer…kesian tengok kat budak2 kecil yang turut terlibat…
papa mifz baru je tulis kisah Teknik Memberi Ikan Makan Ketika Snorkeling
Alhamdulillah….semuanya aman….bagus…bagus….tp jgn la dok buat selalu….
yas baru je tulis kisah Update Senarai 28 Telefon Pakej Belia 1 Malaysia (RM500)
pehh..penuh stadium tuu..
titan baru je tulis kisah Pentingnya memilih Program Affiliate yang membayar.
Ummi bicara ayat berpantun,
Datang bertamu di hari Sabtu;
Demi negara rakyat berhimpun,
Sedang menunggu diberi waktu.
Sebelum sempat musuh mengasak,
Tangan mencapai senapang di tepi,
Stadium padat penuh sesak,
Jangan sampai ada trajidi.
Subuh perangat nasi berkerak,
Kopi dibancuh habis secawan;
Penuh semangat memekik bersorak,
Mesti patuh garis panduan.
Pak Din kurus terbahak-bahak,
Membasuh baju bini yang punya;
Pemimpin telus rakyat berpihak,
Kukuh bersatu harmoni semuanya.
UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Melanggris..(Melayu-Inggeris), Pantun Versi Baru..
kesian jugak tgk anak2 kecil dibawa ke sana sini.. itu pilihan masing-masing
fiezaradzi baru je tulis kisah Tips Menghantar Anak Pertama Kali Ke Sekolah