Kita Yang Hidup

yang dekat adalah mati
mungkin juga tinggal sehari
atau sekejap hanya lagi
apakah amal sudah dipenuhi

yang sedikit adalah masa
biar pun lama tidak dikira
pabila sampai akhir ketika
tugasan masih tidak sempurna

yang besar adalah nafsu
kiri kanan sentiasa diburu
satu ditambah dengan satu
takkan cukup walau beribu

yang berat adalah amanah
bukan untuk iman yang lemah
harapan akan menjadi punah
hati pula tambah bernanah

yang pelik adalah hati
hitam putih silih berganti
mesti bijak mengasuh sendiri
iman dan taqwa perlu sebati

Kita hadir di dunia ini adalah sementara, hanya dalam perjalanan ke tempat yang kekal abadi. Banyak yang perlu diuruskan dan diselesaikan sementara kita sampai ke destinasi sebenar.

TehrDemikian kisah 'Kita Yang Hidup' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun