Kisah Rumah Tangga

Oh dengarlah tuan-tuan
Sebuah kisah suami isteri
Kadang kala terdapat
Si isteri memerintah suami
Oh disuruh duduk-duduk
Dijerit-jerit dibentak-bentak
Suaminya dulu hensem
Rambut panjang dah jadi botak

Oh la la
Kalau memilih isteri ala abang
Biar betul-betul
Jangan tersalah pilih ala abang
Kena ‘queen control’

Oh la la la la la la la la
La la la la la la la
Kisah rumah lah tangga
Ada-ada saja

Oh kadang pula terdapat
Suami jahat isteri budiman
Isterinya cukup sabar
Perangai suami ya Allah macam setan

Kalau di belakang isteri
Hai joli sana joli sini
Kalau di depan isteri
Amboi pijak semut pun tak mati

Oh la la
Kalau memilih suami ala adik
Biar betul-betul
Jangan tersalah pilih ala adik
Kena kaki botol

Oh la la la la la la la la
La la la la la la la
Kisah rumah lah tangga
Ada-ada saja

Oh rumah tangga yang cantik
Suami isteri hidup aman
Kalau salah sedikit
Lekas-lekas diselesaikan
Perkara kecil-kecil
Jangan suka dibesarkan
Itulah satu contoh
Perlu kita buat pedoman

Oh la la
Kalau milih pasangan ala tuan
Biarlah berpadan
Supaya hidup aman ala tuan
Di sepanjang zaman

Oh la la la la la la la la
La la la la la la la
Kisah rumah lah tangga
Itu semestinya

Sebuah lagu lama yang dinyanyikan oleh seniman agung Allahyarham P. Ramlee

Kebelakangan ini banyak pula kedengaran kisah penceraian pasangan dari rakyat biasa, selebriti penyanyi atau pelakon, tokoh politik malah pasangan diraja. Cerai memang halal walau pun tidak disukai oleh Allah swt. Mengapa bercerai? Payah nak jawab, kan? Banyak juga kes yang dibawa pula ke mahkamah syariah samada dalam menentukan pembahagian harta, hak jagaan anak-anak atau hanya untuk menentukan sah atau tidak lafaz cerai yang dibuat oleh suami.
Hidup untuk memberi bukan sekadar menerima.

TehrDemikian kisah 'Kisah Rumah Tangga' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun