Kisah Meraba

Bila bekalan elektrik terputus, kelam kabut juga jadinya untuk beberapa ketika. Di mana lampu picit, di mana lilin, di mana mancis, semuanya tak kelihatan kecuali gelap dan kelam. Maka berlakulah aksi yang tak dapat dilihat melalui pancaindera mata, mengalahkan si buta yang kehilangan tongkat. :D

Anak-anak kecil [dan juga orang dewasa?] mula bising atau menangis kerana takutkan gelap. “Ok, semua diam, jangan bergerak ke mana-mana,” kedengaran suara si bapa cuba memberi arahan dalam gelap. Suara si ibu selalunya bercampur baur dengan berberapa arahan serentak. Kacau!

lilinblackout tiba di suatu malam
meraba-raba di dalam kelam
dihembus angin lilin terpadam
semua benda kelihatan hitam

aksi terlarang sering terjadi
raba-meraba di dalam negeri
kisah malang kehilangan diri
ke mana fatwa di mana budi

terkadang hamba juga teraba
hilang kitab madah pujangga
mahu diingat sesekali terlupa
mencari arah mencapai cita

Hidup kita memang sentiasa perlukan panduan dan pedoman agar sentiasa bergerak di jalan yang lurus. Jalan yang akan membawa kita ke destinasi yang kita hajatkan. Kalau terpesong arah atau tersesat di hujung jalan, amat perlu sekali untuk kita kembali ke pangkal jalan. Tiada istilah terlewat atau terlambat untuk menekan brek serta menukar arah kerana kita sendiri yang memandunya.

TehrDemikian kisah 'Kisah Meraba' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


61 Comments

  1. bEe says:

    Uiiikkk,
    Meraba-raba tu susah tu! Hahahaha….. Remaja suka words tu :-P
    bEe baru je tulis kisah DONT NOTTY NOTTY YEMy Profile

    1. dnoBiz says:

      dan juga keyword tu…
      dnoBiz baru je tulis kisah Port Baik Punya – Bila DnoBiz BloggingMy Profile

      1. Mus says:

        memang panas!!!
        Mus baru je tulis kisah Gambar Makan Sedap – Nasi Goreng UdangMy Profile

        1. suri says:

          baik raba telekung utk tunaikn solat heee

    2. tehr says:

      remaja selalu salah guna perkataan dan perbuatan
      hehe

  2. sud@is says:

    sediakan payung sebelum hujan, sama juga kesnya kalau balckout
    sediakan lampu emergency elak meraba2 diwaktu kalam..hehe
    bukan apa ….sian budak2
    sud@is baru je tulis kisah Release TensionMy Profile

    1. tehr says:

      lampu emergency kat rumah dah rosak :(
      nampak gaya nak kena beli yg baru ni

      1. Mus says:

        memag kena beli baru..
        kalau tersalah raba..buruk padahnya

  3. Cik Siti says:

    Bahaya ni En Tehr…. kena report 15454….
    Teringat kalau dekat kampung masa kecik-kecik dulu selalu elektrik putus… apa lagi tak anak-anak kecil berlari dalam gelap atok selalu cerita pasal hantu… masa tulah berhimpit le duduk tu… mana yang tepi lari dok tengah…
    Cik Siti baru je tulis kisah Apa Yang ada pada buku teksMy Profile

    1. tehr says:

      si kakak ngan abang pula suka nyakat adik
      ‘sapa dok tengah kena cubit dulu’
      hahaha

  4. decrewz says:

    Bila balackout semua ternganga
    Apa ditangan semua disambar
    Dalam gelap meraba-raba
    Salah raba makan penampar
    :)
    decrewz baru je tulis kisah Kenapa Mesti Entry SEO Search Engine OptimizationMy Profile

    1. tehr says:

      apa ditangan semua disambar
      sama ada kanan atau pun kiri
      salah raba makan penampar
      pasti berbekas sebelah pipi

      1. decrewz says:

        Kalau tak sempat elak ditampar
        Cuba tahan dengan lutut
        Kalau salah tempat menampar
        Jawabnya tido tangan berbalut
        decrewz baru je tulis kisah Saya Nak Jadi Bloglist Simanis-CadburladyMy Profile

  5. dyea says:

    biasa meraba dlm panggung wayang jew…raba pop corn..raba air,
    dyea baru je tulis kisah Sila Pandang Belakang sambungan pilem jgn pandang belakangMy Profile

    1. tehr says:

      meraba cara selamat tu :D

    2. Mus says:

      meraba untuk mengalas perut.. ;)
      Mus baru je tulis kisah Gambar Makan Sedap – Udang MukahMy Profile

      1. suri says:

        asal apa ada dpn mata smua mau kaut heeee

  6. zulkbo says:

    salam..
    terima kasih nasihatnya
    akan saya jadikan pedoman..
    selalu kalau di rumah saya
    sediakan lilin dan pemetik
    api di suatu tempat..blackout
    dah tahu nak cari mana
    :)
    zulkbo baru je tulis kisah Cikgu Syida Dari Parit Semakin PopularMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      hendaknya begitulah, bro
      tapi, budak2 ni selalu je tak simpan tempat asal :D

  7. Ismail N says:

    Err.. jangan tersalah raba udah ler.. :D
    Ismail N baru je tulis kisah Beginikah Cara Melayan Orang GajiMy Profile

    1. tehr says:

      memang ada yang nak kena tu :D

  8. rumah IM baru-baru ni takda letrik juga. baru sedar betapa manjanya kita dengan letrik hinggakan tanpanya kita seperti tak boleh nak buat apa-apa. serba tak ena..
    insan marhaen baru je tulis kisah Blogger JHMy Profile

    1. tehr says:

      memang dah jadi keperluan utama, bro
      banyak alatan kita bergantung dengan elektrik sekarang ni
      nak buat macam mana lagi :D

  9. Norgadis says:

    Rasanya dah seminggu tak singgah sini, banyak pantun kat sini yang belum saya baca lagi…
    Norgadis baru je tulis kisah Aku Tak Puas HatiMy Profile

    1. tehr says:

      tak apa, nor
      boleh je baca bila2 :D

  10. akubiomed says:

    Dekat rumah saya ada lebih dari satu lampu suluh tapi yang berfungsi belum tentu :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Garden of Eden- Contest Organised by Gubuk Kecil Kembara JalananMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      lampu suluh ni pun satu hal juga, bro
      time blackout, bateri pula habis
      haha

  11. benjy says:

    Tetapi kalau teraba secara tak sengaja tu kira macam mana tu Bro ? Dulu2 kalau black out malam2 b3njy selalu lepak kat luar rumah melihat bulan dan bintang … dan bila bulu roma b3njy menegak barulah b3njy masuk ke rumah … siapakah yang mampir itu … ?
    benjy baru je tulis kisah MY CLICK-CLICK CONTEST – INFOMy Profile

    1. tehr says:

      tak sengaja pun akan kena juga, bro
      penampar tak sengaja :D

  12. padin says:

    tinggi nilai entri ni, tehr..
    ada yang tersurat, ada juga yang tersirat.. ada button like tak? wakakaa

    1. tehr says:

      aku sekadar nak bagi nasihat kat budak2 je, bro
      jangan buat hal tak kena tempat :)

  13. meraba-raba dalam kegelapan,
    cahaya lilin jadi harapan,
    meraba-raba dalam kehidupan,
    al-Quran dan selawat jadi sandaran
    tengkorak emas baru je tulis kisah Nak kurus ingat joegrimjowMy Profile

    1. tehr says:

      cahaya lilin jadi harapan
      biar sebatang jelas pandangan
      al-Quran dan sunnah jadi sandaran
      moga bahagia di hari kemudian

  14. dnoBiz says:

    meraba kerana buta mata takpe..
    jangan meraba kerana buta hati… parah
    dnoBiz baru je tulis kisah Bribtu Norman – nasibnya Tak sebaik Cikgu Shida VideoMy Profile

    1. tehr says:

      penyakit yang sukar nak mengubatnya

  15. mie says:

    gue bila blackout suka main lilin..
    mula buat aksi2 tangan menarik..
    ehehehehee
    mie baru je tulis kisah Big Apple Voucher From Alamanda PutrajayaMy Profile

    1. tehr says:

      jangan salah tarik pula dah la, mie
      bahaya juga tu
      hehe

      1. mie says:

        itu la..
        bahaya juga dengan lilin ni..
        eheheee
        mie baru je tulis kisah Adakah Ini Keretapi Baru KTMBMy Profile

  16. yas says:

    Tiba2 teringat kepada cogankata sekolah rendah dulu….
    “Ilmu suluh hidup”…….
    banyak makna tu, 3 baris je, tapi sampai skg masih dok ingat lagi…
    yas baru je tulis kisah Demam la plakMy Profile

    1. tehr says:

      cokan kata tu memang terbaik, yas
      ilmu memang diperlukan untuk semua tujuan

  17. ghost writer says:

    segeralah dapatkan cahya agar diri terlepas dari terus meraba-raba dalam kegelapan.
    ghost writer baru je tulis kisah peralihan kuasaMy Profile

    1. tehr says:

      ada yang teraba-raba dalam terang mencari arah
      memang sukar

  18. titan says:

    hehe, baru 3 hari lepas blackout kat kawasan rumah aku ni..
    titan baru je tulis kisah 5 Benda Yang Aku Akan Buat Kalau Aku Boleh Ulang Masa KembaliMy Profile

    1. tehr says:

      ada yang teraba tak, titan? :D

  19. adele says:

    pentingnya panduan dan petunjuk dlm meraba2 di dunia fana ini..huh
    adele baru je tulis kisah Cermin dan Wanita- Maklumat Berguna untuk Kaum WanitaMy Profile

    1. tehr says:

      petunjuk dah ada, adele
      tinggal masa nak cari dan guna je

  20. Mus says:

    terasa hebat menjadi hero semasa blackout

    1. tehr says:

      yups,
      anak2 yang takut gelap dah pasti bergantung je kat kaki
      hinggakan payah kita nak bergerak :D

      1. Mus says:

        hahaha.. memang betul tu.. seronok jugak bermain bayang-bayang cahaya lilin dengan anak-anak semasa black out ni
        Mus baru je tulis kisah Gambar Makan Sedap – Udang MukahMy Profile

  21. LiFe KaMi says:

    Dulu memang selalu je blackout,
    tapi skang nampaknya jarang skali berlaku,
    ntah lilin tu pun tak ingat dah letak kat mana..:)
    LiFe KaMi baru je tulis kisah Nenas Kami Terkecil Di DuniaMy Profile

    1. tehr says:

      syukur la kalau macam tu
      kawasan kami ni masih ada sesekali blackout

  22. Terang bulan di malam sepi
    Angin bayu yang menemani
    Engkau yang ku ingati
    Tak dapat ku lupai

    Bunga berkembang mekah
    Dedaun tumbuh hijau-kehijauan
    Rinduku kian hari kian bertambah
    Hatiku sayu bersendirian

    Bintang di langit berkelipan
    Burung di dahan berkicauan
    Senyuman manis ku berkurangan
    Kerana air mata ku berlinangan

    Air laut yang bergelora
    Angin kencang bertiupan
    Entah bile boleh berjumpa
    Ketibaan hari itu sangat ku nantikan

    ye lahhhh stock lilin kat umah dah tak ade… nak beli gak nanti karang mau dok dalam gelap karang…
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauhMy Profile

    1. tehr says:

      memang nak kena gi beli tu, bro
      buntu fikiran kalau dok dalam gelap
      tak kan nak pasang lampu kereta pulak
      hehe

  23. SuManje says:

    gelap gelita buta rasanya
    Tanpa cahaya meraba kita
    sumanje dtg dengan Ceria..
    pekabar teh disana..?
    SuManje baru je tulis kisah Robinson WaterfallMy Profile

    1. tehr says:

      gelap gelita buta rasanya
      ada lilin terang cayaha
      hamba di sini sihat sahaja
      moga sumanje juga sama

  24. shameel says:

    Tanpa agama sebagai pedoman. manusia akan teraba2 di dalam terang.

    1. tehr says:

      betul tu
      sampai bila2 tak jumpa jalan

  25. kaizen says:

    awan mendung yang berarak
    kadang hujan juga dibawa
    kalau gelap kadang merangkak
    tersalah rangkak kita meraba

    hehehe
    kaizen baru je tulis kisah MLM HaRDCoRe JaNGaN NaK MeMaNDai CLaiM SLMMy Profile

    1. tehr says:

      kalau gelap kadang merangkak
      tersalah rangkak kita meraba
      kalau silap dalam mencongak
      tersalah congak buruk padahnya

  26. Saya nampak artikel ni macam satu nasihat pun ada.Betapa tak tentu arahnya kehidupan kita bila teraba-raba tanpa arah tujuan yang pasti,keadaanya sama seperti keadaan kita teraba-raba dikala kegelapan.
    PakarBuahPinggang baru je tulis kisah Awas Perokok!Rokok Merosakkan Buah Pinggang AndaMy Profile

  27. Mus says:

    masa blackout, boleh candle light dinner dengan famili..
    Mus baru je tulis kisah Gambar Makan Sedap – Udang MukahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun