Tiap-tiap usaha ada laba atau rugi. Tiap-tiap ujian ada lulus atau gagal. Tiap-tiap pertandingan ada kalah dan ada yang menang. Kita ada hati dan hati kepunyaan kita. Jadi kita mesti mengawal hati BUKAN hati yang mengawal kita.
Penangan juadah di atas peti,
Pinang selaya dari kota;
Putuslah sudah harapan hati,
Gugur berderai si airnya mata.
Kalau menggulung kuih sagu,
Jangan lupa menaruh inti;
Orang termenung menupang dagu,
Itulah tanda kecewa di hati.
Akan beratap daun keladi,
Membuat junjung di tepi paya;
Seberapa kerap usaha sendiri,
Belum untung belum berjaya.
Kisah lepas adalah satu pengalaman untuk seribu panduan, bukan satu bebanan sepanjang perjalanan. Bukankah lebih bagus kita bangun selepas terjatuh dan bukannya terus duduk di situ berhujan berpanas.
Pilihan Kisah Berkaitan
Demikian kisah 'Kisah Lepas' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.
Satu.
“Kita mesti mengawal hati BUKAN hati yang mengawal kita.” – betul.
Dua.
“…lebih bagus kita bangun selepas terjatuh dan bukannya terus duduk di situ berhujan berpanas.” – benar.
Tiga.
Kisah lepas dan hati sentiasa berkaitan. Tidak lekang.
Empat.
Benar kata tuan lagi, kisah lepas untuk pengalaman bukan tangisan.
Lima.
Terima kasih atas peringatan yang berguna – mengenai kisah lepas. Terasa bagai berjanji, saya pun sedang mengenang peristiwa lepas.
Jamal Ali baru je tulis kisah Cinta dan Sayang Makin Pergi
Moga2 kita akan terus bersemangat
salam cikgu.. kadang2 org termenung tu bukan sebab kecewa di hati.. sedang muhasabah diri control stress.. hihihihi..
LadyBird baru je tulis kisah OKU – Prihatinkah Kita?
yups, kadang2 memang ada juga begitu
Asal kapas menjadi benang, dari benang dibuat kain.
Barang lepas jangan dikenang, sudah jadi hak orang lain.
Bersedih pun tak guna, dunia ni luas kan

faizul baru je tulis kisah Pak Mat bukan PTPTN
betul3x
usah sempitkan jalan hidup sendiri
Kisah yg lepas jadi tauladan,
boleh di simpan sbg kenangan
Yang buruk jangan di ingatkan
Boleh jadi satu sempadan…
Hehehe…aku buh jerr cikgu……
yas baru je tulis kisah REBET ELETRIK RM20 SEHINGGA HUJUNG TAHUN 2012
Dah molek sangat tu, yas
Yang buruk jadikan sempadan
Silap dan salah diulang jangan
Jadikan kegagalan dan pengalaman yang lepas sebagai pendorong untuk maju ke hadapan. Kenalpasti di mana kesilapan kita dahulu…
shraqs baru je tulis kisah Jualan Samsung Galaxy Note Melangkaui 5 Juta Unit
Yups, kalau bijak mengenal kesilapan
Jatuhnya tidaklah berulang
pantun kisah lepas jadi topiknya
kalau diingat pasti akan ketawa
sesekali teringat kenangan lama
tidak ke membawa mimpi yg nyata.. har3..
gurau2.. kalau ada yg nyata pasti itu adalah perkara yg baik2 saja
nurmisnan baru je tulis kisah Buah passion, markisa atau susu pembunuh kanser
Kisah lama kisah baru
Keduanya ibarat guru
kisah lepas merupakan panduan yang sangat berguna, tanpa apa yg telah terjadi, mungkin tidak wujud diri kita sekarang ini. Semoga kisah lepas dapat membantu kita menjadi orang yang lebih baik.
kimmie baru je tulis kisah Santai: Bersiar di Kuala Gandah
Betul tu
Tak ada masa lepas, tak ada jugalah masa sekarang
kadang2 perlu masa untuk bangun semula…
hehehhehee
mie baru je tulis kisah Wordless Wednesday #10 Rumah Contoh
Asal jangan ambil masa yang lama
Semuanya segera ok nanti
Gagal adalah guru yang baik daripada diulit mimpi dengan kejayaan. Kegagalan mengajar erti ketabahan tetapi gagal merancang akan meracang untuk gagal.
akubiomed baru je tulis kisah Lelaki kacak akan mengalah dahulu sebelum berjaya
Gagal merancang tu yang aku risaukan
Ibu segala gagal tu
apa yang di kenang tu cikgu.. cer kongsi sikit

rahman baru je tulis kisah Kisah dua Apek popular
Tak ada apa la
Sekadar nasihatkan diri sendiri
Sepatutnya, kita jdkan kisah yg lepas sbg batu loncatan utk kita melompat lbh tinggi
mak lagenda baru je tulis kisah WORDLESS WEDNESDAY : KECELARUAN EMOSI
Itu la yg sebaiknya, mak
Kekurangan juga satu kelebihan
Asal tahu menggunakannya saja
Ungkapan yang baik buat saya yang maih baru dalam blogging ne,kudos for tehr
Asri baru je tulis kisah Kata-kata Hikmah
Kita sama2 belajar, bro
saya jugak selalu kenang kisah lepas, indah atau buruk biasa jadi kenang-kenangan.
eiela baru je tulis kisah Liyana Jasmay Dah Bertunang
Yang manis kita berikan senyuman
Yang pahit kita berikan renungan
kisah lepas ni merupakan sejarah, dan untuk penambahbaikan, jadikan sejarah sebagai buku rujukan… erkk boleh ke macam tu? belasahla ekekee
padin baru je tulis kisah Kenali Istilah Hati
Memang boleh, bro
Sejarah kita jadi buku rujukan kita
Sejarah orang juga boleh jadi rujukan kita
bila hati terhenti kita mula pikir kosong..bila di kenanag rasa hampa baik yg bakal mendatang jalanu dg sebaiknya geee
makan hati berulam jantung
jantung tersimpan dalam peti
kisah lepas jadikan terowong
masa depan adalah realiti
azura baru je tulis kisah Rasional ada baby hatch orphan care
Jantung simpan dalam peti
Simpan bersama ulam raja
Masa depan adalah reliti
Ayuh kita capai bersama
ayuh cikgu
azura baru je tulis kisah Rasional ada baby hatch orphan care
Yg lepas perlu dikenang .. kalu baik jd teladan, buruk jadikan sempadan

Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Blogging Tanpa Komputer
asah parang di tepi longkang,
terkena jari menangis sendiri,
kisah lama usah dikenang,
bangun kembali baiki diri,
Betul tu cikgu … cabar diri sendiri untuk berjaya

benjy baru je tulis kisah LELAKI KACAK ADA JUGA YANG MISKIN
salam..

pengalaman mendewasakan..
orang yang bertuah..tidak akan
terjun di lubang yang sama
zulkbo baru je tulis kisah Gambar Sekitar Kebakaran Kecil Pusat Membeli Belah Terkenal Suria KLCC
kisah lepas kadang elok juga direnung sebagai pengajaran..
dan lebih penting.. mana2 kisah lepas yang tidak elok janganlah diulang lakukan
kulanz baru je tulis kisah Masih Setia Pada Serverfreak
barang yg lepas tak usah dikenangkan sangat cikgu….
huhuhu
hee baik yg skrg molek benar d jaga heee
teruskan semangat, gagal tak semestinya tidak bermakna lagi….
Norizwan baru je tulis kisah Cara diet untuk menjadi lelaki kacak
alahai klu lepas blh kenag bgtu je tak blh kuatkan hti sgt2 nak imbas semua hee
usah ditunggu janda di pinang
berkasih madu bercerai mati
barang lama usah dikenang
merana badan ranaplah hati
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami…
masalah starter solenoid kereta
jatuh sekali bukan bererti jatuh selamanya kan.. mari majukan diri
fiezaradzi baru je tulis kisah Lelaki vs Wanita – Siapa Lebih Awal Kahwin