Kisah Lepas

Tiap-tiap usaha ada laba atau rugi. Tiap-tiap  ujian ada lulus atau gagal. Tiap-tiap pertandingan ada kalah dan ada yang menang. Kita ada hati dan hati kepunyaan kita. Jadi kita mesti mengawal hati BUKAN hati yang mengawal kita.

Penangan juadah di atas peti,
Pinang selaya dari kota;
Putuslah sudah harapan hati,
Gugur berderai si airnya mata.

Kalau menggulung kuih sagu,
Jangan lupa menaruh inti;
Orang termenung menupang dagu,
Itulah tanda kecewa di hati.

Akan beratap daun keladi,
Membuat junjung di tepi paya;
Seberapa kerap usaha sendiri,
Belum untung belum berjaya.

Kisah lepas adalah satu pengalaman untuk seribu panduan, bukan satu bebanan sepanjang perjalanan. Bukankah lebih bagus kita bangun selepas terjatuh dan bukannya terus duduk di situ berhujan berpanas.

TehrDemikian kisah 'Kisah Lepas' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


43 Comments

  1. Jamal Ali says:

    Satu.
    “Kita mesti mengawal hati BUKAN hati yang mengawal kita.” – betul.

    Dua.
    “…lebih bagus kita bangun selepas terjatuh dan bukannya terus duduk di situ berhujan berpanas.” – benar.

    Tiga.
    Kisah lepas dan hati sentiasa berkaitan. Tidak lekang.

    Empat.
    Benar kata tuan lagi, kisah lepas untuk pengalaman bukan tangisan.

    Lima.
    Terima kasih atas peringatan yang berguna – mengenai kisah lepas. Terasa bagai berjanji, saya pun sedang mengenang peristiwa lepas.
    Jamal Ali baru je tulis kisah Cinta dan Sayang Makin PergiMy Profile

    1. tehr says:

      Moga2 kita akan terus bersemangat

  2. LadyBird says:

    salam cikgu.. kadang2 org termenung tu bukan sebab kecewa di hati.. sedang muhasabah diri control stress.. hihihihi..
    LadyBird baru je tulis kisah OKU – Prihatinkah Kita?My Profile

    1. tehr says:

      yups, kadang2 memang ada juga begitu

  3. faizul says:

    Asal kapas menjadi benang, dari benang dibuat kain.
    Barang lepas jangan dikenang, sudah jadi hak orang lain.

    Bersedih pun tak guna, dunia ni luas kan :)
    faizul baru je tulis kisah Pak Mat bukan PTPTNMy Profile

    1. tehr says:

      betul3x
      usah sempitkan jalan hidup sendiri

  4. yas says:

    Kisah yg lepas jadi tauladan,
    boleh di simpan sbg kenangan
    Yang buruk jangan di ingatkan
    Boleh jadi satu sempadan…

    Hehehe…aku buh jerr cikgu……
    yas baru je tulis kisah REBET ELETRIK RM20 SEHINGGA HUJUNG TAHUN 2012My Profile

    1. tehr says:

      Dah molek sangat tu, yas

      Yang buruk jadikan sempadan
      Silap dan salah diulang jangan

  5. shraqs says:

    Jadikan kegagalan dan pengalaman yang lepas sebagai pendorong untuk maju ke hadapan. Kenalpasti di mana kesilapan kita dahulu…
    shraqs baru je tulis kisah Jualan Samsung Galaxy Note Melangkaui 5 Juta UnitMy Profile

    1. tehr says:

      Yups, kalau bijak mengenal kesilapan
      Jatuhnya tidaklah berulang

  6. nurmisnan says:

    pantun kisah lepas jadi topiknya
    kalau diingat pasti akan ketawa
    sesekali teringat kenangan lama
    tidak ke membawa mimpi yg nyata.. har3..

    gurau2.. kalau ada yg nyata pasti itu adalah perkara yg baik2 saja
    nurmisnan baru je tulis kisah Buah passion, markisa atau susu pembunuh kanserMy Profile

    1. tehr says:

      Kisah lama kisah baru
      Keduanya ibarat guru

  7. kimmie says:

    kisah lepas merupakan panduan yang sangat berguna, tanpa apa yg telah terjadi, mungkin tidak wujud diri kita sekarang ini. Semoga kisah lepas dapat membantu kita menjadi orang yang lebih baik.
    kimmie baru je tulis kisah Santai: Bersiar di Kuala GandahMy Profile

    1. tehr says:

      Betul tu
      Tak ada masa lepas, tak ada jugalah masa sekarang

  8. mie says:

    kadang2 perlu masa untuk bangun semula…
    hehehhehee
    mie baru je tulis kisah Wordless Wednesday #10 Rumah ContohMy Profile

    1. tehr says:

      Asal jangan ambil masa yang lama
      Semuanya segera ok nanti

  9. akubiomed says:

    Gagal adalah guru yang baik daripada diulit mimpi dengan kejayaan. Kegagalan mengajar erti ketabahan tetapi gagal merancang akan meracang untuk gagal.
    akubiomed baru je tulis kisah Lelaki kacak akan mengalah dahulu sebelum berjayaMy Profile

    1. tehr says:

      Gagal merancang tu yang aku risaukan
      Ibu segala gagal tu

  10. rahman says:

    apa yang di kenang tu cikgu.. cer kongsi sikit :)
    rahman baru je tulis kisah Kisah dua Apek popularMy Profile

    1. tehr says:

      Tak ada apa la
      Sekadar nasihatkan diri sendiri

  11. mak lagenda says:

    Sepatutnya, kita jdkan kisah yg lepas sbg batu loncatan utk kita melompat lbh tinggi
    mak lagenda baru je tulis kisah WORDLESS WEDNESDAY : KECELARUAN EMOSIMy Profile

    1. tehr says:

      Itu la yg sebaiknya, mak
      Kekurangan juga satu kelebihan
      Asal tahu menggunakannya saja

  12. Asri says:

    Ungkapan yang baik buat saya yang maih baru dalam blogging ne,kudos for tehr
    Asri baru je tulis kisah Kata-kata HikmahMy Profile

    1. tehr says:

      Kita sama2 belajar, bro

  13. eiela says:

    saya jugak selalu kenang kisah lepas, indah atau buruk biasa jadi kenang-kenangan.
    eiela baru je tulis kisah Liyana Jasmay Dah BertunangMy Profile

    1. tehr says:

      Yang manis kita berikan senyuman
      Yang pahit kita berikan renungan

  14. padin says:

    kisah lepas ni merupakan sejarah, dan untuk penambahbaikan, jadikan sejarah sebagai buku rujukan… erkk boleh ke macam tu? belasahla ekekee
    padin baru je tulis kisah Kenali Istilah HatiMy Profile

    1. tehr says:

      Memang boleh, bro
      Sejarah kita jadi buku rujukan kita
      Sejarah orang juga boleh jadi rujukan kita

      1. suri says:

        bila hati terhenti kita mula pikir kosong..bila di kenanag rasa hampa baik yg bakal mendatang jalanu dg sebaiknya geee

  15. azura says:

    makan hati berulam jantung
    jantung tersimpan dalam peti
    kisah lepas jadikan terowong
    masa depan adalah realiti
    azura baru je tulis kisah Rasional ada baby hatch orphan careMy Profile

    1. tehr says:

      Jantung simpan dalam peti
      Simpan bersama ulam raja
      Masa depan adalah reliti
      Ayuh kita capai bersama

  16. Yg lepas perlu dikenang .. kalu baik jd teladan, buruk jadikan sempadan :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Blogging Tanpa KomputerMy Profile

  17. asah parang di tepi longkang,
    terkena jari menangis sendiri,
    kisah lama usah dikenang,
    bangun kembali baiki diri,

  18. benjy says:

    Betul tu cikgu … cabar diri sendiri untuk berjaya :D
    benjy baru je tulis kisah LELAKI KACAK ADA JUGA YANG MISKINMy Profile

  19. zulkbo says:

    salam..
    pengalaman mendewasakan..
    orang yang bertuah..tidak akan
    terjun di lubang yang sama :)
    zulkbo baru je tulis kisah Gambar Sekitar Kebakaran Kecil Pusat Membeli Belah Terkenal Suria KLCCMy Profile

  20. kulanz says:

    kisah lepas kadang elok juga direnung sebagai pengajaran..
    dan lebih penting.. mana2 kisah lepas yang tidak elok janganlah diulang lakukan
    kulanz baru je tulis kisah Masih Setia Pada ServerfreakMy Profile

  21. maza says:

    barang yg lepas tak usah dikenangkan sangat cikgu….
    huhuhu

    1. suri says:

      hee baik yg skrg molek benar d jaga heee

  22. Norizwan says:

    teruskan semangat, gagal tak semestinya tidak bermakna lagi….
    Norizwan baru je tulis kisah Cara diet untuk menjadi lelaki kacakMy Profile

  23. suri says:

    alahai klu lepas blh kenag bgtu je tak blh kuatkan hti sgt2 nak imbas semua hee

  24. usah ditunggu janda di pinang
    berkasih madu bercerai mati
    barang lama usah dikenang
    merana badan ranaplah hati

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    masalah starter solenoid kereta

  25. fiezaradzi says:

    jatuh sekali bukan bererti jatuh selamanya kan.. mari majukan diri
    fiezaradzi baru je tulis kisah Lelaki vs Wanita – Siapa Lebih Awal KahwinMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun