Kisah Cicak Tokek

tersebutlah kisah sejenis cicak
tidak handsome tak juga kacak
selalu diburu sentiasa dijejak
katanya harga mahal terlajak

cicak tokek nama diberi
khabarnya untuk ubat hiv
tapi tidaklah dapat dipasti
samada tipu atau menjadi

cicak anggak atau cicak putih
berbagailah nama diberi dipilih
manusia mencari hinggalah letih
jutawan segera yang ingin diraih

cicak di hutan apabila ditangkap
dibawa pulang dalam perangkap
diberi sangkar serbanya lengkap
makan dan minum sanggup disuap

hari bertukar bulan berganti
kasihan cicak terkurung mati
kerana harga terlampau tinggi
seorang pun tiada mahu membeli

Hari raya yang lepas timbul juga cerita mengenai cicak tokek sewaktu berziarah. Ada kawan-kawan yang baru pulang ke kampung begitu bersemangat bercerita mengenainya.

Pada 08.08.10 Utusan Malaysia telah melaporkan bahawa cicak tokek ini mempunyai nilai tinggi di pasaran kerana didakwa mampu mengubati penyakit HIV/AIDS. Harga seekor cicak seberat 500 gram boleh mencecah sehingga 3 juta ringgit.
Laporan di Berita Harian pada 09.08.10 pula menyebut bahawa cicak jenis ‘gekko-gecko’ yang menjadi buruan sebagai ubat tradisional ini tidak akan dikomersialkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai satu perusahaan kerana spesies ini tidak diletakkan di bawah kendalian kementeriannya.

TehrDemikian kisah 'Kisah Cicak Tokek' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


4 Comments

  1. shun2u says:

    cicak tokek ni sama ngan cicak rumah ker?

    1. tehr says:

      tak sama, shun
      tapi memang ada yang tinggal kat rumah

  2. Tokek Sabah says:

    Salam kenal.
    Tokek ni boleh membesar berbanding cicak rumah yang bersaiz standard. Kalau yang 1kg tu biasanya besar dia dah jadi macam biawak dan berjalan pun agak slow berbanding tokek bersaiz kecil.

    Daripada:
    Zezebel.
    Tokek Sabah baru je tulis kisah Satanic gecko Zoo first baby of 2011My Profile

  3. hafizmd says:

    cicak tokek menjadi buruan
    manusia menggila tinggi harapan
    cicak tokek menjadi belaan
    akhirnya sendiri hilang pedoman

    psss…mmg mahal juga cicak tokek ni…
    hafizmd baru je tulis kisah Kesudahan Pok De dan cicak tokeknya…My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun