Kilat Seminggu Cinta

hari Isnin mulanya berjumpa
seminggu cinta kilat tak sengaja bertentang mata
senyum dibalas bertegur sapa
kembang cinta mula berbunga

hari Selasa datang bertamu
rasa cinta di halaman rindu
jalinan mesra mengetuk kalbu
kelopak cinta dilimpahi madu

hari Rabu semakin bahagia
hilangnya rindu dibelai kata
pujuk rayu bergurau senda
pesanan guru terlupa kata

hari Khamis nikmatnya diri
gunung tinggi sama didaki
sanggup renangi lautan api
nasihat lama usah dipeduli

hari Jumaat menerima surat
bantal baharu didakap erat
cinta ditolak kasih tak dapat
bala menanti hidup melarat

hari Sabtu tinggal kenangan
tangis sendu sama beriringan
irama syahdu dalam belaian
cinta berkecai separuh jalan

hari minggu tinggal bersendiri
berulam jantung memakan hati
menghitung dosa membalut diri
gagal berpaut kasih Illahi

cinta kilat riwayat seminggu
hati terpikat kekasih berlalu
tiada bahagia merana selalu
satu dapat hilangnya seribu

“ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaMu”

TehrDemikian kisah 'Kilat Seminggu Cinta' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


53 Comments

  1. Cha'on says:

    kreatif.. cinta didunia tak kekal selamanya. Bila bercinta, macam2 boleh berlaku.. ada yang pahit ada juga yang manis..
    Cha’on baru je tulis kisah Muzik-Muzik 25 Keputusan Separuh Akhir Pertama dan KeduaMy Profile

    1. tehr says:

      cinta perlu berteraskan iman dan taqwa

  2. padin says:

    woooooooooooo aku tulis panjang dah td,
    tetiba DC plak tenet nih..
    dah lupa nak tulis apa…

    mendalam maksudnya pantun nih (ikut apa yang aku paham la)
    cinta ni kadang2 best, kadang2 tak best.. keh3
    padin baru je tulis kisah Keputusan Lukisan WangMy Profile

    1. tehr says:

      aku ubahsuai je dari lagu cinta kilat
      kerana aku bukan juga orang yang bijak dan banyak idea
      aku tukang cat je, orang lain yang buat semua :D

  3. sud@is says:

    cinta monyet ke ni…..
    sud@is baru je tulis kisah Cerita Lucu Kawanku KetigaMy Profile

    1. tehr says:

      lebih lagi ni, sud@is
      mungkin cinta gorila :D

  4. tidak pernah jatuh cinta secepat ini. mengambil masa setahun barulah keluar bersama, dan tidak pernah declare apa2 dalam waktu terdekat. alhamdullilah,akhirnya si dia membawa berjumpa dengan ahli keluarga dan menunjukkan itulah caranya declara hubungan yg ada. tetapi, masih terlalu muda bagi diri sy. huittt melalut pulak dah di ruangan komen orang..hahaahah
    secantikmanis baru je tulis kisah DUA PULUH LIMA ABOUT ME!My Profile

    1. tehr says:

      tak apa, tulislah panjang2 pun
      boleh kongsi pengalaman dengan pembaca lain sebagai panduan :)

  5. etomyam says:

    zaman sekarang ni semuanya nak ekspres ek, cinta pun boleh siap dalam tempoh seminggu aje hehe
    etomyam baru je tulis kisah Kura-Kura Jugak Yang Di CariMy Profile

    1. tehr says:

      cinta mee maggi pun ada, bro :D

  6. adah says:

    cinta hanya seminggu jer?? mungkin tak best cinta itu…hehe…

    cinta Allah yg kekal abadi…:)

    1. tehr says:

      ada yang kata best, adah
      macam2

  7. Mohd Hafiz says:

    wah.. sungguh indah kata2 itu… :)

    p/s bila lg aku nak bercinta nih….. haiz…

    1. tehr says:

      indah lagi bila jumpa cinta yang suci

  8. bisk says:

    dulu aku sukakan cinta kilat..takde komitmen sepenuhnya.Tak terikat..mudah dan bebas.Tapi sekarang,cinta kilat buat aku jelak..huhu
    bisk baru je tulis kisah kisahkan yang benarMy Profile

    1. tehr says:

      aku pun tak suka cinta kilat :(

  9. puteri says:

    aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu
    jika kau hilangkan agama yang ada padamu
    hilanglah cintaku padamu
    - imam Ghazali

    me?
    he..
    puteri baru je tulis kisah selamat bertunang- kak yah!My Profile

    1. tehr says:

      cinta kerana allah
      selamat dan bahagia selamanya

  10. seri says:

    cinta kilat kadang menyeronokan kadang menyakitkan.

    1. tehr says:

      dah pasti menyakitkan, seri
      minta2 dijauhkan oleh allah

  11. eiela says:

    bagus pantun nih. mesej yang mendalam.
    eiela baru je tulis kisah Award Dari Shag Dan AidiladhaMy Profile

    1. tehr says:

      saya tukang cat je :D

  12. NEON says:

    SUKA SGT DGN ENTRI NI :) TERASAAAAAAAAAA HUHU

    1. tehr says:

      yang baik jadikan teladan
      yang buruk jadikan sempadan

      1. NEON says:

        ADAKAH ANDA SEDANG ANGU BERCINTA SEHINGGA SEMIGGU KILAT BERPUISI ! HAHA
        NEON baru je tulis kisah Kebun Paling Kreatif Di Jalan Tok Kadhi- Solok Menggong !My Profile

        1. tehr says:

          hahaha
          tidak sama sekali
          saya dah lama kawin dan telah dikurniakan dengan 3 orang anak

          …entri ini hanya sebagai hiburan dan panduan hidup sahaja
          minta dijauhkan Allah dengan cinta seperti ini

  13. zik says:

    cinta kadang2 boleh dijual beli….
    zik baru je tulis kisah Lee Chong Wei Bertemu Lindan Final sekali lagi di Guangzhao!!My Profile

    1. tehr says:

      yups,
      benar tu,zik
      lebih kepada cinta mee maggi tu…

  14. belalang says:

    nih lirik lagukan?
    best gak lagu nih…hee
    belalang baru je tulis kisah First Contest Dari SBTMy Profile

    1. tehr says:

      asalnya memang lirik lagu, belalang
      lirik asal hanya pendek je, saya dah tokok tambah sekali ganda :D

  15. dnoBiz says:

    cinta pasang siap…,
    kalau cinta berlandaskan nafsu memang satu tempat je tujunya :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Gejala Sosial Remaja – Terlanjur Di rumahMy Profile

    1. tehr says:

      memang dah pasti hala tujunya
      dah nampak dari awal

  16. sangilapi says:

    agaknya ni lah maksud cintan oleh muda-mudi sekarang :(

    tau maksud di sebalik C.I.N.T.A.N ? :)
    sangilapi baru je tulis kisah laung hargaMy Profile

    1. tehr says:

      C.I.N.T.A.N ?
      aku tak tau apa maksdnya
      apa tu, bro?

  17. Syafrizal says:

    Kasih berputik kembang awal2 je..
    pastu layu..
    Syafrizal baru je tulis kisah Pameran Pertanian- Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia MAHA 2010My Profile

    1. tehr says:

      banyak yang cepat layu
      kasih perlu disiram dengan iman dan taqwa
      kembang mekar selamanya

      1. Hadi Rofiee says:

        Moga dipertemukan dengannya. :-)
        Hadi Rofiee baru je tulis kisah Hikmah di sebalik sambutan Aidiladha di MalaysiaMy Profile

  18. Hadi Rofiee says:

    Kreatif. Cinta Oh cinta.. di manakah dikau.. huhu. :neutral:
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Hikmah di sebalik sambutan Aidiladha di MalaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      ada tu…, hadi
      tak jauh sebenarnya :)

      1. suri says:

        sembunyi di balik hatimu heee

  19. Norgadis says:

    Ya Allah
    andainya aku jatuh cinta
    ikatlah sauh cintaku
    yang menyentuh lautan hati
    agar aku tidak hanyut mencintainya lebih dari-Mu

    1. tehr says:

      amin, Insya Allah

  20. kulanz says:

    Cinta kilat.. banyak berlaku akhir zaman ni..
    lepas seminggu, tu yang ramai makan hati berulam jantung :)
    kulanz baru je tulis kisah Badminton Sukan Asia- Datuk Lee Chong Wei vs Lin DanMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 tidak berterusan begitu sepanjang hidup

  21. gayahspears says:

    cinta tak boleh dpakse..hahah..
    xde kena mgena lgsg kan bro tehr???
    gayahspears baru je tulis kisah Kembali…My Profile

    1. tehr says:

      ada…
      kena sipi :D

      1. suri says:

        nampaknya kena try lagi sekali heee..

        cinta padaNYA juga kekal abadi :)

  22. kakyong says:

    cinta kilat.. tersilap langkah buruk padahnya..
    kakyong baru je tulis kisah Pokok Anggur hampir berputus asa untuk membesarkan kamuMy Profile

    1. tehr says:

      silap langkah masuk longkang

  23. suri says:

    tak suka jumpa cinta cepat pastu putus pun copek adeiii tak rela tehr uik..

  24. suke bce kisah cinta laksaman sunan dalam novel ” bagaikan puteri”
    uruchimaru@kf baru je tulis kisah KwajaleinMy Profile

  25. Cik Su says:

    orang sastera rupeny tuan belog nie
    Cik Su baru je tulis kisah BlackBerry Percuma Dari DiGiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun