Khalwat Orang Dulu-Dulu

Khalwat orang dulu-dulu tak sama dengan khalwat orang sekarang. Tempat mereka melakukan khalwat memang tak sama. Maksud khalwat dan tujuan mereka berkhalwat juga tak sama.

Pemahaman biasa tentang khalwat juga dah tak sama. Sekarang ini bila dengar perkataan khalwat, dah pun terbayang difikiran benda tak molek. Pasangan ditangkap kerana berkhalwat. Dituduh berkhalwat atau dihukum kerana kesalahan khalwat secara haram.

Kalau tak dapat menanam ubi,
Elok rasanya bertanam tebu;
Kalau berhajat mengenal diri,
Ikut khalwat orang dulu-dulu.

Khalwat Orang Dulu-Dulu

Orang dulu-dulu berkhalwat seorang diri di gua atau di suluk. Mereka kata masuk suluk. Tujuannya untuk mengasingkan diri sekejap dari kesibukan dunia. Menenangkan fikiran dan mencari tujuan hidup.

Bukan calang-calang orang yang berani masuk suluk.

Khalwat Orang Sekarang

Orang sekarang pula berkhalwat secara berpasangan di hotel, di rumah tumpangan atau di rumah sewa. Malah ada juga pasangan yang berkhalwat di dalam semak. Di belakang pokok pisang.

Bukan calang-calang orang juga berani berkhalwat sekarang ini.

Khalwat Orang Dulu-Dulu

View Map Suluk Tok Selehor

Ok. Tahu apa maksud suluk?

suluk 1. jalan ke arah atau utk mencapai kesempurnaan batin, mistik, tarekat, tasawuf; ilmu ~ ilmu utk mencapai kesempurnaan batin, ilmu tasawuf; ahli ~ ahli tasawuf;2. peng­asingan diri, khalwat; masuk ~ = bersuluk; bersuluk mengasingkan diri, berkhalwat (utk bertafakur, menenangkan fikiran, dll). Kamus Dewan Edisi Keempat

Di Tumpat, Kelantan ada satu suluk. Di buat sebagai tempat beribadah, pertapaan atau tempat khalwat orang dulu-dulu. Suluk ini berada di Tanah Perkuburan Kampung Kok Pasir. Tak jauh dari Masjid Selehor.

Suluk Tok Selehor

Lubang khas seperti lubang kubur yang dikelilingi kubur ini dibina oleh Haji Abd. Rahman atau Tok Selehor. Beliau membina “SULUK” sebagai tempat untuk beribadat kepada Allah S.W.T.

khalwat di suluk seorang diri
siang bertukar malam berganti
menginsaf diri mendidik hati
semoga sentiasa ingatkan mati

 

TehrDemikian kisah 'Khalwat Orang Dulu-Dulu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


21 Comments

  1. kakiblog says:

    sekarang berkhalwat secara online pun ada ..
    kakiblog baru je tulis kisah Murah Rezeki Dengan Menjadi BloggerMy Profile

    1. Secara online pun boleh ye bro. Tapi tak boleh ditangkap la kan. hehe
      Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Wedless Wednesday | Apa Yang Anda Faham?My Profile

      1. hafizmd says:

        jgn ber’khalwat’ yg menyalahi Islam sudahlah…hohoho
        hafizmd baru je tulis kisah Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.comMy Profile

    2. papa mifz says:

      hmm macam mana agaknya cara berkhawat secara online yer…hehe
      papa mifz baru je tulis kisah Jamu Selera di ICT Haji Pok LongMy Profile

  2. Anuar says:

    Terima kasih di atas perkongsian info… Ini maklumat terbaru yang penah saya tahu… Selama ni Khalwat yang saya tahu, ialah khalwat yang negatig tu..Khalwat positif baru ini saya tahu…
    Anuar baru je tulis kisah Nilai Yang Perlu Di Bayar untuk sebuah kegagalan…My Profile

  3. Memang jauh beza maksud khalwat orang dulu dengan sekarang ye.
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Wedless Wednesday | Apa Yang Anda Faham?My Profile

  4. akubiomed says:

    Khalwat yang memberikan pengertian berlainan. Orang zaman sekarang tidak segan silu berkhalwat secara terang-terang.
    akubiomed baru je tulis kisah Mari lihat pinjaman buku teks pelaksanaan KSSR tahun 4My Profile

    1. akubiomed says:

      Bro Tehr sila check email bro sebab ada saguhati untuk bro.
      akubiomed baru je tulis kisah Tempat bermandi manda di selangor yang menarikMy Profile

  5. hafiz says:

    dulu maksudnya berbeza rupanya
    hafiz baru je tulis kisah Contest Review SirapLimau.comMy Profile

  6. maza says:

    Amalan khlawat adalah sunah Nabi Ibrahim a.s.

    Syariat ini dikenali sebagai agama Hanif. Nabi SAW pernah berkhalwat juga seorang diri mengenangkan nasib dan umat. Lokasi utama ialah di gua Hira’.

    Ada juga hadis yang melarang bersendirian dan berkhalwat bergelapan. Syaitan pula yang merasuk dan membisikan perihal yang jahat2. Jadi, sunnah Nabi Muhammad SAW apabila hendak meneruskan khalat seperti mana syariat Nabi Ibrahim, elok dibuat di masjid2. Kemudian tindakan itu dikenali sebagai ‘iktikaf’.

    hehehe

    Walau bagaimanapun, entri ini hebat! Tahniah & terima kasih cikgu.

    1. Rina says:

      betul, tempat yang terbaik untuk umat Nabi Muhammad SAW dalam mengerjakan khalwat adalah di Masjid, di rumah Allah ini syaitan tidak akan berani mengganggu dan membisikkan hal negatif pada kita
      Rina baru je tulis kisah Basic HTML Tutorial : Create Website Form Action Using Form Tag, Input, Label, Select, Option And Type AttributeMy Profile

    2. hafizmd says:

      terima kasih bang maza…pencerahan yg bagus utk muda-mudi sekarang yg suka berkhalwat kat taman2…hohoh
      hafizmd baru je tulis kisah Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.comMy Profile

  7. Hafizul says:

    Emm ada makna yang baik juga untuk perkataan ni yer…baru tahu..hehe..thanks bro..
    Hafizul baru je tulis kisah Pulangan Pelaburan Melebihi 2000% SetahunMy Profile

  8. dja@sishaza says:

    Anak muda sekarang mungkin langsung dah tak tahu maksud asal khalwat. Agaknya ada tak lagi orang zaman sekarang berkhalwat cara orang dulu2 ..?
    dja@sishaza baru je tulis kisah 6 PANDUAN RINGKAS JADIKAN BILIK TIDUR LEBIH MENARIKMy Profile

    1. hafizmd says:

      Rasanya ada…pasti ada…insyaAllah
      hafizmd baru je tulis kisah Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.comMy Profile

  9. zool says:

    memang betul tu.. dulu khalwat nak belajo silat..
    sekarang berkhalwat bersilat..hehehe
    zool baru je tulis kisah Kalau jadi pemain bolasepakMy Profile

  10. dulu lain, sekarang dah lain.

  11. de engineur says:

    Hujung minggu ni nak khalwat di gua Mulu.
    Hehehe
    de engineur baru je tulis kisah Cultivate crops and build solar PV on the same farmlandMy Profile

  12. onlajer® says:

    lama sungguh tidak mendengar kesah orang bersuluk
    onlajer® baru je tulis kisah 7 Hingga 7 Mana Ada KehidupanMy Profile

  13. titan says:

    hari ini gua nak berkhalwat kat rumah. Sebab malam tadi MU menang. haha..
    titan baru je tulis kisah Kisah kejayaan Sylvestar Stallone yang ramai orang tak tahu.My Profile

    1. hafizmd says:

      hohoho…bila menang..rileks jer…hahhaa
      hafizmd baru je tulis kisah Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.comMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun