Khabar Biasa

Apa khabar semua? Hari ini cerita Mr Tehr adalah mengenai perkara biasa-biasa sahaja mengenai blog tehramuan ini. Perkara pertama ialah mengenai Pantun Pilihan Dari Sahabat, Mr Tehr telah memilih dua rangkap pantun pakaian daripada sahabat kita Sudais dan Shameel.

Terima kasih juga kepada semua yang masih sudi berpantun bersama Mr Tehr. Mungkin sekali ada di antara pantun sahabat yang belum pernah terpilih biar pun menulis berkali-kali. Harap sahabat tidak berkecil hati.

kalau senja disiram hujankhabar biasa
pasti malam sejuk sekali
kalau remaja hilang haluan
mungkinkah kelam dunia ini?

kalau berkabus waktu pagi
sepanjang hari mungkin panas
kalau tertimbus jiwa lelaki
adakah terjadi wanita lemas?

Dalam hidup ini kita perlu sentiasa gembira di samping terus belajar sampai bila-bila. Malam tadi, sambil belayar di internet membaca cerita mengenai perhimpunan BERSIH 2.0 yang diharamkan semalam, sempat juga Mr Tehr buat sebuah banner khas untuk top reffering site bulan Jun blog ini menggantikan tempat banner percuma yang kecil-kecil di atas iklan Nuffnang. Mr Tehr juga terpaksa hentikan sementara Teka Mata yang biasa diadakan setiap dua minggu. Tak tahu dah nak pilih mata siapa. :D

TehrDemikian kisah 'Khabar Biasa' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


47 Comments

  1. Hadi Rofiee says:

    Mungkin boleh dapatkan mata rakan-rakan blogger pula. Hehe. :D
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Berhati-hati ketika klik sesuatu di FacebookMy Profile

    1. tak tunjuk mata mcm mana..ambillah spek TE hehe

      1. He he… start dgn mata Hadi dulu tehr since dia yg cadangkan.. :D
        Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah KL Gangster Perangai Mobsters!My Profile

          1. semua usha mata hadi lepas ni xD
            tengkorakemas baru je tulis kisah Kebenaran sebenarMy Profile

  2. Khidhir says:

    mata saya boleh tak? kompem dorang xdpat jawab..
    Khidhir baru je tulis kisah Melindungi PC dan USB Flash Drive Dijangkiti dan Menjadi Penyebar Virus – Bahagian 1My Profile

      1. tehr says:

        hehe
        penuh nanti blog ni dengan peminat wanita

  3. sud@is says:

    belum lagi jadi 1st kat sini
    tq Mr Tehr
    sud@is baru je tulis kisah Petua Mengukuhkan Rumah TanggaMy Profile

    1. tehr says:

      ada nanti ketikanya, sud@is
      mungkin besok :D

  4. Norasikin says:

    bila lalu kedai buku, jeling je majalah dan surat khabar yg ada kat situ sekali lalu. Mana yg terlintas dulu, mata dia la yg paling sesuai dicucuk dalam blog ni
    Norasikin baru je tulis kisah Kadar Tukaran Unit Sukatan Dalam MasakanMy Profile

    1. tehr says:

      mana yang terlintas dulu?
      jangan2 terpandang gambar penjenayah nanti

  5. walaupun dah selesai, TE nak juga berpantun di post tu hehe
    tengkorak emas baru je tulis kisah Dialog rantai kunciMy Profile

    1. buat ler entri pantun di blog tengkorak emas TE.. sure gempak punya.. he he
      Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah KL Gangster Perangai Mobsters!My Profile

      1. tehr says:

        yups
        nanti kita sama2 meriahkan ;)

  6. zulkbo says:

    salam..
    ermm..tahniah pada yang terpilh..
    moga pantun tetap menjadi warisan
    zaman berzaman…
    :)
    zulkbo baru je tulis kisah Menjawab Pantun KomenSen : Pak HamzahMy Profile

    1. Mus says:

      pantun dah jadi adat budaya kita.. kena pelihara supaya kekal ke genarasi akan datang..
      Mus baru je tulis kisah Peluang Keemasan Berada Di Cockpit Pesawat ATR 72-500 FireFlyzMy Profile

      1. tehr says:

        tu la pasal, mus
        aku ni sekadar siram air je
        harap2 ada orang yang bubuh baja nanti

  7. Asy says:

    pilihkan aku jadi pacarmu lalalal :-)
    Asy baru je tulis kisah [FINAL] Polis Malaysia KEJAM SADIS ANJING! [BERSIH 2.0]My Profile

    1. tehr says:

      pacar?
      tak nak la, asy
      aku dah kawin
      haha

  8. ghost writer says:

    pasti malam sejuk sekali
    hujan di hulu belum berhenti
    mungkin kah kelam dunia ini
    kalau berpolitik tak perlu parti..

    haha!aku sesaje je bro..tersuka plak nak bikin pantun..alahai!
    ghost writer baru je tulis kisah di sebalik pagar hijauMy Profile

    1. tehr says:

      hujan di hulu belum berhenti
      kampung di hilir banjir terjadi
      pastinya kelam kehidupan ini
      kalau bercakaran sama sendiri

      aku juga berpantun sekadar suka2, ghost
      bagai ubat penenang :D

  9. akubiomed says:

    Err bro Tehr boleh letak mata hati :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Aksi separuh bogel 3 Ninjas Koning bersihkan diriMy Profile

    1. suri says:

      letak matahari supaua blog ni terang bederang,,
      suri baru je tulis kisah Hati Tua Tetap Bersabar, Hati Muda Mudah MemberontakMy Profile

      1. tehr says:

        jangn2 silau mata sendiri nanti, suri :)

  10. adah says:

    letak matahari ke….hehe
    adah baru je tulis kisah Api yang membara….My Profile

    1. tehr says:

      bulan pun boleh juga tu, adah

  11. ohcikgu says:

    hoho..dah lama tak datang sini. berpantun lagi rupanya..
    ohcikgu baru je tulis kisah (Video) Cerita sebenar tentang SuperMokh yang kita tak tahu..My Profile

    1. tehr says:

      masih dengan pantun juga ni, cikgu :D

  12. Seronok baca pantun di blog ni.
    InfoBuahPinggang baru je tulis kisah 7 Tip Menjaga Buah Pinggang AndaMy Profile

    1. tehr says:

      memang untuk berseronok pun, bro
      hehe

  13. al-lavendari says:

    salam kenal.

    saya di perkenalkan melalui blog zulkbo. saya juga amat meminati pantun. sekarang ini sedang berlangsung pertandingan berbalas pantun di blog saya. silalah ziarah dan beri tunjuk ajar kerana saya sendiri pun bukannya reti sangat berpantun.

    alamat entri yg berkaitan adalah spt berikut.

    http://al-lavendari.blogspot.com/2011/07/mari-masuk-kontes-ke-tiga-anjuran.html

    1. tehr says:

      wah, ada pertandingan juga tu
      sama2 kita memeriahkan dunia pantun

  14. amboi sakan berpantun:)
    satu dua kucing berlari,
    saya datang jalan-jalan di sini..
    izariahzainal baru je tulis kisah Korea sightseeing 2011-Part IIMy Profile

    1. tehr says:

      tiga empat kucing melompat
      singgah selalu selagi dapat
      hehe

  15. Nik Thoha says:

    Dalam hidup ini memang banyak dugaan yang berlaku..kita perlu sentiasa bersiap sedia menghadapinya..:)
    Nik Thoha baru je tulis kisah Cara Mengatasi Masalah TidurMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, nik
      sentia siap sedia dan berwaspada

  16. Chipcoklat says:

    Laaa..chip tak terpilih.. adoyai..

    takpe nnt chip cuba lagi.. tehr chip suka berkongsi pantun ngan cikgu tehr.. nampak asli gitu..hehehe
    Chipcoklat baru je tulis kisah JiwaHost : Domain dan Hosting Yang Murah?My Profile

    1. tehr says:

      cuba lagi nanti, chip
      tq

  17. suri says:

    salam..
    khbarnya biasa sahaja…moga mgu ni lebih baik dr sebelumnya ;)

    1. tehr says:

      sehari dua ni agak kelam kabut sikit, suri

  18. Tahniah kepada pemantun-pemantun terpilih… MMg hebat ehhh pantun mereka. Kalu dpt skill cam tu, syok jugak.. :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah KL Gangster Perangai Mobsters!My Profile

    1. tehr says:

      tahniah dan terima kasih kepada semua

  19. toyol says:

    tahniah utk mereka yg terpilih tu..
    pemantun yg hebat!
    toyol baru je tulis kisah REBAHMy Profile

    1. tehr says:

      mereka memang berbakat dan hebat, TK

  20. titan says:

    pandai betul korang berpantun-pantun ye..
    titan baru je tulis kisah Tips naikkan Alexa rank cara Titan – Part 1My Profile

  21. bEe says:

    Pilih spek bEe ajelah cikgu…. hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun