Keywords Terbaik Sepanjang Zaman

search

Selamat pagi semua. ‘Kalau berpacaran biarlah sentiasa rindu dan saling menghormati. Kalau berblog biarlah dapat menyediakan sekurang-kurangnya sebuah entri sehari.’ Pendapat peribadi saya kerana mahu blog ini terus maju dan akan sentiasa dikesan oleh enjin carian melalui keywords yang terdapat di sini.

Keywords? Sempat ke blog Zik sebentar tadi. Kata beliau ada keywords emas. Apa keywords emas? Perkataan ‘emas’ itu sebagai keywords? Pasti sekali bukan begitu maksud beliau. Jadi, apa maksudnya keywords emas? Blog Sabahan Bloggers juga ada bercerita mengenai Search Engine Optimization (SEO). Cuba-cubalah menjenguk ke sana bila berkesempatan nanti.

Sehingga sekarang masih juga kabur untuk memahami SEO ini. Sebentar tadi sempat meninjau pencarian terbanyak di Malaysia melalui Google Insights for Search:

Seminggu

  1. facebook
  2. youtube
  3. yahoo
  4. login facebook
  5. google
  6. yahoo mail
  7. you
  8. games
  9. airasia
  10. 4shared
Setahun

  1. facebook
  2. youtube
  3. download
  4. yahoo
  5. login facebook
  6. google
  7. games
  8. you
  9. yahoo mail
  10. mp3

Keywords apa sebenarnya perlu dicari? Ada sesiapa yang mahu berkongsi dengan saya mengenai keywords emas? Tak dapat emas, perak pun jadilah. :D

gempa bumi harta tertimbus
bukan terkesan di laut biru
tunjukkan kami jalan nan lurus
bukan jalan bengkok berliku

TehrDemikian kisah 'Keywords Terbaik Sepanjang Zaman' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


63 Comments

  1. zulkbo says:

    salam..
    nak kena tanya Zikr la..
    sebab itu isltilah dia..
    saya rasa, keyword yang
    selalu orang google dan
    tak lekang di zaman..
    paling popular dah tentu
    berkenaan sex (maaf) ini
    pandangan saya..
    zulkbo baru je tulis kisah Persoalan Cinta Ini My Profile

    1. Yup…. Itu memang tepat dan betul…. ;) Hahahahaha…. :)
      Lepas tu semua peminat tehramuan tukar minum kopi janda plak nanti…. :P
      Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Google US new search algorithms improvementMy Profile

      1. tehr says:

        langsung je saya tak balik ke rumah
        tunggu warung kopi siang malam
        haha

        1. suri says:

          jgn bro karg tak pasal2 org umh hayun penyapu atau parang tajam..muahaaa..

    2. tehr says:

      salam kembali
      wah, payahnya nak fikir keyword berkenaan sex ni
      kacau bilau pantun saya nanti :D

    3. dnoBiz says:

      betul tu Bro
      Tapi Kw SEX. Ni persaigan memang tinggi tak tercapai dek tangan dah heheeh
      dnoBiz baru je tulis kisah Tokoh Islam – Ilmuan terhebat yang makin dilupakan “Ibn al-Nadim”My Profile

      1. tehr says:

        aku pulak tak reti nak tulis apa dalam tajuk ni
        huhu

    4. Ismail N says:

      Zik… buat e-book satu.. tapi jgn jual.. kasi kami semua FREE.. he he

      1. tehr says:

        yups, sokong3x
        bagi free je

  2. Tehr kena bina niche blog dulu dan cari keywords berdasarkan niche. Guna external adwords tools: https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal untuk mencari keywords yang berkaitan dan banyak orang cari.
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Google US new search algorithms improvementMy Profile

    1. tehr says:

      bina nice blog?
      biasa dengar mengenai nice blog ni, tapi masih kabur

      google adwords tu… satu cadangan yang bagus
      thanks

      1. nice lar plak…. :P

        niche tu lebih kurang macam tumpuan blog kita atau jenis blog kita menceritakan mengenai apa. Macam SBC, kami bincangkan pasal blogspot. Jadi dlm external keywords tu carilah pasal blogspot dan tengok mana yg menjadi tumpuan search di tempat yg kita target (Malaysia, US). Cuba try dulu tgk.

        Macam saya, biasanya saya cari apa yang saya boleh tulis dan apa yang boleh memberikan pulangan lumayan dari adsense. Yang penting kita boleh buat post yg baik, sebab saya lebih mengejar kepada pulangan jangkamasa panjang.

        Panjang nak cerita dalam ni, nanti kalau dah tak sibuk dah, saya cuba terangkan dengan bahasa yang mudah di SBC. Ramai yang minta belajar pasal keywords ni.

        1. tehr says:

          elok sangat la buat sedikit penerangan nanti
          memang ramai yang nak belajar hal ni termasuk saya
          cuma masa je yang kurang mengizinkan

  3. Zik says:

    owh bro tehr, keyword emas tuh kiranya saya punya maksud keyword yang selalu orang cari , setiap bulan ada jer orang cari… masih ada sebenarnya selain dari yang berbentuk hiburan, … tak perlu cari pun… nanti ia akan ada sendiri, nak buat analisis susah juga … biarlah ia datang tanpa kita sedari…
    Zik baru je tulis kisah Bahasa isyarat – apa kepentingannyaMy Profile

    1. tehr says:

      biarlah ia datang dengan sendiri tanpa disedari
      hehe
      inilah yang diamalkan, zik :D
      memang tiada masa untuk membuat kajian

      1. suri says:

        saya tak tahu apa emas..tahu tulis mulis..kacau bilau dan publish jer lain2 tarak pikir huu..

        teruk kann..

  4. DaHLia says:

    x emas pun, blog tehr ni ada keistimewaannya sendiri
    kalo nak keyword emas, susah nak ramal apa yg akan jadi emasnya tu
    yg penting kena sentiasa update blog, kalau sangkut kat SERP berbaloi abis :D

    keyword emas Dahlia pasal e-gaji :D
    evergreen dah tu..
    sampai musim cetak penyata, penuhlah kat blog.
    DaHLia baru je tulis kisah Momentos Tesisito …My Profile

    1. tehr says:

      e-gaji?
      hehe, betul la tu, tiap bulan orang cerita pasal gaji
      yang tak kerja pun sempat bertanya bila kawan2 akan dapat gaji :D

  5. padin says:

    hahahaha keywords emas ek, entahla kan,
    blog aku pun xsampai tahap keywords emas..

    teruskan mencuba bro..

    1. tehr says:

      mencari dalam gelap ni, bro
      memang payah nak jumpa apa2 :D

  6. belalang says:

    susah jugak nak cari keyword yang sentiasa org cari…
    klu keyword yg panas kejap2 bnyk la…

    hee…
    belalang baru je tulis kisah Saya Cintakan A- Tapi B Mengandung Anak SayaMy Profile

    1. tehr says:

      keyword panas tu
      takut pulak kepanasan nanti, belalang
      hoho

  7. toyol says:

    usahkan emas.. keyword pun TK x reti..
    hehe..
    tp kt blog TK, orang duk cari pasal kucing je..
    (tengok kt google analitics)
    ntah apa la yg depa dok berkenan tu..
    toyol baru je tulis kisah SI BOTAK JUAL SYAMPUMy Profile

    1. tehr says:

      nampak macam dah mengena tu, tk

  8. Wan says:

    yup suka gak main dengan keywords ni

    1. tehr says:

      cuba2 belajar dalam kesibukan kerja saja ni, wan
      nak beri tumpuan penuh memang tak sempat
      hehe

  9. puteri says:

    yang no 8 tu xtahan betul..
    ‘you’

    he.he

    1. tehr says:

      yups
      heran juga
      apa hal orang cari ‘you’?
      you tak bayar hutang ke?
      haha

  10. Cik Siti says:

    facebook tetap no satu… mungkin tak tama lagi face blog yang mauk dalam keyword tu
    Cik Siti baru je tulis kisah Keperluan Atau KehendakMy Profile

    1. tehr says:

      faceblog?
      macam mana pulak tu, cik siti?

  11. padin says:

    tak pasti bro perasan ke tak,
    kat google insight tu,
    bro filter region Malaysia (worldwide pon boleh)
    time — 7 days ago, 30 days etc
    boleh tengok rising keywords kat situ…

    1. tehr says:

      yups
      memang ada perasan filter tu
      bila tengok semua, tak tahu pula bagaimana nak tulis
      agaknya otak aku memang dah berkarat :D

      1. padin says:

        hahahh bro tehr merendah diri nih,

  12. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_—\_l__l—[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)–o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    eemmmm mmg payah nak cari key word yang bersesuaian… nak suruh orang ingat mudah ringkas cepat dan popular,,,

    kalau keyword tu nak guna kena cari yang orang selalu cari…
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauhMy Profile

    1. tehr says:

      masalahnya aku tak reti nak agak apa orang selalu cari
      haha

  13. Mus says:

    memang hangatlah keyword tu semua.. mmg semua orang cari tu..
    Mus baru je tulis kisah Keharmonian Bandar Kota Kinabalu Yang Telah Tercemar Akibat Aktiviti Ini Aktiviti ApaMy Profile

    1. tehr says:

      masalah lagi, mus
      bila tak bleh buat entri dengan keyword yang orang selalu cari

  14. mie says:

    apa la agaknya keyword emas tu..
    nak juga tahu..
    ehheeee
    mie baru je tulis kisah Dapatkan 5 Tiket Lost World Of Tambun Secara PercumaMy Profile

    1. tehr says:

      macam menunggu buah yang tak gugur pulak
      paling mudah hentam je
      haha

      1. mie says:

        hentam2 kadanga2 menjadi juga..
        eheheee
        mie baru je tulis kisah Majlis Perkahwinan Ili Hawa dan Farid MaswanMy Profile

  15. dnoBiz says:

    Dalam bab k.W ni aku pun haru..,
    tapi aku selalu guna formuler ni..
    guna keyword yang paling sikit persaingan.. dan yang tak popular walau pun search untuk sebulan hanya 20X tapi sebenarnya boleh cecah hingga 100X dalam sebulan…
    Ps : tu dari apa yang aku perhatikan
    PSS : kw tools punya statisti pun tak berapa tepat sbenarnya
    dnoBiz baru je tulis kisah Artis Tak Bermoral – Tanggungjawab siapa sebenarnya My Profile

    1. tehr says:

      apa yang aku perasan
      kalau tajuk sesuai, memang akan ada kat senarai atas
      tapi sekali tu je la :D

  16. kakyong says:

    masih fail bab2 keyword ni..

    tp di blog kakyong keyword yg dominan adalah ‘masakan simple’… hehehhe tp kakyong tak rajin nak bercerita pasal masakan… ekekkeke…
    kakyong baru je tulis kisah Tutorial – buat scroll bar untuk blog archiveMy Profile

    1. tehr says:

      ooo jadi orang yang cari masakan simple, akan tiba kat blog kakyong la, gitu?

  17. MamaYatie says:

    agak terkial2 sebenarnya nak belajar mencari keyword emas ni..tak pandai main SEO
    MamaYatie baru je tulis kisah Jom Derma DarahMy Profile

    1. tehr says:

      sama la kita, mama
      hanya guna teknik hentam kromo je :D

      1. suri says:

        tahu tak per… asal dah sebati nulis artikel klu sehari tak tulis rasa cam ada sesutu yg tak kena heee

  18. Ismail N says:

    seo ni kena berguru lagi ehh.. kawe pun gasak aje. asal ada org datang ngomel sikit pun syukur ler dari sunyi sepi macam library.. :D

    1. tehr says:

      memang cara popular tu
      saya pun masih guna cara ni… gasak je
      hahah

  19. shameel says:

    rasanya selain sex persoalan politik dan hiburan juga digemari ramaikan
    shameel baru je tulis kisah BENARKAH CONFUCIUS SEORANG NABIMy Profile

    1. tehr says:

      nampak macam ke situ le arahnya carian manusia

  20. yas says:

    Ada masanya aku cari gak natang mende la keyword yg baik tu…tapi kebanyakkan masa mmg aku main langgor je…lantak lerr…hehehe
    yas baru je tulis kisah Paintball di Bukit CherakahMy Profile

    1. tehr says:

      hahaha
      sama pulak nampaknya cara kita ni, yas :D

  21. Norgadis says:

    Saya bab SEO, NICHE, SBC ni memang lembab. Memang saya tak tau… Buat blog pun suka-suka saja… Org buat blog, saya pun belajar buat blog, cuma FB saja yang belum ada.
    Norgadis baru je tulis kisah Istemewa Buat Pemberi Award 2010My Profile

    1. tehr says:

      ya la, nor
      memang tak boleh nak tumpu sepenuh masa dengan blog
      sekadar mencari sedikit hiburan je

  22. decrewz says:

    Keyword ems tu yang ssh sikit.. Kalau keyword besi adalah, x tahan lama dah karat..hu3
    decrewz baru je tulis kisah Tukar Gambar Kepada Bentuk TeksMy Profile

    1. tehr says:

      aku juga banyak keyword besi, bro
      tapi dah berkarat semuanya

  23. akubiomed says:

    Sekarang ini emas sibuk diperkatakan dinar emas dan gold bar. Ada kawan-kawan kata 10 tahun sekali harga emas akan turun. Tahun 2011 adalah masa membeli emas<–saya bukan pakar cuma dengar cerita orang :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Apple iPad2 dan iPad percuma untuk dimilikiMy Profile

    1. tehr says:

      elok sangat nampaknya buat pelaburan jangka panjang
      yang kaya akan bertambah kaya juga jadinya
      huhu

  24. miring says:

    nama sy tak ada hahahhaha
    miring baru je tulis kisah wahai bunga- aku hanya segenggam tanahMy Profile

    1. tehr says:

      eh, ya ke
      sengaja tak tulis tu :D
      tq sudi singgah meriahkan suasana

  25. [...] Teh Ramuan ada sebut keyword emas , Saudara Zik pula ada menyentuh analisa keyword dan saudara Etomyam pula [...]

  26. Azuan says:

    Mmg lumayanlah kalau keyword emas dpt rank tinggi..
    Azuan baru je tulis kisah Lose Your Costumers Get Your SEO Ladder’s ServicesMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun