Keyword Hari Raya Paling Tak Sesuai

Salam semua. Bagaimana dengan cerita raya kalian? Banyak dapat duit raya? Musim raya dan hari-hari lepas raya biasanya wajah kanak-kanak lebih ceria berbanding wajah mak ayah. Kanak-kanak asyik dengan aksi gembira membilang duit raya manakala mak ayah pula sedang meraba akal bagaimana mahu menguruskan perbelanjaan selepas raya. Maklumlah, dah berabis sakan untuk keluarga menjelang raya.

keyword hari raya paling tak sesuai

mak ayah gembira sebelum raya
anak-anak juga menumpang sama
tak mahu kalah dengan tetangga
sangguplah berhutang di sini sana

hendak beraya mengikut hati
bayar hutang bagaimana jadi
harapan gembira di aidilftri
kecewa pula sedang menanti

Kalau buat persiapan raya dengan cara berhutang, lagi parah. Raya hanya dua tiga hari sahaja sedangkan hutang pula perlu ditanggung untuk dua tiga bulan, mungkin juga ada yang perlu menanggungnya sehingga dua tiga tahun. Sedangkan tahun depan nak raya lagi. Bagaimana nak bayar hutang raya dan bersiap lagi untuk sambut raya 2012 nanti.

Nak pinjam dengan along untuk bayar hutang? Berjudi atau beli tiket TOTO? Rasanya akan lebih perit untuk meneruskan kehidupan nanti. Mr Tehr pun tak tahu ‘cara ilmu judi’ ni, cuma kebiasaannya hanya golongan lelaki sahaja yang sanggup ke kedai beli tiket TOTO. Kaum wanita tak akan berbuat demikian. Kan?

TehrDemikian kisah 'Keyword Hari Raya Paling Tak Sesuai' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


20 Comments

  1. dnoBiz says:

    hahaha…
    ni kes nak gali lobang buat tutup lobang la ni :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Komunis Wira Sebenar – Karpal Singh Arah Mat Sabu tarik balik kenyataan (Video)My Profile

  2. buat apa nak seksa diri sambut raya..
    orang sambut raya untuk berseronok, kita plak nak bersusah..kan terbalik tu..
    naimulfirdaus baru je tulis kisah ciri-ciri gadis murahan dan lelaki pengecutMy Profile

  3. Cik Siti says:

    hehehe… keyword macam tu pun ada…. hish!
    Cik Siti baru je tulis kisah Aduh! Bloglist hilangMy Profile

    1. surihatiku says:

      pelik2 asal pelik mmg laju jer org cari..
      surihatiku baru je tulis kisah Petua Mematikan Bisa Makanan LautMy Profile

  4. kakyon says:

    budaya terikut2 dan menunjuk2 kemampuan.. konon!
    kakyon baru je tulis kisah meraikan tetamu..My Profile

  5. padin says:

    cara ilmu judi yang di cari? err… entahla huu
    padin baru je tulis kisah Balik KampungMy Profile

  6. adele says:

    selamat hari raya bro.. :)

    mungkin org tu kecewa tak dapat duit raya kut? hehe
    adele baru je tulis kisah Hari RayaMy Profile

  7. sud@is says:

    cara ilmu judi? memang tak sesuai
    sud@is baru je tulis kisah Hidupkan Malam RayaMy Profile

    1. surihatiku says:

      klu cari ilmu berguna ok lagi kan
      surihatiku baru je tulis kisah Bila Lemau Di tinggal-tinggalkan, Bila Gian Inilah AkibatnyaMy Profile

  8. Aidanatasya says:

    salam aidilfitri.. maaf zahir dan batin,

    mcm2 org nak cari ilmu kang ni erkkk… ermmm

  9. Hadi Rofiee says:

    cari ilmu judi!? hmm.. pelik tu.. :neutral:

    Alhamdulillah, saya masih lagi menerima duit raya. :-)
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Sambutan Dua Hari Perayaan yang HampirMy Profile

  10. akubiomed says:

    Taik ekor ini buat malu sahaja, ibarat “rumah kata pergi, kubur kata mari” masih lagi main nombor tidak bulan Ramadhan atau tidak..nombor! nombor! sahaja didalam fikiran

  11. ohcikgu says:

    wahh..keyword baik punyerr..
    ohcikgu baru je tulis kisah Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog Ohcikgu.comMy Profile

  12. zulkbo says:

    salam..
    ada juga yang mengGoogle
    mencari ilmu berjudi dan sesat
    di blog saudara ye..?macam2 manusia
    dan karenahnya..apa pun kira trafik
    free lah tu..moga bertaubatlah kalau
    orang islam..
    zulkbo baru je tulis kisah Sikap Pemandu Malaysia Tidak Pernah BerubahMy Profile

  13. Andy says:

    Ishk ada juga ke yang berhutang untuk beraya ne, setakat yang ada pun cukup meraikan raya ne ,betul tak
    Andy baru je tulis kisah How To Make College Student ResumeMy Profile

  14. iwan delaroc says:

    haha… macam macam dicarinya
    iwan delaroc baru je tulis kisah life is more than thatMy Profile

  15. banyak keyword yg sesuai ehhh.. tapi kalu entri cuma 2 jer mcm kawe, apa ler sgtnya kot?
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah M.A.L.A.S G.I.L.E.R!My Profile

    1. tehr says:

      kawe pun dok tengah kejar mood yg hanyut ni :D

      1. surihatiku says:

        semalm mmg kejer mood harni ni ok skit heee
        surihatiku baru je tulis kisah Malasnya Nak Bekerja SemulaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun