Ketam

Masyarakat Melayu memang mempunyai banyak kisah-kisah dongeng yang dituturkan sejak sekian lama. Ada juga yang telah dibukukan serta difilemkan. Dari kisah Badang yang cukup popular hinggalah ke kisah Siti Kelembai yang disiarkan di Slot Lagenda TV3 sekarang. Dalam banyak-banyak kisah dongeng, saya amat hairan dengan kisah ini. Seorang raja yang hanya bertitah cuma satu patah perkataan sehari. Bagaimanalah agaknya baginda mentadbir negeri?

tersebut kisah seorang raja
hanya sepatah kalau bicara
dalam sehari semalam juga
walau banyak urusan negara

tersebut kisah di suatu hari
sembah penghulu hujung negeri
sudahlah masak segala padi
menunggu titah tuanku beri

mengadap ketua tukang perahu
mambawa khabar hadirnya kayu
segala tukang kini menunggu
mengharap titah dari tuanku

tukang masak datang berlenggang
membawa senduk bersama dulang
sekadar bertanya santapan siang
wajah tuanku segera dipandang

tuanku raja bermenung seketika
tiada dibantu segala mamanda
kerana sepatah bertitah bicara
tetapi urusan semuanya tiga

Pelik juga kerana saya tidak teringat kalau-kalau ada membaca mana-mana buku mengenai kisah Ketam ini, walau pun saya percaya buku mengenai kisah ini ada di pasaran. Semuanya adalah dari cerita atau teka-teki secara lisan yang telah saya dengar sejak lama dahulu. Dah tahu apa titah tuanku?

TehrDemikian kisah 'Ketam' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun