Ketagih

gambar lelaki kacakKetagih Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati. Tulis entri je, pasti ada keyword Eyriqazz vs Denaihati. Asal tekan keyboard je taip Eyriqazz vs Denaihati.  Boleh ke ketagih macam tu? Dah la beberapa bulan lepas ketagih dan mabuk gian dengan keywoard Lelaki Kacak. :D

ketagih rasa ingin benar akan sesuatu: saya, dgn main ekor ini spt ~ candu; Kamus Dewan Edisi Empat

air liur meleleh , tak minum ketagih
pak hitam kaki melaram
kaki joget, kaki todi, raja botol serta viski
air liur meleleh, tak minum ketagih, air liur meleleh

Bila aku buat carian dengan kata kunci ‘ketagih’ ni macam-macam yang keluar. Pada halaman pertama ada yang ketagih dadah, ketagih judi, ketagih susu botol, ketagih minuman manis, ketagih facebook, ketagih cium dan ada juga kisah ketagih seks. Tu belum masuk ke halaman kedua dan seterusnya lagi tu. Ketagih keyword Eyriqazz vs Denaihati tak ada pula dekat halaman pertama ni.

Pandangan ramai mengenai perkataan ‘ketagih’ adalah ke arah negatif. Nasihat supaya tidak ketagih, tak bagus ketagih dan MESTI elakkan diri daripada menjadi penagih sering kita dengar. Andai kata aku asyik buka blog Titan je tiap hari, boleh kata aku ketagih Titan ke?

Anak ketam bermadah seloka,
Senyum ketawa si anak penyu;
Siang malam hidupku merana,
Ketagih pada senyum manismu.

Senyum ketawa si anak penyu,
Tumpang berlagu si kuda laut;
Ketagih pada senyum manismu,
Pantun rinduku tidak bersambut.

Ketagih maksudnya ‘rasa ingin benar akan sesuatu’ menurut Kamus Dewan. Bagi aku, ketagih Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati atau ketagih blog Titan bukanlah menjadi satu masalah besar kerana banyak perkara baik yang dikongsikan oleh mereka.

Ini yang aku mahu sampaikan sebenarnya. Tak salah untuk ketagih atau menjadi penagih asalkan apa yang ditagihkan itu adalah perkara yang elok. Perbuatan dan tingkah laku yang baik. Lebih molek lagi kalau ketagih pergi ke masjid, ketagih solat berjemaah, ketagih baca Quran atau ketagih bersedekah. Tak gitu ke?

TehrDemikian kisah 'Ketagih' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


55 Comments

  1. Faizul says:

    Perkataan penagih ni memang hari-hari jadi ungkapan kitorang kat opis. Maklumlah keje kat pusat serenti.

    Ketagih ni penyakit yang paling susah nah sembuh sepenuhnya. Sebab takde skala yang boleh diguna untuk ukur tahap pulih dari ketagih 100%.
    Faizul baru je tulis kisah Jersi Arsenal, Chelsea, Manchester United dan Liverpool musim 2012/13My Profile

    1. tehramuan says:

      tu la pasal, bro
      dah salah pilih ketagih
      memang payah nak pulih

      1. hafizmd says:

        Ketagih ni mesti ada kaitan kuat dgn kebiasaan kita. Kalau dah biasa buat, mesti ketagih.

        Jadi, kalau kita nak ketagih benda2 baik, kenalah buat benda baik selalu.

        Terima kasih cikgu utk motivasi hari ni. Best!
        hafizmd baru je tulis kisah Siri 3:Ambil Kesempatan Atas 10 BloggerMy Profile

        1. tehramuan says:

          yups
          biasakan buat perkara baik memang akan jadi baik :D

        2. antara ketagih dan tabiat pon ada hampir2 sama gak kan?..
          Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Tema WordPress TerpantasMy Profile

        3. chii says:

          chii setuju ngan hafiz..harus istiqamah dlm melakukan perkara yg baik.baru ketagih ke arah kebaikan :)
          chii baru je tulis kisah Peminat MisteriMy Profile

  2. nurmisnan says:

    Sampai mcm tuh sekali ketagih yerk.. hik3..
    ok brother.. all d best.. aku tak masuk kot..
    support jer dari belakang…
    nurmisnan baru je tulis kisah KELEBIHAN MALAM NISFU SYA’BANMy Profile

    1. tehramuan says:

      ketagih masuk kontes
      ha ha ha

      1. suri says:

        ha baru bikin gempak tu yg ada blogger tak tdo mlm heee
        suri baru je tulis kisah Sudah Terhantuk Baru TerngadahMy Profile

        1. tehramuan says:

          siapa tu, suri?

        2. chii says:

          uiks..ada sampai camtu skali ke
          chii baru je tulis kisah Peminat MisteriMy Profile

  3. mak lagenda says:

    Mak pun penagih gak!!! Tp penagih yg x menyalahi undang2 la..tau mak penagih apa??

    Penagih soping bj n kasut
    penagih gajet electronik
    dan
    penagih kasih…kot??

    muahahahahhaa…
    mak lagenda baru je tulis kisah 06.07My Profile

    1. tehramuan says:

      penagih kasih tak payah bayar, mak! :D

      1. hafizmd says:

        Pokcik kan ada…hehehe :D
        hafizmd baru je tulis kisah Siri 3:Ambil Kesempatan Atas 10 BloggerMy Profile

    2. chii says:

      wah..soping kasut ngan beg..ehehe..mmg 2 brg tu x bleh dipisahkan ngan pompuan :D
      chii baru je tulis kisah Peminat MisteriMy Profile

  4. maza says:

    alamak..

    maza ketagih kenyit2 mata aje volleh?
    kuikuikui
    maza baru je tulis kisah Wordless Wednesday: StealthMy Profile

    1. tehramuan says:

      jangan2 mata masuk habuk tu, bro maza :D

      1. suri says:

        maza siap ar sy seru isteri mu ckp suka amik pic foto2 org jer hee…

        ate teman maza ketagih amik pic jer..
        suri baru je tulis kisah Sudah Terhantuk Baru TerngadahMy Profile

        1. tehramuan says:

          antara ketagih baik juga ni
          asal saja jangan ketagih skodeng :D

    2. hafizmd says:

      kenyit mata kat orang rumah takpe bang maza…

      jgn masa naik moto, kenyit kat org yg tunggu bas tuh =)
      hafizmd baru je tulis kisah Siri 3:Ambil Kesempatan Atas 10 BloggerMy Profile

      1. tehramuan says:

        wah, bahaya tu, bro

  5. anjangman says:

    Tapi skrg ni banyak yg ketagih main facebook. Sampai ada yg bercerai berai sbb layan facebook ni…
    anjangman baru je tulis kisah Mac OS X Mountain Lion berharga US$19.99My Profile

    1. tehramuan says:

      tu la pasal
      memang satu ketagihan yg tak baik tu

  6. hatiputera says:

    Bila dah masuk ramadhan nanti, jom kita pakat-pakat ketagih pergi masjid.
    hatiputera baru je tulis kisah Ranking Contest Seo Eyriqazz vs DenaihatiMy Profile

    1. suri says:

      moleh gak tu bro putera comel lagi pakai serban..kopiah songkok..sama kain pelekat

    2. tehramuan says:

      molek sangat tu
      bulan mengenal diri sendiri

      1. rahman says:

        ketagihan saham di masa hadapan tu :)

  7. suri says:

    setakat ini ketagi bli buku masa free akan baca lain2 ketagih tka der teruk lagi heee
    suri baru je tulis kisah Perjalanan Mencari Terhenti JuaMy Profile

    1. tehramuan says:

      nanti kongsi2kan dalam blog pula

  8. Bro Zulkbo says:

    salam..
    yang ketara saya keTAGIHAN
    berblog..macam mana nak buang nih?
    huhu
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Kuih Gelembung Buaya Dari Negeri Cik Siti Wan KembangMy Profile

    1. tehramuan says:

      salam kembali
      eh, nak buang ke, bro?
      kenapa?

  9. kakyon says:

    akk ni penagih biskut lutut cicah kopi..kaw..kaw punya..hehe
    kakyon baru je tulis kisah rajinnya hari ini..part4My Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      cicah susu pun sodap!

  10. yas says:

    Wahhh…kali ni semua dh jd lebam ngan keyword paneh ni lak eh….hehehe
    yas baru je tulis kisah Dalam Kenangan- Allahyarham Roslan OthmanMy Profile

    1. tehramuan says:

      memang nak bagi lebam la ni, bro :D

  11. titan says:

    ada ke yang ketagih blog aku ni weh? aku tak percaya ni. haha..
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 56 dari Text Link AdsMy Profile

    1. dzuandiey says:

      cikgu!!!…hahaha..ketagih cendol pulut…tunggu titan belanja..boleh?
      dzuandiey baru je tulis kisah Tak Sabar Tunggu Malam JumaatMy Profile

  12. jrg2 jumpa ketagih beramal ibadat ni..bila la nk smpi ketagih mcmtu.. :)
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Tema WordPress TerpantasMy Profile

  13. chii says:

    wat masa ni xde ketagih apa2 lg..ehehe..semuanya yang sedang sedang shj bak kata iwan :p
    chii baru je tulis kisah Peminat MisteriMy Profile

  14. daddydee says:

    setuju sangat..biarlah ketagih pada menda yang baik…hehehe
    daddydee baru je tulis kisah I’m AddictedMy Profile

    1. dzuandiey says:

      hahaha…betul2..ketagih lain bahaya lak nanti..
      dzuandiey baru je tulis kisah Tak Sabar Tunggu Malam JumaatMy Profile

  15. eiela says:

    ketagih benda yang elok takpe, jangan ketagih benda tak elok, haru dibuatnya.
    eiela baru je tulis kisah Resepi Ketupat dan Kuah Kacang IstimewaMy Profile

  16. dzuandiey says:

    hahaha..bahaya ni..ketagih keyword..kang sampai masuk mimpi…keh3..
    dzuandiey baru je tulis kisah Tak Sabar Tunggu Malam JumaatMy Profile

  17. ohcikgu says:

    macam ni pun leh ketagih ker? haha..
    ohcikgu baru je tulis kisah (Video) The Making – SINAR INI oleh Maya Karin dan Yasin.My Profile

  18. cik tom says:

    wow mmg dahsyat ni kl dh ketagih keyword seo..hehe..
    dgr2 pasni ada 2 contest seo lain plk bakal menyusul..
    makin dahsyat la tehr ketagih nanti…hihi
    cik tom baru je tulis kisah Lain Blog Lain RezekinyaMy Profile

  19. cikgu naman says:

    ketagih nak baca pantun cikgu Tehr ;)
    cikgu naman baru je tulis kisah WW-Syoknya TidurMy Profile

  20. amirulfaiz says:

    Ketagih kepada perkara yang positif, masih baik, asal jangan berlebihan. :)
    amirulfaiz baru je tulis kisah Sanggar kerja dan hari keluarga di Tanjung Bungah.My Profile

  21. Bukan ketagih ehhh.. semangat nak menang tu ada. Moga2 berjaya :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Tinjauan Penceraian IslamMy Profile

  22. Ladfe Amir says:

    ketagih untuk melakukan kebaikan sangat dituntut Islam
    ketagih kepada perkara yg buruk pasti akam mendatangkan kemudaratan di kemudian hari.
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Kalimah Allah Pada AwanMy Profile

  23. Ladfe Amir says:

    ketagih ni sebenarnya bermula dari kebiasaan. lagi biasa dilakukan, lagi ketagih. kadamg2 terpaksa dilakukan secara paksa ataupun di bawah kesedaran akal.
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Kalimah Allah Pada AwanMy Profile

  24. wazy says:

    ketagih blogwalking ..hehehe sebba kerja banyak,nak bahagikan masa tu la yang paling mencabar
    wazy baru je tulis kisah Tips Menghasilkan Resume Yang TerbaikMy Profile

  25. akubiomed says:

    Ketaguh SEO tak apa jangan sampai kena lempang oleh pakcik Google.
    akubiomed baru je tulis kisah Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati bukan level AkuBiomedMy Profile

  26. ProfHariz says:

    Ketagih nak solat tarawih. Boleh tak camtoh Cikgu ?
    ProfHariz baru je tulis kisah Gambar Pernikahan Ella dengan Azhar GhazaliMy Profile

  27. penuh ikhlas barang diagih
    beras sekampit sekotak korma
    jiwa merana Kasih ditagih
    batin tersiksa rindu menjelma

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    diy repair bumper kemek kedalam
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Diy Repair Bumper Kemek Ke DalamMy Profile

  28. jaerul says:

    wah,. siap ada pantun yer bro,. hehe,.
    jaerul baru je tulis kisah Apabila terasa speechless, wordless turut menyusulMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun