Keseronokan Yang Mahu Dirasai Oleh Suami

Orang lelaki suka nak tahu apa yang boleh jadikan mereka seronok bila mereka berkahwin dan mendapat status suami orang. Orang perempuan pula suka nak tahu apa yang mereka boleh buat untuk jadikan suami mereka seronok.

lady birdApa maksud suami?

Suami ialah orang (lelaki) yang dikahwini oleh seseorang perempuan. Begitu maksud yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat kepada perkataan suami. Ada suami, mesti ada isteri.

Lelaki kahwin lelaki sama sejenis bukan suami isteri. Itu namanya suami suama. Suami sama-sama.

Perempuan kahwin perempuan sama sejenis juga bukan suami isteri. Itu namanya isteri isteru. Isteri haru-biru.

:D

OK. Kita balik kepada keseronokan dan kebahagian seorang suami. Melalut banyak-banyak pun tak seronok juga, kan?

Suami jadi seronok bukan kerana masakan makan malam penuh meja makan. Bukan juga kerana secawan kopi tahi musang ketika suami muram layan live streaming tengok Harimau Malaya kalah. Pun bukan kerana paras rupa isteri cantik dengan bentuk badan paling menarik. Lagi bukan kerana isteri pandai menghias diri atau menghias bilik tidur tempat suami mengigau.

Bukan. Semua tu bukan.

Dah tu suami nak apa?

Ha ha ha… Suami hanya mahu suasana ceria. Tiap hari kepala suami dah semak dengan kerja, semak pula dengan kenderaan di jalan raya. Kalau balik kerja semak dengan rumah dan semak dengan muka isteri. Hancur la…

pucuk gajusIsteri masak sedap-sedap pun tak guna kalau ruang suasana muram. Nak makan pun tak lalu. Isteri cantik menarik tertarik juga tak guna kalau muka isteri masam mencuka. Lagi teruk kalau isteri tak pandai senyum, tak pandai ketawa.

Suami buat lawak dah mengalahkan Maharaja Lawak, isteri pula tak gelak. Senyum pun tidak. Suami buka cerita dia terlanggar tiang sebab tengok budak baru kerja tergedik-gedik pun isteri diam macam orang tak paham bahasa. Jeling pun tidak.

Habis la kalau macam ni gaya. Habis kalau suami tak lagi seronok bila berada di rumah! Habis!

Tak ada pantun untuk suami ke, Cikgu?

Tak ada!

TehrDemikian kisah 'Keseronokan Yang Mahu Dirasai Oleh Suami' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


29 Comments

  1. dja@sishaza says:

    Nak ceria, hati kedua-dua pun kena jaga. Sebelah pihak jer tak boleh jadi cikgu …hihik
    dja@sishaza baru je tulis kisah MULAKAN DARI SEKARANGMy Profile

  2. dja@sishaza says:

    Macam mana pula kalau isteri yang tak seronok duduk di rumah ? Hmm..cuti2 macam ni rugi kalau masing2 asyik tunjuk muka masam… elok le berbaik-baik je kan. Give and take laa :)
    dja@sishaza baru je tulis kisah MULAKAN DARI SEKARANGMy Profile

    1. Ismail N says:

      Walaupun kawe lelaki, kawe terpikir gak bab tu. So, jawab bro, jangan tak jawab kemusykilan di atas :D
      Ismail N baru je tulis kisah How To Travel To Labuan From Menumbok By SpeedboatMy Profile

      1. TehR says:

        dah agak dah
        entri ni akan kena batang hidung sendiri ni :D

        ada sesiapa geng2 lelaki yang mahu tolong jawab ke?

        1. hafizmd says:

          hahaha…sape nak jawab ni? ambe ‘muda’ bab2 ni…hahaha
          hafizmd baru je tulis kisah Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013My Profile

  3. Cik Siti says:

    lelaki bukan sahaja menjadi suami malah menjadi ketua dan khalifah dalam masa yang sama….
    Cik Siti baru je tulis kisah Musim Cuti Sekolah Yang sibukMy Profile

  4. UmmiKami says:

    Kalau asyik mengharapkan si isteri menceriakan suasana, suami yang muka sentiasa ketat pula bagaimana ya…..hidup melayari bahtera kehidupan kemudinya adalah selalu senyum ketawa gurau senda, sama tolong menolong, sama berinteraksi, sama memahami dan sama-sama wangi…..betul dak :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Pada Yang Bernama……WanitaMy Profile

  5. cikgu naman says:

    hehe

    sama-sama mainkan peranan untuk merasai keseronokan alam rumahtangga
    cikgu naman baru je tulis kisah Bisnes Online pilihan cikgunaman dan Income yang cikgunaman impikan dari bisnes onlineMy Profile

    1. UmmiKami says:

      Benar cikgu… :)
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Rabu Yang Hilang….My Profile

  6. perlu saling menghiburkan antara satu sama lain.
    the malay male baru je tulis kisah saya sokong cuti umum jumaat dan sabtuMy Profile

  7. Kebanyakan suami malas nak semak-semak kepala bila dah kat rumah. Kalau ada problem pun, biasa para suami nak rilek dulu sebelum solve kan. Nak serabut-serabut tak tentu hala macam orang perempuan suka buat pun, bukan boleh settle pun. Last-last, suami jugak yang kena settlekan semua sekali. Hehehe
    Anak Askar Pencen baru je tulis kisah Perasaan Bongkak Apabila Diri Berada Di AtasMy Profile

  8. suri says:

    saya penat masak tapi selalu pulang lewat ger..ni malasnakmasak
    suri baru je tulis kisah Tempahan Hotel Kotak Teady Bear Di BukaMy Profile

  9. suri says:

    kalau suami rasa bersepah baik dia pikir lebih 3 kali kalau isteri itu penat ker, demam atau isteri mula bosan duduk umh. suami tahu siap jer.sesekali tolonglah suami bantu isteri.jangan dera isteri sampai kata itu ini tak done cuba depa jadi isteri tahulah korang betapa penat mereka tak dapat rehat dari pagi sampai le ke malam fikir anak, pikir juadah bagai, fikir suami terkadang masa untuk diri sendiri tak ada walau dalam sabar mereka berikir mohon pahala yang buat akan dapat berkat tanpa bersungut.

    bantu dan sila prihatan akan pasangan anda itu tujuan utama bila jentik bab kawin bukan tahu guna saat di perlukan sahaja.

    wahualam.
    suri baru je tulis kisah Doa Pengasih Paling MujarabMy Profile

  10. suri says:

    cantiklah gambar cik lady bird tu hee
    suri baru je tulis kisah Tempahan Hotel Kotak Teady Bear Di BukaMy Profile

  11. UmmiKami says:

    Berguling tayar di tepi lori,
    Tayar tersungkup jatuh di telaga;
    Saling percaya suami dan isteri,
    Bahagia hidup teguh rumahtangga.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Pada Yang Bernama……WanitaMy Profile

    1. sud@is says:

      suami suka isteri pndai cr duit, hehe

      1. UmmiKami says:

        Betul tu Sudais… :D
        UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Rabu Yang Hilang….My Profile

      2. suri says:

        ha ya, dalam baik dia kata yang baik-baik sahaja..
        suri baru je tulis kisah Petua Dan Doa Hamil Untuk Mendapatkan Anak KembarMy Profile

  12. Lyn™ says:

    Indah sungguh gubahan bunga
    Menyinar hati si bunga matahari
    Isteri mengamuk, suami menyinga
    Alamat dua-dua yang makan hati.
    Lyn™ baru je tulis kisah PUISI : Cahaya dua banjaranMy Profile

  13. akubiomed says:

    Berat tanggungjawab sebagai seorang suami. Bukan setakat dosa diri sendiri perlu ditanggung kerana dosa dilakukan oleh isteri ditanggung oleh suami juga.
    akubiomed baru je tulis kisah AngelHack Party Malaysia dimana idea mula bercambahMy Profile

    1. suri says:

      benar tu banyak sungguh cara perlu kita baiki ada kurang ada yang lebih.
      suri baru je tulis kisah Cara Mudah Menjahit Baju Kurung Sekolah AnakMy Profile

  14. titan says:

    pantun untuk lelaki bujang. ada tak??
    titan baru je tulis kisah Hadiah istimewa untuk kekasih hati yang comel.My Profile

    1. suri says:

      bro tehr akan luluksan permohonan mr titan ini
      suri baru je tulis kisah Membuat Cup Kek Sendiri Tanpa Guru Lebih Menjimatkan!My Profile

  15. Hafizul says:

    Suama ekk..perkataan baru nih..haha
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #76 – Apabila Was-WasMy Profile

    1. suri says:

      bukan itu sama erti suam-suam kuku? heee..salah type barangkali
      suri baru je tulis kisah Membuat Cup Kek Sendiri Tanpa Guru Lebih Menjimatkan!My Profile

  16. Asyrof Asri says:

    Serius, tak sabar nok nikah.

    Nak rasa sendiri pengalaman paling berharga yang Allah anugerahkan.

    heheh
    Asyrof Asri baru je tulis kisah Tanpa Cermin Mata, Duniaku Tidak BermaknaMy Profile

  17. kakiblog says:

    dua-dua pihak mesti main peranan..
    kakiblog baru je tulis kisah Pelancaran Segmen Baru: Sembang KerjayaMy Profile

  18. hafizmd says:

    hehee…tunggu pantun, tapi takde plak drp cikgu tehramuan kita…hehe

    bagi ambe, memang benar sebenarnya apa yg cikgu cakap..tapi suami memang takleh fikir nak sedap nak seronok diri sendiri jer…

    kalau suami sendiri muka serabut…camne isteri nak tegur? takut salah tegur…ada yg masam muka…hohoho
    hafizmd baru je tulis kisah Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013My Profile

  19. […] ‘Apa yang suami nak sebenarnya?‘ Baik korang gi baca! Tak kahwin lagi? Gi baca […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun