Kertas Bahasa Inggeris 1 Dan 2 Juga Bocor

Hari ini Khamis, sepatutnya hari terakhir Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tetapi datang pula berita yang tak sedap didengar, kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 juga bocor. Calon UPSR perlu menduduki kertas ini sekali lagi. Demikan kata Menteri Pendidikan ll, Datuk Seri Idris Jusoh.

Semalam datang berita daripada Pengarah Lembaga Peperiksaan, Dr. Na’imah Ishak soalan Sains UPSR bocor. Kata beliau, dah beberapa hari tersebar di media sosial. Peperiksaan kertas Sains ditangguhkan ke 30 September 2014 [tarikh baharu].

Kesian 473,175 calon yang menduduki peperiksaan.

Kesian ibu bapa yang ada anak menduduki peperiksaan kali ini.

Kesian guru-guru yang bertungkus lumus mengajar dengan jujur.

Kesian juga pada Tan Sri Muhyiddin Yassin, terpaksa meminta maaf kepada calon dan ibu bapa.

upsr

Apa diharap kepada obor,
Molek dibawa si lampu suluh;
Apa diharap soalan bocor,
Molek kita belajar bersungguh.

Tentunya pihak polis akan dapat mencari siapa yang bocorkan kertas soalan ini. Bab ni aku memang tak ‘gedebar’. Lepas tu nanti kita akan tahu siapa yang buat kerja tak molek ni.

Harap-harap kita juga akan tahu kenapa dia buat macam ni.

Mengapa?

TehrDemikian kisah 'Kertas Bahasa Inggeris 1 Dan 2 Juga Bocor' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


12 Comments

  1. kakyon says:

    kesian anak-anak kena mengambil peperiksaan semula..
    kakyon baru je tulis kisah aktiviti marhaban..My Profile

    1. TehR says:

      betul tu, kakyon
      tak pasal2 30hb nanti kena duduki semula kertas sains dan bahasa inggeris

  2. akubiomed says:

    Memang letih dan tertekan untuk menjawab kertas soalan kali kedua.
    akubiomed baru je tulis kisah Hobi dengan aquascape nano akuariumMy Profile

  3. kesian budak2 jadi mangsa. patutnya mansuhkan je upsr ni, tak bawak ke mana pun.
    Raihanah Ahmad baru je tulis kisah 5 Fakta Tentang Shaklee Anda Perlu TahuMy Profile

  4. hafidzramli says:

    Salam Hormat.

    Kesian budak-budak upsr tahun 2014 nih.
    Dah tak memasal ada kenangan yang “tak akan dilupai” untuk untuk dorang. huhuhu :P
    hafidzramli baru je tulis kisah Hot Wheels: Datsun Bluebird 510My Profile

  5. Ismail N says:

    Apa diharap kepada obor,
    Dalam gelap tetap kabur
    Apa leh buat soalan dah bocor,
    Nasi sudah pun menjadi bubur
    Ismail N baru je tulis kisah 73 UPSR Candidates Infected With ConjunctivitisMy Profile

  6. hafiz says:

    Kesian bdk2 kena repeat paper lagi…
    hafiz baru je tulis kisah Tips lulus temuduga kerajaanMy Profile

  7. amirulfaiz says:

    Kalau di Universiti, bila kena repeat exam, pensyarah yang mengeluh, kena buat soalan baru, semak semula soalan, dan banyak kerja lagi.
    amirulfaiz baru je tulis kisah Cecair nitrogen dan gas karbon dioksidaMy Profile

  8. dja@sishaza says:

    Kesian juga kat cikgu yang benar2 jujur …
    dja@sishaza baru je tulis kisah TIPS UNTUK MENJADI PENULIS BERWIBAWAMy Profile

  9. Lyn™ says:

    Maaflah kalau komen ni menjengkelkan cikgu,
    tapi kalau sayalah yang jadi ibu yang dapat soalan bocor tu, saya
    senyapkan je. Tak adanya saya hebahkan di whatsapp untuk
    meraih populariti dan bangga.

    Kan tak pasal-pasal semua terlibat, semua orang susah.
    Pandai tak boleh diajar,cerdik tak boleh diikut…..sapa punya mak bapak tu ?
    Lyn™ baru je tulis kisah Rempeyek deboom.My Profile

  10. Hafizul says:

    Apa boleh buat…redha aje la..semoga yang buat naya ni akan bertaubat la..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Rahsia Tarikan Pengubat Jemu Menulis BlogMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun