Kerja Bertangguh Tak Menjadi

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu kita bahawa kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi ‘Bisphenol A’ (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012. Tempoh masa selama satu [1] tahun diberikan oleh kerajaan untuk pengilang, pembekal, pengedar, peniaga dan pengguna mendapat faedah [?] daripada bahan yang berbahaya ini.

traffic ticketbelah buluh jangan diusik
kalau diusik menjadi bilah
bunga tangguh jangan dikutip
kalau dikutip menjadi salah

kerja bertangguh tidak menjadi
kerja beransur tidak bertahan
mengapa bertempoh setiap hari
tiada untung dalam pekerjaan

Ingatkan rakyat sahaja yang suka bertangguh, rupanya kerajaan juga sama. Dari dahulu hingga sekarang memang menjadi kebiasaan kita di Malaysia untuk bertangguh. Bulan lepas kerajaan memberi diskaun saman trafik 50% sekiranya saman dibayar sebelum 1 Mac. Akhirnya tempoh untuk membayar saman yang tertunggak itu dilanjutkan lagi selama 10 hari kepada 10 Mac kerana kesesakan yang berlaku di kaunter-kaunter pembayaran pada hari-hari terakhir. Semuanya kerana asyik bertangguh-tangguh.

lhdn logodipukul tsunami hancur lebur
dibawa ke darat kapal belayar
sekecil-kecil hutang diansur
biarlah habis hutang dibayar

malangnya dilanda gempa bumi
kereta dipandu habis terbabas
mengapa bersesak di hujung hari
tempoh berlalu untung terlepas

Bulan depan [April] pasti ada lagi kesesakan, kali ini di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri [LHDN] pula. Tempoh yang diberikan untuk menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2010 (BNCP 2010) melalui e-Filing bagi Borang BE, B, M, P dan E ialah mulai 1 Mac hingga 30 April 2011. Sama-sama kita tengok pada 29 dan 30 April nanti, pasti meriah. Jangan lupa bawa Nikon D300 untuk ambil gambar-gambar terbaik nanti.

Kalau tak mahu bertangguh sila ke https://e.hasil.gov.my atau www.hasil.gov.my dengan kadar segera. :D

TehrDemikian kisah 'Kerja Bertangguh Tak Menjadi' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


55 Comments

  1. yas says:

    Bayar LHDN online…sangat2 memudahkan…
    yas baru je tulis kisah Pipeline Dungun Terengganu Bermulanya era gua sbg pemancingMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, yas
      sangat mudah sebenarnya
      asal saja jangan di saat2 akhir

  2. padin says:

    aku pun masih mengamalkan kerja bertangguh ni, huhuu
    kena cuba tukar kaedah kerja ni, masih terikut masa belajar dulu,

    1. tehr says:

      kerja bertangguh memang membebankan kalau ada tugasan lain menyusul tanpa amaran :D

  3. LiFe KaMi says:

    orang kita mmg dari dulu suka sgt buat kerja last minit padahal byk masa yang diberi..
    kerajaan pula benda yg berbahaya seperti ni sepatutnya dari dahulu dah diharamkan dan bila nak diharamkan ambil masa yg agak lama,sepatutnya disegerakan supaya tak ramai yg terbeli bahan bahaya seperti tu..
    LiFe KaMi baru je tulis kisah Baby Kami Masuk WadMy Profile

    1. tehr says:

      kerajaan mengikut perangai rakyat
      atau
      rakyat mengikut perangai kerajaan

      keliru… :(

  4. belalang says:

    mengenai pengharaman botol susu tu sepatutnya d haramkan serta merta…ntah nape nak kene tggu 2012 baru nak haramkan…
    belalang baru je tulis kisah Keputusan Piala FA 15 March 2011My Profile

    1. tehr says:

      jom kita pakat2 hairan
      mana tau dapat jawapan nanti sebab apa kerajaan tangguh :D

      1. padin says:

        aku tumpang hairan kat sini, ekekee

  5. zulkbo says:

    salam..
    he he..
    nasihat berguna ni bang
    terima kasih..tak isi lagi
    e-filing nih
    :D
    zulkbo baru je tulis kisah Langkah Bijak Dan Bertanggungjawab Google – Person Finder ToolMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      baik cepat, bro
      internet kat negara kita ni tak boleh nak percaya sangat :D

  6. ghost writer says:

    bertangguh untuk apa pun boleh..

    tapi bab kematian tidak pernah ditangguhkan kalau sudah sampai masanya.

    gara-gara bertangguh yang lain terkena natijahnya.
    ghost writer baru je tulis kisah jangan salahkan 3 stoogesMy Profile

    1. tehr says:

      tu yang tak sedapnya, bro
      seorang yang bertangguh, semua yang terima akibat

  7. kulanz says:

    tu lah.. ada beberapa tindakan kerajaan yang nampak sangat macam tak patut..
    baru teringat pasal borang cukai tu.. aku punya borang pun belum isi lagi.. :D terima kasih bro tolong ingatkan..
    kulanz baru je tulis kisah Pasca Gempa Bumi &amp Tsunami Jepun 2011My Profile

    1. tehr says:

      aku pun hairan, bro
      sepatutnya kerajaan lebih pentingkan kesihatan rakyat dari segala hal lain
      kesan jangka panjang ni akan ditanggung oleh generasi akan datang

  8. titan says:

    cite pasal botol susu plak..
    titan baru je tulis kisah Bila mak bapak budak tak puas hati dengan cikgu sekolahMy Profile

    1. tehr says:

      dah lupa juga botol susu jenis mana yang aku guna dulu :D

  9. decrewz says:

    EH, ye ke? Botol susu bayi cemna tu? Ada effect ke?
    decrewz baru je tulis kisah Blog deCrewz Dilanda Tsunami TraffikMy Profile

    1. tehr says:

      ada kajian yang membuktikan bahaya, jai
      kesan jangka panjang ke atas bayi

      1. decrewz says:

        Sebelum ni kes susu, sekarang ni botol susu pulak.. haish.. macam2.. Makin maju zaman, makin banyak pulak masalah..mmmm..
        decrewz baru je tulis kisah Blog deCrewz Dilanda Tsunami TraffikMy Profile

        1. tehr says:

          kadang2 aku terfikir juga
          macam berniaga masalah je :D

  10. hafeezan says:

    amboi cikgu, siap buat iklan kamera nikon lagi. Yelah dari dulu lagi dok perati, memang trend kerajaan ni yang terlebih perihatin macam tak kena tempat la pulak. Bagilah tegas sikit terutama bab-bab kesihatan anak-anak kita ni. Kalau hendak diharamkan, terus berkuatkuasa serta merta, jangan nak tunggu satu tahun, lama sangat tu encik Menteri. Satu lagi, rakyat Malaysia pun memang suka buat kerja last minute. Jelas dan terang bersuluh dengan lampu sportlight lagi. Sebelum ini di kaunter bayaran saman, lepas ini kaunter LHDN pulak. Apa-apa pun jom kita guna sistem e-filling, cepat, mudah dan yang paling penting dapat balik claim cepat.
    hafeezan baru je tulis kisah Impak Letupan Loji Janakuasa Nuklear Fukushima Daiichi Kepada Negara LainMy Profile

    1. tehr says:

      kita pakat2 ubah perangai bertangguh ni sama2
      tapi kena mulakan dengan diri sendiri dahulu :D

  11. puteri says:

    kan? budaya..
    semacam janji yang jarang ditepati
    org selalu sebut
    ‘jnji melayu…’
    puteri baru je tulis kisah kenduri 13-03-11My Profile

    1. tehr says:

      memang menyusahkan tu, puteri
      kalau asyik mungkir janji tanpa sebab

  12. kakyon says:

    kekadang tak berapa nak paham. dah tahu bahaya..kenapa nak tanggoh.
    kakyon baru je tulis kisah dialog kanak-kanakMy Profile

    1. tehr says:

      saya percaya kerajaan punya alasan
      cuma kita tak faham apa lagi yang lebih penting dari kesihatan rakyat

  13. wadud says:

    tuh lah kerajaan sekarang..
    kalau nak buat botol susu tuh..
    biarla yang ada kualiti.. bila dah kene kondem dengan orang laen..
    baru nak kecoh..
    kata jer malaysia negara yang maju..
    tapi botol susu pon x boleh nak bagi yang terbaek..
    huhuhu
    wadud baru je tulis kisah Islam dan Kristen di IndonesiaMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      macam istilah maju ke depan
      bukan apa2, hanya maju kat bahagian perut je :D

  14. hafeezan says:

    Betoi juga tu. Tapi apa alasanyer ye? nak bagi peluang kat penjual botol susu tu habiskan stok ke? Ini melibatkan nyawa anak-anak kita. Tak payah la tangguh lagi.
    hafeezan baru je tulis kisah Impak Letupan Loji Janakuasa Nuklear Fukushima Daiichi Kepada Negara LainMy Profile

    1. tehr says:

      itulah yang kita harapkan
      tak payah nak tanguh2 lagi

  15. mie says:

    ni tabiat gue yang susah nak ubah..
    slalu buat last minute..
    ehheee
    mie baru je tulis kisah Bergembira di Air Terjun Kampung PerigiMy Profile

    1. tehr says:

      aku pun biasa juga buat kaedah popular ni, mie :D

      1. mie says:

        sama-sama la kita cuba mengubahnya..
        demi kebaikan diri sendiri juga
        heheheeee
        mie baru je tulis kisah Bergembira di Air Terjun Kampung PerigiMy Profile

        1. tehr says:

          yups
          sama2lah kita

  16. Affan says:

    bukan setakat cukai je takleh bertangguh, kerja2 pun kalau blh jangan biarkan bertangguh
    Affan baru je tulis kisah Beza Air Liur dan Air Liur BasiMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal. affan
      aku sendiri juga nak kena buang saki baki perangai bertangguh ni

  17. Hadi Rofiee says:

    Aku mengimpikan sikap rakyat Malaysia seperti di negara2 maju lain. Profesional dan matang. i’Allah. :-)
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Dia tidak salah- kita yang salahMy Profile

  18. suri says:

    huu/terus ingat cukai tanah..cukai pintu heee..kena byr tiap2 tahun heeee..

    1. tehr says:

      cukai jalan juga tu, suri

  19. suri says:

    klo bayaran INTERNET tm, digi..bil2 telefon kiat blh byr takan perkara yg remeh ni kita sering buat2 lupa pkl huuuu..

    1. tehr says:

      saya sendiri sering juga buat2 lupa :D

  20. toyol says:

    bertangguh tu dh jd asam garam dan adat warisan..
    payah nk hakis..
    tunggu dulu ye..
    hehe..

    nsib baik borang cukai smua dh isi.. kang x pasal2 ada pulak yg dtg jenguk ke umah nnti..
    toyol baru je tulis kisah TITANIC- TENGGELAM DALAM KEANGKUHANMy Profile

    1. tehr says:

      tk contoh warganegara yang baik
      cepat je siap semua hal :)

  21. Cik Siti says:

    kalau kerja tertangguh kerja yang ada akan makin bertambah dan akhirnya membukit. masa itulah rasa tension dan mula nak salah sana salah sini
    Cik Siti baru je tulis kisah Cerita Bersiri Masa Kecik-KecikMy Profile

    1. tehr says:

      dah akhir2 nanti tak tahu nak buat yang mana dulu
      hehe

  22. akubiomed says:

    Botol susu polikarbonat bhespanol A sepatutnya sudah lama diharamkan dan juga botol pelastik lain yang boleh mengancam kesihatan.

    Saya sudah lama mengisi borang cukai secara online senang dan mudah. Harap semua yang ada kemudahan komputer dan internet untuk mula mengunakan LHDN online kalau tidak bermasalah kerana tahun LHDN sudah mansuh borang cukai
    akubiomed baru je tulis kisah Pengharaman botol susu bayi polikarbonat Bisphenol AMy Profile

    1. tehr says:

      lagi satu mengenai pendidikan pengguna
      nampak macam kurang je kat negara kita ni

  23. Yup.., ni boleh jadi cerita yang baik untuk blog kan? :)
    Tapi kami pun ada banyak kerja yang bertangguh lagi ni….
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah WW- SBC DashboardMy Profile

    1. tehr says:

      asal sahaja jangan terlalu bertangguh
      sikit2 mungkin biasa tu

  24. Norgadis says:

    kenapa baru sekarang nak haramkan, sepatutnya dari dulu lagi. Satu hal lagi, nak haramkan pun kena tunggu setahun baru nak haramkan betul2… pelik2…
    Norgadis baru je tulis kisah Mesyuarat Agung Peladang Unit Bukit Kalam 2011My Profile

    1. tehr says:

      sama2 la kita berharap kerajan akan mengubah pendirian
      haramkan terus je

  25. zik says:

    banyak kerja…kalau tak dibuat.. makin banyak benda dekat meja tuh..jadi serabut kepala..siapkan!!
    zik baru je tulis kisah Perniagaan yang mengalami inovasi- bagaimanaMy Profile

    1. tehr says:

      makin tangguh makin banyak jadinya
      last sekali meja pun boleh runtuh tu :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun