Kerepek Gulung Rangup Celup Air Kopi

Kerepek Gulung Rangup Celup Air Kopi. Aku memang selalunya macam ni. Biarpun kerepek gulung ni memang dah rangup dan senang untuk dikunyah, masih juga aku seronok nak celup dalam air kopi.

Ada cara makan kerepek gulung rangup? :D

Sebenarnya bagi aku sama saja cara makan kerepek gulung, makan biskut atau makan roti. Memang tak sah kalau aku tak celup dalam air kopi. Tak seronok!

Manis senyuman mahu memikat,
Balik kerudung mata menjeling;
Makanan ringan penuh khasiat,
Kerepek gulung teman blogging.

Orang kampung aku sebut kerepek gulung ni sebagai kelepek gulung. Sebab apa huruf ‘R’ ditukar dengan huruf ‘L’ pun aku tak tahu. Takkan semua orang kampung aku ‘keras lidah’. Tak boleh sebut kerepek.

Maksud kerepek dan kelepek dari Kamus Dewan Edisi Keempat.

kerepek (kerépék) ubi kayu, pisang, keladi dsb yg dihiris nipis-nipis dan digoreng.
kelepek (kelépék) kelepet; terkelepek 1. terkelepet; 2. terkelepai (spt dahan patah yg masih tergantung-gantung di pokok), terkulai.

Kerepek Gulung Rangup Celup Air Kopi

Kerepek gulung rangup celup air kopi,
Satu masuk ke mulut minta satu lagi.

Harga sebungkus kerepek gulung tak mahal, hanya RM2.50 sahaja. Ia juga mudah didapati.

Bukan aku seorang saja yang suka makan kerepek gulung. Bini aku pun suka. Abang ipar aku juga suka. Anak lelaki aku lagi la suka… Sebungkus kerepek gulung, sekali dia hadap je boleh hilang dari pandangan.

Matanya redup ditenung-tenung,
Suaranya serak merdu menyanyi;
Kerepek rangup digulung-gulung,
Manis berlemak makanan tradisi.

Nampak gaya malam nanti aku kena pergi ke kedai runcit lagi. Beli kerepek gulung banyak-banyak buat bekal blogging. :D

TehrDemikian kisah 'Kerepek Gulung Rangup Celup Air Kopi' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


19 Comments

  1. sud@is says:

    kuih sepit ya….

    1. Padin says:

      kuih sepit yang digulung… :D

      1. Aretikz says:

        kalau kat Sabah kami panggil kuih sapit.. hehe
        Aretikz baru je tulis kisah The Chronicle Of Gunting KukuMy Profile

  2. zawiah says:

    Suka mkn kerepek gulung

  3. kopi cap dua badak ke tu bro..hehehe
    blogger lelaki baru je tulis kisah Malaysia Top 10 Best Blog 2015My Profile

  4. akubiomed says:

    Belum pernah cuba lagi dengan mencelup air kopi. :)
    akubiomed baru je tulis kisah Tukar mata ganjaran Astro Circle dengan bola World Cup edisi terhadMy Profile

  5. Ani Haryani says:

    sedap tu. makan macam gitu tu pun sedap. tak perasan cepat habis hehe :D
    Ani Haryani baru je tulis kisah Panduan Tambah Susu Badan Supaya Anak Tidak Menangis KelaparanMy Profile

  6. myrujukan says:

    macam pernah nampak kerepek nih, tp dah lama x makan kerepek jenis nih
    myrujukan baru je tulis kisah Malaysia Best Blog 2015My Profile

  7. Aretikz says:

    Kuih ni boleh menimbulkan keasyikan tahap paranormal bila menikmatinya.. hehe
    Aretikz baru je tulis kisah The Chronicle Of Gunting KukuMy Profile

  8. Sobri Mansor says:

    Maksud kelepek kalau di Johor songlap duit sikit-sikit. Contoh ayah beri RM10 pada abang untuk bagi pada adik, tapi abang tak jujur ambil RM2 dari RM10 tu dan beri pada adik cuma RM8. Macam gitulah maksudnya…
    Sobri Mansor baru je tulis kisah Blog aku di awal tahun 2015My Profile

  9. adarain says:

    memang suka cicah dengan kopi ke? haha saya suka makan gtu je. hahaha
    adarain baru je tulis kisah Kesan GST Kepada Rakyat MalaysiaMy Profile

  10. Lynn™ says:

    Baru hari ini saya tahu ada orang celup kerepek gulung dalam air kopi.
    Mesti sedap kat tekak cikgu, kalau tak tak buat cengitu. Saya pulak lebih
    suka celup bahulu dalam air kopi terutamanya bahulu lama. Sedap.
    Lynn™ baru je tulis kisah Entri yang terletak di muka 1 carian GoogleMy Profile

  11. tu kuih sepit kan. sedap tu, tak pernah tahu boleh cicah kopi.
    Raihanah Ahmad baru je tulis kisah Promosi april 2015 untuk anda ingin sihat dan kurusMy Profile

  12. dapat makan kerepek gulung bersama yang tersayang lbih best… Kopi pon best…
    Farina Al-Khareid baru je tulis kisah Glowing beautiful skinMy Profile

  13. titan says:

    dah lama jugak tak makan kerepek gulung tuh.
    titan baru je tulis kisah Duit BRIM sudah masuk. Yehh! Boleh makan Wagyu Kobe Burger lagi.My Profile

  14. muliani says:

    tak pernah pulak celup air kopi macam ni.. hehe

  15. Sedapnya buat minum petang…nyummmmm
    Noriza Rahman baru je tulis kisah Sistem Imun Anak Lebih Kebal TANPA Ubat.My Profile

  16. Tinie Badri says:

    Wahh sedap ehh makan camtu, tak pernah try lagi…bole cuba ni :D
    Tinie Badri baru je tulis kisah ^7 Sebab Kenapa Krim Herba Ini Patut Ada Di Rumah Anda^My Profile

  17. Dja@Sishaza says:

    Macam kuih sepit je tu …. kali pertama dengar ni. Nanti boleh cuba
    Dja@Sishaza baru je tulis kisah Jom Join MobiCowMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun