Kerana Pulut Santan Binasa

Dalam sehari dua ini, topik panas listen listen listen, kisah pasukan bersenjata di stadium bola sepak dan kes mencaci dan menghina agama menjadi pertikaian meriah di internet dan laman sosial negara kita. Masing-masing mempunyai pandangan dan pendapat sendiri dan memang ramai yang telah meluahkannya.

cari penyakitSebelum ini aku ada menulis mengenai kisah Tak Boleh Berenggang yang berkaitan dengan pelajar anak manja atau emak manja. Kali ini aku ada kisah Amin dan Aman, dua orang pelajar baru dalam sebuah kelas prasekolah yang sama.


Suatu hari kedengaran Amin menangis di dalam tandas.

“Amin, kenapa nangis ni?”
Kencing cikgu. Tak sempat buka seluar. Payah sangat!”
“Tak apa, nanti cikgu gantikan seluar lain.”

Selepas membersihkan badan Amin, pembantu kelas uruskan pula seluar Amin yang terkena kencing tadi. Amin dah pun berjalan ke kelas. Tiba-tiba terdengar pula Aman menangis. Kuat.

“Aman, kenapa nangis ni?”
“Amin pukul.”

Pembantu kelas garu kepala.

“Amin, kenapa pukul Aman?”

Amin pula menangis kerana takut. Kedua-duanya menangis dengan kuat. Pembantu kelas garu kepala lagi. Senyum bercampur hairan.

“Aman, kenapa Amin pukul Aman?”
Saya kata budak gemuk telanjang. Nampak tot tot. Pastu dia pukul.”
“Laa, patut laa…”


Satu kisah antara banyak-banyak kisah yang kita boleh ambil iktibar. Kes murid kena pukul memang biasa berlaku di mana-mana. Mulut dan lidah yang lembut boleh menyebabkan tangan dan kaki yang keras bertindak. Akhirnya badan pula yang menerima akibat. Kata orang tua, kerana mulut badan merana.

listen listen listenMencaci, memaki, dan mengutuk seseorang atau sesuatu kumpulan bukanlah satu cara yang baik untuk menyatakan pendapat atau memberi komen mengenai sesuatu perkara.

TehrDemikian kisah 'Kerana Pulut Santan Binasa' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


20 Comments

  1. shameel says:

    Entah apa silapnya kutuk mengutuk dan maki memaki menjadi budaya bangsa kita. Tidak setakat ahli2 politik, tapi merebak ke dlm dunia sukan. Dan kutuk mengutuk semakin rancak sejajar dgn kemajuan teknologi
    shameel baru je tulis kisah Kosmo Anti – Kelantan: Mengapa Tonjol "Ustazah Kelantan" Bukan "Ustazah" Sahaja?My Profile

  2. Hairul Azni says:

    Cakap kena berlapik,budi bahasa kena jaga..
    Hairul Azni baru je tulis kisah Google PageRank – Apa Maksud Setiap Angka?My Profile

  3. UmmiKami says:

    Salam bahagia..

    Rambut Midah cepatnya tumbuh,
    Mesti hendak nampakkan cantik;
    Lembut lidah ibarat penyembuh,
    Hati yang bengkak bolehkan baik.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Dalam Seminggu…My Profile

  4. suri says:

    sana mengata sini berdiam
    tidak bercakap bukan fakta berkurang
    bagai api didalm sekam
    panas membara hingga sekarang
    suri baru je tulis kisah SimSimiMy Profile

  5. suri says:

    bila akan habis kisah demi kisah rasa rentan nak tutup mata
    suri baru je tulis kisah SimSimiMy Profile

  6. suri says:

    kerna mulut badan binasa..bt org skit hti pd kita lgi adalah huu..
    suri baru je tulis kisah SimSimiMy Profile

  7. padin says:

    Bab mencari salah orang lain ni mmg dah sebati….
    kalau dapat cari jalan penyelesaian lagi bagus rasanya
    dari bertekak sana sini takde penghujung

  8. Sungguh sedap buah kundur,
    Jemput makan tuan rumahnya;
    Terlajak perahu boleh diundur,
    Terlajak kata buruk padahnya.
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Talian Internet Terlalu PerlahanMy Profile

  9. nurmisnan says:

    har3… kes kencing dalam kelas atau kencing dalam seluar
    perkara biasa di sekolah rendah. Bila terjadi mula mulut mengata..
    kutuk sana hingga tercemar maruah..
    nurmisnan baru je tulis kisah Empat tahun beraya tanpa anak tersayang – Part 2My Profile

  10. papa mifz says:

    ha…kan tak pasal2 dah kena pukul…hehe
    papa mifz baru je tulis kisah Sedang Menyanyi, Disuruhnya Diam PulakMy Profile

  11. Dja@SisHaza says:

    kekeruhan boleh timbul kerana kelantangan….walaupun lantang itu kerana menegakkan yg benar
    Dja@SisHaza baru je tulis kisah TERIMA KASIH CIKGU FATIMAHMy Profile

  12. de engineur says:

    Kerana Pulut Santan Binasa
    Kerana Mulut Badan Binasa
    de engineur baru je tulis kisah Dual-screen YotaPhone: Would you use it?My Profile

  13. Mmg pening kepala ngan kerena murid2.. selamba amin masuk kelas tanpa seluar. heee
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Ada yg Dengki kat Hairul ke? Testimonial Pembeli yg Jana RM6K Sebulan bagitawMy Profile

  14. sharafie says:

    walaupun banyak iklan kat TV menyuruh kita mengamalkan nilai² murni dalam kehidupan, tetapi masih belum dapat kita melaksanakan nilai² murni tersebut kerana sifat ego yang terlalu tebal dalam diri masing².
    sharafie baru je tulis kisah MimpiMy Profile

  15. khairil says:

    yang teruknya bila pemimpin kuat mengutuk satu sama lain jadi tak hairanlah kalau orang bawahan pun terikut-ikut.
    khairil baru je tulis kisah Pengalaman Tengok Orang Kena Rasuk Dan Kisah Seram Di UiTM Seri IskandarMy Profile

  16. akubiomed says:

    Api bertemu api semakin marak jadinya.
    akubiomed baru je tulis kisah Aktiviti hujung minggu dengan blog walkingMy Profile

  17. Bro Zulkbo says:

    salam..
    sampai sekarang saya tak faham
    apalah salahnya pulut sampai
    santan binasa..kan ke sedap
    makan pulut lemak..he he
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Siapa Sangka Nak Jadi Popular Di Google Trends?My Profile

  18. aimannajmy says:

    ahahha lawak.. tp lawak gak pulak tengok kucing cam hitler tu huhu
    aimannajmy baru je tulis kisah Lepak memancing di jambatan Pulau Bunting YanMy Profile

  19. suri says:

    sabar selalu pujuk selalu..
    suri baru je tulis kisah Kaki Ulat Buku Bukan Kisah LipaslahMy Profile

  20. fiezaradzi says:

    pendek kata kata kena jaga.. yg tu dah mula hilang dari masyarakat kita..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Layak ke Blog Ini Tercalon??My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun