Keramat Cinta Luar Negeri

Tak payah lagi satu hari, Labu. Sekarang aku dah tau dah… [entri semalam] Betulkah begitu? Berbanyak syukur kepada Tuhan kiranya kita sedar apa yang sedang kita lakukan sekarang. Ambil contoh salah satu keperluan dalam hidup kita iaitu cinta.

Macam-macam gelaran telah diberikan orang tentang cinta. Ada cinta monyet, cinta itik, cinta ayam, cinta biskut, cinta pizza, cinta kristal, cinta batu, cinta bola, cinta ragbi, cinta duit, cinta kereta dan berbagai jenis cinta lagi. Cahaya cinta memang tidak akan habis diceritakan hingga kiamat. Cahaya?

Nasi lemak buah bidara,
Biji selasih saya lurutkan;keramat cinta luar negeri
Buang emak buang saudara,
Hati kasih saya turutkan.

Sayang keladi sama selasih,
Selasih tumbuh di tepi kolam;
Kalaulah hati terasa kasih,
Rindu berlabuh siang malam.

Kalau tuan pergi ke hulu,
Belikan saya bunga kemboja;
Kalau tuan mati dahulu,
Nantikan saya di pintu syurga.

Kalau roboh Kota Melaka,
Papan di Jawa saya dirikan;
Kalau sungguh bagai dikata,
Badan dan nyawa saya serahkan.

Kerana cinta, badan dan nyawa sanggup diserahkan semua sekali. Mabuk cinta sering menjadikan manusia lupa segala-galanya. Lupa bahawa cinta itu penuh ranjau dan duri. Walau pun cinta itu sendiri membawa tujuan untuk kebahagiaan, tak kurang pula yang melaluinya dengan penuh derita. Berbagai kisah kesukaran yang selalu terpampang di dada akhbar atau di internet, gagal dijadikan panduan oleh sang pencinta.

Bila sedang bercinta, malas hendak fikir masalah besar yang sedia menanti. Hidup sentiasa penuh dengan kemanisan angan-angan. Hairan juga mengapa masyarakat kita begitu banyak dihidangkan dengan cinta Pakistan, cinta Bangladesh atau cinta Lombok. Benarkah cinta itu buta atau orang bercinta yang buta mata dan buta hati?

TehrDemikian kisah 'Keramat Cinta Luar Negeri' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


55 Comments

  1. wadud says:

    a’ah betol bro.. :p
    hehehe.. disebabkan cinta..
    semua ” boleh :
    kuah3…

    1. tehr says:

      boleh3x [upin & ipin]

  2. sangilapi says:

    antara jerat percintaan yang ko lupa sebutkan adalah cinta awang hitam :)

    kalau direnung-renung,cinta memang membawa derita – agaknya lah :)
    sangilapi baru je tulis kisah tragedi oktoberMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu
      kebelakangan ni memang banyak pula kisah cinta awang hitam
      aku terlalu sangat fokus kepada cinta lombok [pengaruh akhbar juga ni]
      aku sendiri tiada pengalaman dengan situasi seperti ini

  3. ray ban says:

    baru2 ni ada baca metro 2x isteri dia terkena tipu daya awang hitam kesian si laki
    ray ban baru je tulis kisah Ray ban Malaysia dealer-distributor-dropshippingMy Profile

    1. tehr says:

      dahsyat gak rupanya awang hitam ni
      harap2 lepas ni orang kita lebih berhati-hati

  4. etomyam says:

    hebat pantun2 tu memang menggambarkan org bercinta dan tak ingat dunia sekeliling aje…memang dasat penangan buah cinta ni :D
    etomyam baru je tulis kisah Blog DoFollow Dan NoFollow- Satu AnalisaMy Profile

    1. tehr says:

      kali ni saya cedok pantun dari kamus dewan :)
      pandangan orang dulu2 tentang cinta memang lengkap

  5. belalang says:

    satu lagi cinta zaman skrg tehr…
    cinta FB.baru kenal x smpi 5 minit dah boleh jd couple.
    sminggu pastu dah kuar date…
    lusa dah korbankan ape yang patut…
    tulat(ade ke ayat nih?) dah break pulak…

    hahaha
    betul tehr…ade dah cinta mcm tue skrg…
    belalang baru je tulis kisah First Contest Dari SBTMy Profile

    1. dnoBiz says:

      termasuk la kongso password Fb pas tu kena sabotaj hahaha
      dnoBiz baru je tulis kisah Wednesday Blues – Tiga sebab mengapa aku TerperangkapMy Profile

      1. tehr says:

        jangan kongsi semua
        rahsia mesti dirahsiakan

    2. tehr says:

      ada tu…
      tulat tinggal sorang terkulat-kulat

  6. zulkbo says:

    salam..
    kerana cinta..abang bangla
    saya ikutkan..nasib la..bila
    cinta membutakan mata
    zulkbo baru je tulis kisah Mari Periksa Kedudukan Blog Anda Di SERP SEOMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali, zul
      bila dah mabuk, tak nampak lagi apa warna cinta

  7. zezebel says:

    Saya pun bercinta luar negeri juga tapi dia kat semenanjung Malaysia jer, bukan kat Lombok. Hehehehe…. :D
    zezebel baru je tulis kisah Internet acronym complete listMy Profile

    1. tehr says:

      cinta saya pula kat sarawak :)

  8. Hadi Rofiee says:

    Pernah bercinta tapi tidak dah. Sekarang nak tumpu pada memburu impian dahulu.

    Benar, cinta itu buta. Hehe. :mrgreen:
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Naik taraf blog wordpress ke versi 301My Profile

    1. tehr says:

      tak apa, hadi
      nanti cinta datang lagi

  9. Ismail N says:

    Cinta tak buta tapi saya akui mengasyikan… So kena control2 sikit agar tak jadi terbuai-buai.. :D
    Ismail N baru je tulis kisah Beatboxer Jepun Yang Hebat!My Profile

    1. Affan says:

      tu dia, pengalaman daripada org yg pernah bercinta.
      saya budak kecik lagi ^_^
      Affan baru je tulis kisah Berhadapan dengan Pujian dan Keburukan PujianMy Profile

    2. tehr says:

      tu yg penting tu, jangan terbui-buai

  10. padin says:

    ehemm… entahnye ye.. cinta ni unik, kadang2 bawak bahagia, kadang2 bawak derita, kasihan pada orang yang derita sebab cinta.. keh keh,
    padin baru je tulis kisah Dewasakah KitaMy Profile

    1. tehr says:

      aku pun pernah alaminya, bro
      usah ikut hati kecewa, cinta akan datang lagi
      pastinya yang lebih baik

      1. padin says:

        hehe betul tu, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor, err relevan lagi ke dengan keadaan sekarang? heh,
        padin baru je tulis kisah Percaya Sebelum BerjayaMy Profile

        1. tehr says:

          sampai bila2…

  11. zik says:

    pengumuman ..cahayacinta.com sudah boleh access.. hehe
    zik baru je tulis kisah Rumput dan penggunaannya hari iniMy Profile

    1. Affan says:

      hahaha. sejak ble suri lantik PR ni. hehe
      Affan baru je tulis kisah Berhadapan dengan Pujian dan Keburukan PujianMy Profile

    2. tehr says:

      masih tak dapat la, zik
      hanya blogspot suri je yang dapat

    3. kulanz says:

      wah, thanks bro zik bagi maklum.. lama dah tak dapat akses blog suri tu..
      kulanz baru je tulis kisah Angkat kain jemuran Hujan dah turun…My Profile

  12. puteri says:

    luar negeri? luar negara? luar daerah?

    cinta?

    ha.ha.ha…

    petikan kata2 motivasi dari telaga biru
    “apa yang anda lakukan hari ini
    menceriminkan anda pada masa hadapan”

    :) :)

    1. tehr says:

      yups,
      selalulah cermin2kan diri
      dari mana, di mana dan ke mana kita

      1. mestilah macam tu.. cerminkan diri kita selalu dimana sahaja..
        lowongan pekerjaan baru je tulis kisah AIPEG Vacancy Norton Rose Australia Jobs as Senior Project OfficerMy Profile

        1. tehr says:

          selalu cerminkan diri

  13. Cik Siti says:

    cinta mesti lahir dari kejujuran dari 2 pihak… kalau cinta berdasarkan nafsu semata takkan ke mana dan akhirnya kita sendiri yang kecewa
    Cik Siti baru je tulis kisah Pernahkan Anda Jadi Orang TengahMy Profile

    1. tehr says:

      nafsu tanpa kawalan memang merosakkan

  14. Affan says:

    Jawapan: org yang bercinta itu buta hati. mungkin kalau terlalu ikutkan perasaan dan nafsu, tu lah jadinya
    Affan baru je tulis kisah Berhadapan dengan Pujian dan Keburukan PujianMy Profile

    1. tehr says:

      itulah juga sebabnya
      mesti selalu ikut iman dan taqwa

  15. zool says:

    cinta ni memang menyakitkan.. ceh.. macam pencinta plak
    zool baru je tulis kisah Flash kamera rosakMy Profile

    1. tehr says:

      mesti dah ada pengalaman ni

  16. gayahspears says:

    aduh… tersiksa aku menangung rindu..kah3
    pantun bro mmg sesuai utk yg sedang di lamun rindu~
    cinta saya ade di malaysia..huhu
    gayahspears baru je tulis kisah Cinta TerciptaMy Profile

    1. tehr says:

      bila hati ku sedang rindu
      pada siapa ku mengadu
      bila hati bertanya selalu
      berlinanglah air mata ku

  17. dnoBiz says:

    Sekarang ni ada cinta yang terbaru dan tengah hangat di pasaran…
    iaitu cinta neraka
    dnoBiz baru je tulis kisah Wednesday Blues – Tiga sebab mengapa aku TerperangkapMy Profile

    1. tehr says:

      cinta neraka macam mana pulak tu, bro?

  18. suri says:

    tdk salah mengukir cinta tapi biarlah berpada-pada..

    yang penting batas agma perlu di jaga..

    1. tehr says:

      rindu dengan cahayacinta.com

  19. kulanz says:

    sayang.. masih ramai yang tak sedar-sedar penangan cinta buta..
    kulanz baru je tulis kisah Bidang Keberhasilan Utama Negara NKRAMy Profile

  20. caliph says:

    cinta itu bahagia..
    cinta itu derita..

    cinta datang..
    cinta pergi..

    ntah apa sy ngarot ni :p
    caliph baru je tulis kisah hot hot hot My Profile

    1. tehr says:

      tak apa, caliph
      kadang2 cinta memang mengarut :(

  21. sarahnajwan says:

    adat bercinta manis belaka
    bila berpisah semuanya dusta
    dunia skrg tak makan cinta
    duit juga yang jadi raja…

    ko guaner?..

    bukan material bukan mabuk harta
    tapi itu yang kita pandang
    jika tak ada seme yang dikata
    baik dok senyap dlm kurungan..

    saya percaya pada..orang yang baik untuk insan pasangannya yang baik..hehe
    sarahnajwan baru je tulis kisah - AI LAIKHEHE -My Profile

    1. tehr says:

      begitulah kebiasaannya…

  22. AnastasiaAnn says:

    hati nak kaweeeeeeeeen, duit pulak tak ada.. hahaha. cinta jangan kau pergiiii
    AnastasiaAnn baru je tulis kisah Stuck in a momentMy Profile

    1. tehr says:

      ada ni…
      tak gi mana2 :)

  23. rizuanismail says:

    saat manis semua ‘boleh’ je..bila dah berlalu saat tu.. ‘pahit’ yg menjelma..
    rizuanismail baru je tulis kisah 12 Konsep Rekaan Telefon Yang PelikMy Profile

  24. mijie says:

    cinta? apa tu, hehehe bercinta itu biarlah berada dilandasan yang betul
    mijie baru je tulis kisah Myvi tengah dibetulkan kakinyaMy Profile

    1. tehr says:

      cinta remaja, cinta orang dewasa dan cinta golongan emas
      banyak bezanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun