Keputusan STPM 2010

Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2010 akan diumumkan pada 21.02.2011 [Isnin] ini. Ada rasa berdebar-debar tak? Calon-calon sekolah boleh mendapatkan keputusan mereka bermula jam 12:00 tengah hari di sekolah masing-masing.

Semak melalui SMS mulai jam 12:00 tengah hari, 21 Februari 2011:
taip STPM<> No. K/P hantar ke 36363 atau taip STPM<> RESULT<>No.K/P hantar ke 15888

On-Line : http://www.mpm.edu.my
mulai jam 12:00 tengah hari, 21 Februari 2011

Calon-calon persendirian pula boleh menyemak melalui SMS atau secara atas talian / online dengan melayari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Apa sahaja keputusan yang diterima nanti, terimalah dengan hati yang terbuka.

cermin stpmkepada anak-anak yang berjaya
ucapan tahniah untuk semua
terus berlari mengejar cita-cita
balas pengorbanan ibu dan bapa

sepanjang masa perlu bersyukur
sedikit kejayaan usahlah takbur
tersilap langkah semuanya lebur
payahlah nanti untuk berundur

Selalunya dugaan datang dalam berbagai rupa. Anak-anak yang gagal dalam STPM 2010 ni, tak usahlah sedih menggila. Dunia belum kiamat. Pakcik percaya kakak-kakak dan abang-abang blogger setuju dengan pendapat Pakcik. Jalan yang hendak dituju masih terlalu jauh.

Apa yang telah lepas, biarkan sahaja berlalu dengan aman. Di luar sana masih terlalu ramai manusia yang gagal dalam peperiksaan tetapi berjaya hidup dengan cemerlang. Sebaliknya ramai juga yang berjaya dalam peperiksaan tetapi malang pula sesat dalam kehidupan.

TehrDemikian kisah 'Keputusan STPM 2010' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


43 Comments

  1. Bestnya keputusan dah nak keluar. Semoga semua orang dapat keputusan cemerlang ya… :D
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah How to SEO optimize blogspot titleMy Profile

    1. tehr says:

      moga2 tak ada yang kecewa terlebih2

      1. Errk….
        Sampai nak bunuh diri ke? :( :(
        ada kes macam tu kan dulu?
        Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah How to add meta description for blogspotMy Profile

  2. mie says:

    wow!!!
    rasa berdebar-debar walaupun xambil stpm..
    eheheee
    mie baru je tulis kisah Segmen Blogger Panas – Punyai 1000 – 1500 FollowersMy Profile

    1. suri says:

      rasa debaran klu anak yg pertma amik result ni heeee

      1. tehr says:

        kalau anak sendiri yang ambil periksa
        debaran ibu bapa mengalahkan anak :D

    2. tehr says:

      semangat tu :D

    3. mie says:

      nak amek result spm pun sampai xtido..
      inikan pula result kursus kawen..
      ehehee
      mie baru je tulis kisah Contest KPTP Sudah 10 Hari!!My Profile

      1. tehr says:

        kursus kawin tu mesti lulus tu, mie
        naya kalau tak lulus :D

  3. Cik Siti says:

    teringat masa ambil keputusan STPM 1998…. belum pegi lagi mak sedare dah call sekolah dulu. hish! tak suspen langsung…
    Cik Siti baru je tulis kisah Header BaruMy Profile

    1. tehr says:

      hilang satu pengalaman
      tapi tak apa la, cik siti
      janji lulus cemerlang

  4. Ismail N says:

    STPM ni kira last chance la nak masuk U. Time kawe sekolah dulu, ada yg ambik berkali-kali dan akhirnya berjaya. Betul bagai dikata cikgu, kalau tak berjaya tu.. jangan putus asa.
    Ada seorang guru saya dulu dia ambik STPM 3 kali sebelum masuk U. Skrg ok dan menjadi guru yg amat berjaya.

    1. tehr says:

      rezeki dan takdir masing2 tak sama
      asal saja tahu bersyukur

  5. suri says:

    asal dapt result rasa tak tak percaya ..tapi tulah hasil usha yg d kerah selama ni

    1. tehr says:

      betul tu, suri
      kita dapat apa yang kita usahakan

  6. akubiomed says:

    Dulu kalau masuk tingkatan 6 kerana tidak berpeluang untuk masuk Universiti ia bagai batu loncatan.

    Tidak kisah beberapa kali gagal dan jatuh yang penting tidak pernah putus asa untuk berjaya. Sekarang hendak belajar tidak susah kerana banyak kolej dan universiti termasuk swasta
    akubiomed baru je tulis kisah Tip blog cara masuk kod video didalam blogMy Profile

    1. tehr says:

      asal diri sediri mahu belajar je
      peluang memang banyak sekarang ni

  7. padin says:

    ahah betul tu, tahniah kepada yang berjaya dan yang tak berjaya bukan bermaksud peluang dah tertutup rapat, mungkin ada jalan lain yang lebih mudah..

    1. tehr says:

      memang akan ada jalan lain, bro
      aku selalu nasihat budak2 yang gagal upsr, yang dok nangis
      peluang sentiasa ada, yang perlu usaha je

      1. padin says:

        hahaa.. tu la pasal,padahal jauh lagi tu.. ada banyak lagi peluang,

  8. Hadi Rofiee says:

    Kami setuju. Jika gagal, bukan bermakna gagal selama2nya.

    i’Allah, pasti lulus & semoga berjaya untuk semua. ;-)
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Revolusi atau EvolusiMy Profile

    1. tehr says:

      gagal juga satu pengalaman
      kalau gagal langkan ke kanan, kita cuba langkah ke kiri pula
      kan? :D

  9. Zik says:

    STPM peringkat paling susah dalam sejarah peperiksaan..
    Zik baru je tulis kisah Hentian Pudu Raya dibuka 16 April 2011!!!- Terminal Bas Bukit JalilMy Profile

    1. tehr says:

      yups,
      tapi kalau ada usaha, tak mustahil untuk cemerlang, zik
      ramai yang dah dapat buat tu

  10. ghost writer says:

    kesiani mereka yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang.jangan terlalu mengantung harapan.SPM kan cuma permulaan pada langkah seterusnya.patut bagi sokongan..
    ghost writer baru je tulis kisah maharaja yang laparMy Profile

    1. tehr says:

      mana2 yang gagal, semestinya cuba lagi
      atau guna jalan lain untuk berjaya
      peluang sentiasa ada

  11. tips-kurus says:

    Selamat Maju Jaya kepada semua calon. Semoga lulus cemerlang. Kalau < cemerlang, banyak alternatif lain ada untuk anda. Hidup mesti diteruskan :-)

    *mesti dug dag dug dag-menghintung hari ni..
    tips-kurus baru je tulis kisah Tips berhentikan darahMy Profile

    1. tehr says:

      tak ada hitung hari lagi ni
      hanya tunggu lusa je :D
      memang dupdap2 ni

  12. mappiau says:

    saye dulu tak amik STPM sampai SPM jer, jadinyer tak tau macam mane berdebar2nyer nak tunggu result STPM (hahaha memang la kan :P)
    mappiau baru je tulis kisah Iklan jap uniknya 2011My Profile

    1. tehr says:

      saya sendiri 2 kali stpm
      hehe
      ada orang lain yang lebih banyak kali lagi
      tak kisah, asal ada kemahuan je, kan? :D

  13. Mus says:

    bestlah.. sekarang ni semua dihujung jari…
    tak payah nak beratur panjang nak tengok result exam
    Mus baru je tulis kisah Seronok Buat Vandalisme Tepi Pantai Korang Pernah Buat TakMy Profile

    1. tehr says:

      kemudahan tu
      kalau tak guna, rugi la, kan? :D

  14. toyol says:

    adik TK ada sorang yg amik STPM ni..
    senangnye skrg ye, pakai sms pun boleh..
    toyol baru je tulis kisah CONTEST BESDAY KAD UNTUK SAFIYYAMy Profile

    1. tehr says:

      zaman dah canggih ni, tk
      dunia semakin sempit
      tak ada sempadan pulak tu :D

  15. pelangi says:

    esok…
    debarannya memang terasa.
    bukan sekadar bawa impian sendiri saje.
    Impian parents juga. Kalo pikir pasal tu,
    nervousnye jdi dua kali ganda…

  16. dnoBiz says:

    mesti mereka yang menunggunya dah mula tak tenteram…
    mandi tak basah tidur tak lena kerana risukan keputusan yang bakal keluar tu :D
    Ps : harap yang gagal tak putus asa
    dnoBiz baru je tulis kisah Ilmuan Islam – Ilmu dalam Tamadun IslamMy Profile

    1. kanak2 says:

      sy da amek stp 2x..n smlm..kptsn tetp sme..kcewa..tp mnkin rzki sy lme lg..n mgu dpn sy akn dftr lg tok mek stp..ya Allah btul ke kptusan ak ni nk amek stp lg…..

      1. tehr says:

        syabas kerana anda tak patah semangat
        ada yang ambil lebih dari 2x
        dan mereka telah berjaya

  17. Faisal says:

    result STPM akan kuar hari ini jam 12 tengahari..boleh check kat sini..

    Semakan Keputusan STPM 2010 Secara Online
    Faisal baru je tulis kisah Semakan Keputusan STPM 2010 Online Bermula 12 Tengahari 21-2-2011My Profile

  18. cikgufaezah says:

    result dah keluar. tahniah pada mereka yang dapat 5A tu..
    cikgufaezah baru je tulis kisah I love this video Not Justine BieberMy Profile

  19. kanak2 says:

    banyak fikir..apa lagi silapnya..lepas ni nak amek tusyen..dulu belajar sendiri je..sambil keje sambil baca buku..tapi usaha tu tak berhasil..nak berhenti keje..tapi tak nak mintak duit ibu ayah..tak nak susahkan mereka…jadi teruskan jugak keje..tapi tak mahu ulang kesilapan sama dengan hati bebelah bagi antara kerja dengan periksa…

    1. tehr says:

      betul juga tu, kerja sambl belajar
      ramai yang buat macam ni
      insya allah anda akan berjaya

      tapi ramai yang patah semangat separuh jalan sedangkan ramai juga yang berjaya dengan cemerlang
      insya allah anda akan berjaya kali ini

      1. kanak2 says:

        dah buat kptusan nak amek stp lagi..tapi..family tak setuju..
        tapi hati kuat tok amek stp..cuma tak da suport..nak daftar..tapi..ibu ayah tak bagi..n..ibu ayah cakap yakin dapat masuk u..tapi..bagi saya selagi tak dapat keputusan baik selagi tu saya nak teruskan juga…tapi nak buat macam mana
        ..nak ikut kate family or keputusan sendiri….tetap dalam di lema..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun