Keputusan Penilaian Menengah Rendah [PMR] 2012 akan diumumkan pada hari ini. Calon-calon PMR 2012 boleh mula mendapatkan slip ujian dari sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi.
Sepanjang pagi cerah cuaca,
Petang redup awannya tebal;
Tahniah kepada yang berjaya,
Usah bersedih kiranya gagal.

Langit mendung redup cuaca,
Tiba malam hujan tak jadi;
Usah gembira hingga terlupa,
Di sana SPM sedang menanti.
Semakan keputusan PMR melalui SMS. Semakan boleh juga dibuat melalui mySMS 15888 bermula jam 10.00 pagi, 19.12.2012 hingga 11.59 tengah malam, 25.12.2012 nanti.
Tuliskan: PMR [no kp] [angka giliran] dan SMS ke 15888.
Demikian kisah 'Keputusan PMR 2012' yang sempat Mr TehR tulis untuk kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan untuk Mr TehR boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.
Tweet


Cikgu, kalau kawe sms no ic kawe, apa lah reply yg kawe dapat?

Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Apple v Samsung – U.S. Judge Denied Permanent Ban On Samsung’s Smartphones
Wahai cik adik jangan sesat jalan,
Kalau tersesat hati-hati jalan di depan,
PMR hanya pembuka jalan,
SPM pula pembuka masa depan.
Bagi yang lulus cemerlang, jangan riak, teruskan perjalanan dan kejayaan.
Bagi yang gagal pula, jangan kecewa, SPM masih ada.
Naziman recently posted..Kenapa kita perlu Belajar Perkara Teknikal?
Mengharapkan yg terbaik utk adik2 pelajar. Pasti ibubapa kan bangga
de engineur recently posted..Hooray, I’m a millionaire!
hai tehr,
Good luck untuk semua adik yang ambil peperiksaan PMR 2012, semoga semua mendapat keputusan yang cemerlang.
donnyien recently posted..Bina jenama blog dan personaliti diri
mesti ramai calon pmr yang gembira pagi ni..
ohcikgu recently posted..Kuruskan badan dengan Teknik Bakar Lemak Pantas – Hafiz Wasa
good luck kepada semua calon PMR 2012. harap dapat keputusan yang cemerlang belaka

Amirez recently posted..Proses Tapisan Pemenang Contest 3 Blog Pilihan Terbaik
bersyukur adik saya lulus PMRnya….
hairulafiz recently posted..2012 Tahunku Yang Kacak
emm time ni ada yang duka dan ada yang suka ceria..walau apa-apa pun mood adik2 kita, semoga terima dengan hati yang terbuka dan tanamkan azam untuk SPM pula..
Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #39 – Luka
alhamdulillah ramai yang cemerlang di SMKRTU tahun ni..

muktasim recently posted..Brenizer Method, SIAP
Debaran tetap sama.
akubiomed recently posted..Cerita berembun di Malam Jumaat
salam..
ermmm..ramai yang bergembira
hari ini kedengarannya..tak kurang
juga ada yang bersedih..apa nak buat..
lagipun masih ada peluang memperbaiki
bila SPM nanti
Assalam…
Yang berjaya, tahniah diucapkan…
yang kurang berjaya, masih ada lagi harapan dan peluang di masa akan datang.
iza recently posted..Penanda Buku