Kenapa Ong Kim Swee Di Arah Keluar

taniah tahniah untukmu malaysia
menang satu gol ke atas indonesia
harimau dah muncul sebagai ketua
akhirnya mendapat sepuluh mata

sekalung tahniah daripada aku
seronok melihat perjuangan jitu
separuh akhir myanmar menunggu
semoga gembira datang bertamu

sedang seronok nonton bola
terdengar pula suara bertanya
apasal jurulatih duduk di sana
di mana salahnya apakah cerita

apa yang terjadi aku tak sedar
apa dikata juga aku tak dengar
kenapa ong kim swee diarah keluar
ada sesiapa mahu memberi khabar?

TehrDemikian kisah 'Kenapa Ong Kim Swee Di Arah Keluar' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


38 Comments

  1. zik says:

    dia bantah keputusan pengadil…. dia pung pang.. bila apa player malaysia kena tackle..
    zik baru je tulis kisah Malaysia juara kumpulan A tewaskan indonesia 1-0 (sukan sea 2011)My Profile

    1. tehr says:

      ooo sebab pemain kita banyak kena tackle tu
      thanks, zik

      1. Pacifista says:

        masa main dengan indonesia memang banyak kena tackle.kad kuning pun banyak :P
        Pacifista baru je tulis kisah Contest Gadget Impian: Like, +1, Tweet, Tolonglah…My Profile

  2. padin says:

    Aku rasa sebelum insiden tu, player Malaysia banyak kali kena terjahan keras, dan coach argue kat ref.. hahah ref sekarang ni banyaknya hati tisu.. tersentuh hati mungkin, tu yg kena arah keluar tu..

    dari sudut pandang aku le..
    padin baru je tulis kisah Visi Aku Ialah…My Profile

    1. tehr says:

      haha
      moga2 nanti tak ada ref nangis kat tengah padang
      haru benar tu

  3. sbb die banyak cakap sgt..biasala dah anggap bebudak tuh anak2 die..mstilah x puas ati anak2 die kena mcm2 kat tgh pdg kan..ref serabut kut ngan die..kekeke
    alexa yussida baru je tulis kisah luangkan masa tgk bola sbb adik Nazmi Faiz MansorMy Profile

    1. tehr says:

      banyak cakap pun tak boleh ke
      haha

  4. zulkbo says:

    Salam..
    saya tak berkesempatan
    menonton..ada urusan di luar
    ermm..apa pun tahniah buat
    pasukan kita..moga momentum
    berkekalan hingga bergelar juara
    zulkbo baru je tulis kisah Sukan SEA 2011 : Video Kemenangan Malaysia vs Indonesia 17-November-2011My Profile

    1. tehr says:

      salam
      saya memang ada menonton
      tapi, kejap ke dapur… kejap ke beranda
      tak dapat duduk tetap
      ada je hal :D

  5. eeemmm kalau kita tengok banyak tindakan macam berat sebelah juga… bila pemain kita buat salah sikit ajerr terus pengadil nampak tapi sebaliknya pasukan indonesia tak nampak pulak kesalahannya…

    Mungkin dia bantah keputusan pengadil… tu yang kena kluar tu…

    Menaiki kereta seawal pagi
    Pergi melawat ke Parit Buntar
    Pasukan Malaysia Menang lagi
    Mara terus tanpa gentar

    Pagi-pagi bersama Salleh
    Pergi kedai membeli buah
    Semangat membara Malaysia Boleh
    Membenam lawan mempertahan maruah

    Tahniah Malaysia

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    diy paint protection film
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

    1. tehr says:

      bulan terang di malam senyap
      burung tekukur terdiam risau
      geruda terbang terpatah sayap
      jatuh tersungkur dibaham rimau

  6. sud@is says:

    coach kena keluar tp semangat pemain tetap membakar
    malaysia menang tahniah
    sama cam tehr ..???
    sud@is baru je tulis kisah Kenduri KahwinMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      mereka memang bagus
      semangat terus

  7. akubiomed says:

    Anak buah dikasari tentulah jurulatih terasa. Naluri seorang bapa kepada anaknya. :-) Tanniah kepada skuad Harimau Muda.
    akubiomed baru je tulis kisah Keputusan bola sepak Sukan Sea Malaysia juara kumpulan AMy Profile

    1. tehr says:

      agaknya pegadil patut bagi kad tu

  8. lalatamplon says:

    Kesian tngok Ong kim Swee mcm nangis je..dudok kt atas sana..btw..tahniah Malaysia..keep it up!

    1. tehr says:

      mujur juga zaman sekarang ni
      boleh lagi berhubung dengan radio

  9. ohcikgu says:

    biasalah tu. Kalau pengadil leh bagi kad..dia dah bagi kad agaknya kat ong kim swee. Haha..
    ohcikgu baru je tulis kisah Pertarungan epik Malaysia vs Indonesia di Sukan SEA Indonesia 2011My Profile

    1. tehr says:

      rasanya pernah berlaku pengadil beri kad merah kepada jurulatih

      1. cropsilo says:

        pernah berlaku..ketika Jose Mourinho di arahkan keluar padang ketika Real Madrid Menentang Barcelona..

        1. tehr says:

          kes tolak kepala tu ke?
          aku dah ingat2 lupa ni

  10. chii says:

    errrr…semalam cuma dengar jeritan gol dari bilik je..apa yang berlaku..memang x tau :p

    1. surihati_ku says:

      masok gol le maknanya tuh hiiii
      surihati_ku baru je tulis kisah Snake Massage Anyone !My Profile

    2. tehr says:

      bola masuk go la tu
      dan malam tadi masuk gol indonesia :D

  11. surihati_ku says:

    bila menang hati melonjak gembira..alahai buat saya tersenyuM
    surihati_ku baru je tulis kisah Mari Belajar Anakku Sayang..My Profile

    1. tehr says:

      kita perlu 2 kali menang lagi untuk dapat pingat emas
      harap2 menjadi lagi kali ni

  12. ciksembang says:

    kalau entri tajuk sukan ni, zik mmg paling sesuai mengulas.. hehe..jangan marah zik
    ciksembang baru je tulis kisah Nota terakhir ini sungguh merentap jantungMy Profile

    1. tehr says:

      tak marah aih… suka! :D

  13. yas says:

    Tabik dgn semangat Ong dan juga anak2 buah beliau…semoga Harimau Malaya terus berjaya dan disegani di persada antarabangsa…insyaallah.
    yas baru je tulis kisah Malaysia vs Indonesia (Sea Games 2011)My Profile

    1. tehr says:

      mereka memang nampak penuh semangat, yas
      tahniah

  14. ghost writer says:

    sangat jelas ong pertikai keputusan reff masa si syahrul tuh kena tackle dan reff tak bagi apa kad.tindakan reff menyelamatkan pemain indon tuh dari kad kuning kedua.sangat teruk!

    tapi puas hati sebab dapat senyapkan GBK!dah lah takde tamadun tak hormat lagu kebangsaan negara lain.alahai,malu aku.
    ghost writer baru je tulis kisah BINMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      nampak sangat mereka tak suka kita
      data perlawanan masa pertama pun berat sebelah
      pelik benar mereka ni

  15. Norizwan says:

    coach ong kim swee dah diberi amaran pertama dah masa dia bantah pengadil….kali kedua kena keluar….kesian….

    1. tehr says:

      dengar khabar kena gantung 1 perlawanan
      harap tak lemahkan semangat pemain

      1. ameyyfazz says:

        haha..malaysia menang jugak walaupun kim swee xde kat padang..marilah kite doakan kejayaan malaysia isnin nnti…semoga pemain malaysia selamat di sana..dan dipermudahkan segalanya, amin

  16. Mus says:

    saya agak tertinggal ke belakang mengenai permainan bola ini..
    apa-apa pun tahniah kepada pasukan Malaysia
    Mus baru je tulis kisah Video Anak Pulau Yang CeriaMy Profile

  17. hana says:

    ha ler…sbb pemain indon sepak kepala pemain malaysia,tp pengadil xwat apa2…malaysia salah sikit dah kena kad kuning, tapi tengok saat2 last…macam pengadil mmg sgja nk bagi malaysia wat gol, tapi tak gol…jangan2 final pn jumpa indon gak.

    1. tehr says:

      selalu je tuan rumah ada kelebihan, kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun