Kenangan Hari Pertama

Apa khabar semua. Ini adalah entri pertama blog Tehramuan.Com pada tahun 2012 ini. Moga-moga tahun ini kita akan lebih bersemangat dan dapat berbuat sesuatu yang lebih berfedah kepada diri sendiri serta kepada semua orang tersayang, lebih baik berbanding tahun 2011 yang telah berlalu.

hari pertama bila dilahirkanfifi
ayah ibu dalam keriangan

hari pertama pandai berkata
datuk nenek ketawa bersahaja

hari pertama melangkah kaki
semua tetangga berdebar hati

hari pertama masuk sekolah
harapan ibu tersusun indah

hari pertama masuk universiti
ibu dan ayah ditinggalkan pergi

hari pertama selepas kahwin
hidup dah jadi hak orang lain

hari pertama dapat cahaya mata
berdebar hati bercampur gembira

hari pertama dapat menantu
terbayang pula nak dapat cucu

Hari pertama atau kali pertama pastinya mengundang beribu macam perasaan yang bercampur-baur menjadi satu ramuan. Belum ditulis lagi tu bagaimana rasanya bila kali pertama jatuh cinta atau ketika kali pertama jatuh tangga. Memang semuanya akan menjadi kenangan dan pengajaran sampai bila-bila. :D

TehrDemikian kisah 'Kenangan Hari Pertama' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


29 Comments

  1. titan says:

    hehe..aku teringat masa jatuh kat rumah nenek aku. Menangis dibuatnya. Sampai berjahit kepala aku. haha..itulah kali pertama aku tengok atuk aku marah abah aku..
    titan baru je tulis kisah Filem Pendek 2011 – Tentang TitanMy Profile

    1. tehr says:

      mesti kcut perut je abah ko masa tu :D
      atuk dengan cucu ni, jangan sapa2 buat pasal

  2. floyd says:

    setiap org pasti ada hari pertamanya,
    kadang2 inilah peluang memulakan suatu yang baru
    melupakan kekecewaan lalu

    Happy New year to you and your loved ones. Wishing you only the best in 2012.

    floyd, KL, 1-1-2011@1.08am
    floyd baru je tulis kisah Happy New Year, 2012My Profile

    1. tehr says:

      langkah pertama untuk terus berjaya :D

  3. yas says:

    hahaha…hari pertama semuanya nih…aku lak malam pertama…malam pertama dlm sejarah sambut tahun baru dgn cara baru didataran s/alam…terbaik ahhh
    yas baru je tulis kisah T Shirt Ustaz Azhar Idrus Di Shah Alam – Sambutan Tahun Baru 2011My Profile

    1. tehr says:

      untung bro dapat ikut serta
      aku main guling2 atas tilam je sambil layan tv

  4. selamat tahun baru 2012 :)
    alexa yussida baru je tulis kisah imbasan 2011My Profile

    1. tehr says:

      sama2, yuss

  5. PCL says:

    Salam, selamat tahun 2012 Tn Hj…semoga ceria dgn segala limpahan keberkatan hidup olehNYA…bila pula kali pertama kita dipertemukan ??
    PCL baru je tulis kisah Salam Tahun Baru 2012 Dari P@kcikLie (PCL).My Profile

    1. tehr says:

      amin
      ada masa, ada rezeki diizinkan allah
      yang jauh didekatkan

  6. iwan delaroc says:

    kalau dah kali pertama, pasti akan ingat selama lamanya.
    iwan delaroc baru je tulis kisah dua ribu dua belasMy Profile

    1. tehr says:

      ada juga yang mahu dilupakan
      tapi tak boleh
      nak buat macam mana

  7. akubiomed says:

    Hari pertama yang tidak boleh sampai bila-bila apabila menimang anak pertama. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Yang menanti di tahun 2012My Profile

    1. tehr says:

      anak sulung aku lahir melalui pembedahan
      dah tu aku sorang2 je kat hospital tengah2 malam
      memang tak boleh lupa

  8. Cik Siti says:

    selamat tahun baru En Tehr…. komentar pertama dari saya… dah lama tak jenguk di sini…
    Cik Siti baru je tulis kisah #8 Wordless wenesdayMy Profile

    1. tehr says:

      selamat tahun baru
      moga2 bahagia selamanya

  9. cik tom says:

    banyak kenangan kali pertama yg xdpt dilupakan smpi bl2…hehe
    slmt thn br tehr..smoga thni ni menjanjikan seribu keceriaan..insyaAllah :)
    cik tom baru je tulis kisah Hidup Ini Tidak Semudah ABCMy Profile

    1. tehr says:

      amin
      sama2 kita mohon rahmat dariNya

  10. surihati_ku says:

    hari pertama jlan2 smua serba tak menjaid urm…
    surihati_ku baru je tulis kisah Selamat Tahun Baru 2012My Profile

    1. tehr says:

      hari ni dok rumah je
      layan blog :D

  11. nurmisnan says:

    Masa aku kecik2 selalu ada jer tinggalkan parut..
    kena ejos motor + jatuh pokok + jatuh main bola
    dan mcm2 ler.. biasalah tuh. Makin besar makin nakal…
    nurmisnan baru je tulis kisah Sejarah hamba abdi di pulau Zanzibar AfrikaMy Profile

  12. Melatiqistyna says:

    Kali pertama apa2 pon indah…hehehehe

    Errr, napa yg blogspot xleh nak komen…. :)

  13. Melatiqistyna says:

    Selamat taun baru buat tehr n family…..

  14. Norizwan says:

    saya mengahwini wife saya adalah cinta kali pertama huhu….:p
    Norizwan baru je tulis kisah Perempuan bersunat di IndonesiaMy Profile

  15. there is always a first time in everything.. kalau tak pernah merasai pengalaman baru, mesti kena cuba untuk kali pertama
    sabree hussin baru je tulis kisah Apa Yang Saya Belajar Tentang Blogging Sepanjang Tahun 2011My Profile

  16. dalam kocek ada gula
    kepala gatal terus digaru
    hari pertama sekolah bermula
    belajar berkawan kenal guru

    semoga hari mendatang lebih baik dan semoga tercapai apa yang diimpikan :)
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    goodbye 2011 and welcome 2012
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

  17. zaida says:

    huhhhhhhhhhhhhhhhhh….

  18. zaida says:

    teringat aku masa kecil2 dulu…..terh jatuh dalam telaga…..itu yang membuatkan terh jadi pandaiiiiiii…..

  19. zaida says:

    Hari pertama….adalah hari yang paling indahhhhh……..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun