Kempen Yang Selesai

Ada sesiapa yang menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 tak? Boleh ceritakan pengalaman untuk dikongsi bersama? Sepanjang hari ini, aku hanya berada di rumah sahaja, menyelesaikan beberapa rutin biasa sambil menonton tv, makan dan minum. :D Rugi juga rasanya kerana tiada siaran langsung dari stesen tv tempatan mengenai perhimpunan yang diadakan. Warga di luar Kuala Lumpur juga mahu mengetahui perkembangan di ibu negara, kan?

sana berlari sini berhimpun
dia bersorak mereka menjerit
sama sendiri kita serumpun
tujuan berbeza bukan sedikit

Aku tidak mahu bercerita mengenai perhimpunan BERSIH 2.0 yang telah berlalu kerana aku tidak berada di tempak kejadian. Maklumat dan gambar-gambar mengenainya banyak di internet, sahabat semua boleh mencarinya. Moga-moga kita dapat belajar sesuatu dari perhimpunan dan kempen ini.

Sebenarnya cerita aku ini ada kaitan dengan kempen juga tetapi bukan kempen BERSIH 2.0 yang mereka sedang hebohkan. Cerita aku hanya mengenai kempen dan Buffered Earnings dari Nuffnang yang telah selesai sebagai Metered Earnings di blog ini. Itu sahaja.

kempen yang selesai

Ada dua kempen yang telah selesai. Pertama dari DiGi WWWOW Awards dan yag kedua dari Paper Mate. Tidak banyak yang blog tehramuan ini dapat sebenarnya, hanya cukup buat aku sarapan sahaja. Pun begitu aku berterima kasih kepada Nuffnang, DiGi dan Paper Mate yang sudi belanja aku sarapan. :D

nasi kerabu buat sarapan
kedai kopi penuh pelanggan
kisah berlalu menjadi sebutan
menunggu nanti apa tindakan

TehrDemikian kisah 'Kempen Yang Selesai' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


26 Comments

  1. zik says:

    kempen blog sayer.. tinggal satu…. ingat nak cashout hujung bulan.. kiranya duit raya lah…. huhu
    zik baru je tulis kisah Kisah dua ekor anjing yang cuteMy Profile

    1. tehr says:

      syukur
      jangan buat beli mercun dah le, bro
      bahaya! :D

      1. Mus says:

        bunga api jer.. hihihi..

  2. ghost writer says:

    kempen selesai…

    hidup aku kembali selesa..

    harap uniform aku sudah boleh basuh…hihi
    ghost writer baru je tulis kisah di sebalik pagar hijauMy Profile

    1. tehr says:

      basuh hingga bersih, ghost
      hehe

  3. zulkbo says:

    salam..
    alhamdulillah…
    dah boleh cash out
    lepas nih…
    :)
    zulkbo baru je tulis kisah Gambar Himpunan BERSIH 2.0 Di Luar NegaraMy Profile

    1. tehr says:

      salam
      belum cukup kiraan lagi tu
      lepas raya kot :D

  4. akubiomed says:

    Lega semua kembali kepada normal.
    akubiomed baru je tulis kisah Dataran Sunway adalah Zon BersihMy Profile

    1. bEe says:

      Alhamdulilah
      Semua okey :cool:

  5. padin says:

    hehee kempen aku masih belum selesai,
    tapi mmg dah lepas sangat rasanya nak cashout,
    tunggu sampai nak raya la macam bro hee

  6. yas says:

    Ada satu team lagi bro yg jalankan kempen bersih…
    team bandaraya lak….tp x de review dr tv laaa…..hehehe

    #Meh kita bersihkan bandar raya Kl …..:)
    yas baru je tulis kisah Budak kecik ke hape nih?My Profile

  7. dyea says:

    dapat gak rasa sarapan ngan hasil nuffnang..sy dr dulu tak bergerak nuff sy..hahhahah…
    dyea baru je tulis kisah LAMA BONAR TAK HAPDATEMy Profile

  8. adele says:

    sy hny mampu menyokong dr rumah shj…hehe

  9. mappiau says:

    samela kite juz nonggok kat rumah sajork. tengok perkembangan bersih pun via internet sajork, memang bersepah2 kan cerite pasal tuh
    hehe

  10. sayacomel says:

    ada satu aje BE comel yang masih setia. waa..nak BE lagi..
    sayacomel baru je tulis kisah Comel Serius – License to GrillMy Profile

  11. kakyong says:

    wah tahniah… dah boleh cash out lah yer..
    kakyong baru je tulis kisah Blog kakyong.com di TEGUR oleh Eyriqazz @ GTOMy Profile

    1. yas says:

      pas tu leh pau tehr…gi ngeteh sesama…amacam bro?
      hehehe….
      yas baru je tulis kisah Tawau, Here we come!!My Profile

  12. Mus says:

    pasti kempen ini menguntungkan..

    1. tetap punya ehhh…
      Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah KL Gangster Perangai Mobsters!My Profile

  13. TE pergi ke floria putrajaya, tapi sana sini ada roadblock, sejam tersekat di nilai, bagus niat kerajaan untuk jaga keamanan, tapi pilihan tempat untuk melakukan road block nampak kurang sesuai
    tengkorak emas baru je tulis kisah Dialog rantai kunciMy Profile

  14. Salam bro tehr,

    Saya pun tak pergi ke perhimpunan bersih.Tapi hanya mengikuti perkembangannya melalui internet.Media yang di tv sekarang ni bukan boleh percaya sangat.
    InfoBuahPinggang baru je tulis kisah 7 Tip Menjaga Buah Pinggang AndaMy Profile

  15. sampai skrg kawe tak expert dgn Nuffnang ni… :D Tempek di blog sbb rupanya cantek jer..
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah KL Gangster Perangai Mobsters!My Profile

  16. bEe says:

    bEe sibuk memBERSIHkan umah masa ni huahuahua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun