Kembali Ke Pangkal Jalan

Kalau nak kutuk memang sedap. Nak marah pun boleh saja. Tapi adakah mereka endah? Mereka ada kipas telinga? Tentu sekali tidak malah semuanya buat penat mulut dan tambah sakit hati je. Tak pasal-pasal, kita pula yang diserang darah tinggi kalau pun tidak diserang oleh mereka dan yang se-geng dengannya.

Apa hal ni tehr?

kalau bercerita kisah remaja
sampai bila kesudahan tiada
hanya semakin pening kepala
buat menambah sakit di dada

kalian remaja banyak masalah
ragut samun dan pecah rumah
sejak kecil dah ponteng sekolah
apabila besar menagih dadah

tak guna marah tak guna caci
mereka pekak tak dengar lagi
otak senak bertambah benci
bencana kelak menerpa diri

tegur menegur sapa menyapa
memberi nasihat ada caranya
memang payah mahu berjaya
tetapi kita mestilah berusaha

memang patut diberi hukuman
kalau mereka berbuat kesalahan
perlulah juga berikan sokongan
mereka kembali ke pangkal jalan

Mereka memang degil. Dah menjadi keras seperti batang buluh. Kata peribahasa lama ‘Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari’. Bila dah jadi buluh, memang bahaya kepada diri sendiri kalau salah menegur. Adakah buluh tidak dapat lagi dibentuk?

Bagi saya masih ada harapan dan saya sentiasa menaruh harapan ini. Cuma kita perlu menggunakan cara lain, cara yang tidak lagi sama seperti ketika mereka masih rebung dan semestinya adalah cara yang sangat sukar. Soalnya bagaimana?

TehrDemikian kisah 'Kembali Ke Pangkal Jalan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


54 Comments

  1. Cik Siti says:

    bila nasi dah jadi bubur barulah insaf dan sedar diri. darah muda… memang suka dengan cabaran tapi cabaran mereka yang membinasakan diri
    Cik Siti baru je tulis kisah Bijaknya anak-anak sekarangMy Profile

    1. tehr says:

      mereka ni semua memang berani, cik siti

      1. dnoBiz says:

        berani dan nekad..
        dnoBiz baru je tulis kisah Adab Begurau – Batas-batas bergurauMy Profile

    2. benjy says:

      Anak muda sekarang selalu guna ayat ni “… aku pantang dicabar…” yang peliknya menyahut cabaran yang sia-sia dan merosakkan diri… pelik kan.
      benjy baru je tulis kisah THE MATRIX – B3njy the last JourneyMy Profile

      1. mereka silap dalam memilih..sama seperti TE dulu..mungkin apa kita boleh buat adalah meminimumkan ksilapan, dan dalam masa yg sama mereka belajar dari kesilapan itu

        1. bEe says:

          Remaja & Cabaran
          Bagaikan Irama & Lagu…. :-)
          bEe baru je tulis kisah Aku Mencari 1-111My Profile

          1. suri says:

            salah pilih jalan ..
            msa depan pasti jerebu..

  2. padin says:

    peluang masih ada untuk kembali ke pangkal jalan
    perkara macam ni, kesudahannya terletak pada kesedaran individu tu sendiri..

    nak di cakap dah tak di peduli, nak di tegur kena maki semula
    sudahnya biarkan mereka pikir sendiri..

    1. tehr says:

      payah juga tu, bro
      kalau dibiar, mereka takkan pikir pun untuk kembali
      memang kacau

    2. benjy says:

      Boleh berubah tetapi SUSAH NAK MAMPOS ! … sebab ia dah jadi rutin seharian mereka … emmm … kira macam darah daging leee katakan.
      benjy baru je tulis kisah THE MATRIX – B3njy the last JourneyMy Profile

      1. suri says:

        sush nak ucah jika dah berdutun2 nsht d beri..

        naik lelah org di butanya…

        jgn smpi dah terhantuk baru nak sedar

        jwpannya tak guna lagi

  3. sud@is says:

    mereka ni tunggu terantuk baru nak tengadah

    harap2 ada kesedaran melaului pembacaan dan ambil iktibar dari banyak kejadian yang dipertontonkan…..
    sud@is baru je tulis kisah Kursus Dah CukupMy Profile

    1. tehr says:

      aku memang harap sangat macam tu
      moga2 mereka tidak memencilkan diri

    2. benjy says:

      yer b3njy juga menyokong sedemikian …
      benjy baru je tulis kisah THE MATRIX – B3njy the last JourneyMy Profile

      1. suri says:

        harap jgb bgtu..dok pikirpalik akan ibu bapa adik brdik lain..pejalanan msh jauh,,usia mash muda..

        harap jgn siakan apa yg ada d depan mata..

  4. benjy says:

    Salah satu lagi sebab mengapa mereka susah nak bertaubat ialah,… kebanyakan masyarakat tidak menerima mereka dalam sesebuah komuniti dan menssihkan mereka. Ini sering berlaku kepada bekas banduan … nak tak nak mereka perpaksa kembali kepada kejahatan mereka … tak tahu sia yang salah dalam hal ini ….
    benjy baru je tulis kisah THE MATRIX – B3njy the last JourneyMy Profile

    1. LiFe KaMi says:

      seharusnya mereka kena sedar dgn seksaan didunia yg mereka jalani, tapi ada juga yang tak sedar2 masih melakukan lg aktiviti rompak, rogol, cuba kita tgk yg kena tgkap dgn polis mesti kbyakkan ada kes jenayah lampau, seharusnya penjenayah yg dah pernah melakukan jenayah ditangkap semula hukumnya mestilah lebih berat supaya yg lain akan insaf kembali kepangkal jalan.

      1. tehr says:

        ada sebahagiannya buat main2 je dengan hukuman yang ada
        istilah mereka ‘ikuti kursus’

    2. tehr says:

      mungkin masarakat juga patut menanggung kesalahan
      salah kerana berperasangka buruk

  5. zulkbo says:

    salam..
    remaja skarang sudah tak sama dahulu
    langsung tiada hormat nasihat orang
    harapan mereka akan berubah satu
    hari nanti..mungkin Allah membukakan
    hati mereka juga.insyaallah
    zulkbo baru je tulis kisah Video Sex Anwar Ibrahim Part-2My Profile

    1. suri says:

      pintu akan di buka pasti akan ada cahaya..

      kuak kan iman pasti akan terbuka hati..

      walau tak byk tapi sikit2 tu sudah memadai..

    2. tehr says:

      salam kembali
      memang masalah yang serius
      kalau sudah tidak menghormati orang tua, hak orang yang lebih muda/sebaya lagi la tidak dihormati
      asal sempat akan dirembat

  6. Mus says:

    walaupun dah keras menjadi buluh..
    harap buluh tu berguna untuk kehidupan akan datang..
    buluh yang dah keras tu memang susah nak dilenturkan..
    tapi adakala buluh keras lebih diperlukan dari rebung..
    pendapat akulah..
    Mus baru je tulis kisah Gambar ‘Bandar Telur Goreng’ Yang Pelik Di NetherlandsMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      aku setuju
      buluh juga sangat berguna
      asal tahu dan mahu je

  7. mungkin kita boleh pastikan persekitaran mereka dalam keadaan baik..
    remaja mudah terpengaruh dan mereka sentiasa mahu mencuba, malah mudah bosan keadaan yg biasa lalu cuba mewujudkan sesuatu yg luar biasa, iaitu keluar dari rutin kebiasaan remaja lain yg baik-baik..

    1. tehr says:

      betul tu, TE
      motto mereka ni ‘berani mencuba’

  8. ghost writer says:

    memang seolah memarah anjing yang sedang sibuk dengan tulangnya…kepala tidak diangkat malah tulang tidak dilepaskan..maka cara yang lebih bagus rasanya,menyakiti sebelum sedar akan kesakitan.
    ghost writer baru je tulis kisah laparMy Profile

    1. tehr says:

      hukuman memang perlu, ghost
      kelak meraka insaf dan takut untuk berbuat kesalahan lagi

  9. adele says:

    remaja zaman skrg mmg tak boleh ditegur, risau ditetak dan dibunuh je lepas tu..dasyat sgt.

    rasanya melalui penguatkuasaan “undang2 yg hakiki”, pasti akan selesai semua mslh ni..

    1. bEe says:

      ye adele, undang2 hakiki oleh org yg hakiki…. hehehe
      bEe baru je tulis kisah Aku Mencari 1-111My Profile

    2. tehr says:

      ya la, adele
      kalau salah tegur, memang kita akan dikerjakan oleh mereka
      memang bahaya

  10. Saya rasa jalan untuk pulihkan kembali akhlak remaja kita yang semakin menyimpang jauh ini ialah dengan menggunakan pendekatan agama secara bijak dan kreatif.

    Jiwa remaja perlu didekati dan difahami.Kalau tidak mereka akan lebih memberontak.
    PakarBuahPinggang baru je tulis kisah 10 Langkah Untuk Elakkan Penyakit Buah PinggangMy Profile

    1. tehr says:

      bijak dan kreatif
      aku suka dengan kata2 ni
      kalau beri nasihat atau tegur cara biasa, memang mereka tak layan

  11. MDHAFiZ.NET says:

    remaja oh remaja… :)

    1. tehr says:

      mereka silap kerana beranggapan teguran itu membenci
      sedangkan ianya menyayangi

  12. decrewz says:

    Remaja perlu dididik dari kecik lagi.. tersilap didik, alamatnya makan dirilah..
    decrewz baru je tulis kisah Kod Rahsia Google Fungsi I’m Feeling LuckyMy Profile

    1. tehr says:

      memang itulah sebenarnya, jai
      anak2 yang lahir memang bersih

  13. bEe says:

    Kalau diikutkan, remaja ni sbnrnya (kajian) umur 12-17thn adalah zaman yg sgt mudah terpengaruh & sifat marah mudah dipengaruhi oleh akal fikiran….. Sbb tu pantang dicabar sure naik taring punyalah

    Manakala apabila umur 18-30 marah tu dah berkurang cuma fokus kpd bidang pekerjaan. Cuma, apabila waktu umur begini nak bersaing dlm kerjaya tu sangatlah tinggi. Sbb tu kdg2 takleh ditegur. Lepastu kebanyakannya akan berlumba utk menjadi yg TERBAIK!!!! ;)
    bEe baru je tulis kisah Aku Mencari 1-111My Profile

    1. tehr says:

      bila berlumba pula ada yang ambil jalan singkat dan salah
      ni yang jadi masalah ni, bEe

  14. Inilah dia fenomena masyarakat
    Oleh itu wahai saudara saudari sekalian dan para sahabat
    Marilah kita pakat pakat mengingat
    Bahawa dunia ni makin singkat
    Esok atau lusa kita mungkin akan hadapi Hari Kiamat
    Sampailah masa kita semua berangkat
    Berangkat menuju ke negara akhirat
    Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat
    Masa tu sendiri mau ingat

    “Umurmu banyak mana mu buat ibadat?”
    “Zaman mudamu apa telah mu buat?”
    “Harta benda anta dari mana anta dapat?”
    “Ilmu anda adakah anda manfaat?”

    Semoga ia dapat mengingatkan kita supaya meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

    ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_—\_l__l—[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)–o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ” Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Maaf lama tak ziarah kamu semua….
    Jom Terjah entry terbaru ??
    prosedur bawa masuk kenderaan luar

    diy bumper pecah bumper calar
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauhMy Profile

    1. tehr says:

      semua itu betul sangat
      saling ingat-mengingat
      apa sahaja kita dapat
      beri2lah ambil berkat

  15. dnoBiz says:

    masalah remaja adalah masalah bersama, jangan hanya harapkan guru, pihak berkuasa, dan badan tertentu..
    Ps: rasanya konsep jaga tepikain sendiri sudah menunjukan kesanya
    dnoBiz baru je tulis kisah Kuasa Wanita – Lelaki Perkasa Wanita BerkuasaMy Profile

    1. tehr says:

      mereka ni ada yang ke sekolah tetapi tak masuk kelas
      nak harap cikgu macam mana lagi
      keluarga lebih utama dalam mendidik dan menegur mereka

      1. mie says:

        tanggungjawab xboleh diletakkan pada satu pihak saja..
        itu salah slalu kesilapan kita..
        eeheheheee
        mie baru je tulis kisah Gambar Perkahwinan Diraja Prince William &amp Kate MiddletonMy Profile

  16. shameel says:

    Harapan sentiasa ada selagi kita mengharap dan mencuba. Di samping itu, kepada-Nya kita panjatkan doa.
    shameel baru je tulis kisah HUKUM WANITA BERSOLAT TANPA MEMAKAI TELEKUNGMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, sameel
      doa itu penawar kepada segala

  17. titan says:

    rebus aje rebung tu dengan air panas 10700 darjah faraheit..
    titan baru je tulis kisah Best ke belajar kat MatrikulasiMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      rebus sampai lembut

  18. nurida ardy says:

    aduhai, melentur buluh biarlah dari rebungnya…dah jadi buluh nak bantai ke dinding takut pecah dan hancur pulak. serba salah. tapi, masak lemak rebung meme sedap la…nom nom nom…:P
    nurida ardy baru je tulis kisah Kelakor – Kelakor Tengok KamuMy Profile

    1. tehr says:

      saya pun suka masak rebung ni
      pasti makan akan bertambah :D

  19. zik says:

    harus beri dorongan kepada mereka untuk kembali ke pangkal jalan…
    zik baru je tulis kisah Kejohanan Badminton terbuka India superseries 2011My Profile

  20. mie says:

    fuh!!
    remaja sekarang macam2..
    rasa malu juga pewaris bangsa begini
    mie baru je tulis kisah Perang Promosi Dan KFC Voucher OnlineMy Profile

  21. suri says:

    wahai bunga mangsa bangkitlah dari lena mu…

  22. Ismail N says:

    Susah jugak nak cakap bro.
    Kawe sebenonya kesian gak dgn mereka. Ada yg hidup terbiar dan tak di guide dgn sempurna. Hidup mereka lebih mencabar dari kita dulu sebab banyak dajal dan godaan. Hmmm…
    Ismail N baru je tulis kisah Demam iPad 2 Di MalaysiaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun