Kemahiran Dan Pengalaman Seorang Blogger

Salam sejahtera semua. Dalam berfikir-fikir bagaimana mahu meningkatkan pengunjung dari enjin carian, tiba-tiba dapat pula satu komen dari sahabat blog rizuanismail yang sangat menarik. Tanpa berfikir panjang terus sahaja menerjah ke blog beliau. Hehehe, terdapat beberapa tips untuk meningkatkan kemahiran yang amat berguna untuk blogger seperti saya. Bolehlah ke blog beliau untuk pembacaan selanjutnya.

Belek punya belek, jumpa pula websitegrader, satu tool percuma yang cuba memberi gred kepada laman blog atau website. Teringin pula mahu mencubanya, dan hasilnya adalah seperti yang dipaparkan di bawah. Satu pengalaman yang indah juga bila melihat nombor 87 yang ditunjukkan. :D

kalau pungguk rindukan bulan
pasti bintang terbitnya tinggi
kalau berharap nikmat kejayaan
ilmu kemahiran mestilah dicari

website gred 87

kalau senyum sampai telinga
pasti nampak rongaknya gigi
kalaulah mahu tambah berjaya
pengalaman perlu dicari lagi

Tapi, betullah kata orang, gred dalam peperiksaan tidak menjamin kejayaan dalam kehidupan. Banyak yang perlu dilakukan untuk diterima bekerja, lebih-lebih lagi majikan sekarang yang semakin memilih untuk mendapatkan pekerja yang mempunyai pengalaman dan kemahiran. Apalah yang ada pada nombor 87 itu, bila tiada kemahiran untuk mendapatkan trafik dari enjin carian. :(

Belum juga dapat senyum hingga ke telinga. Saya masih memerlukan tunjuk ajar dan panduan dari blogger yang telah berjaya. Mungkin juga angka 87 dapat ditukar menjadi angka 97 dan trafik juga akan lebih meriah nanti. Siapa tahu kan?

TehrDemikian kisah 'Kemahiran Dan Pengalaman Seorang Blogger' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


69 Comments

  1. padin says:

    85…. asyik tengok score student je,
    sekali sekala best gak tengok score blog ni hehee
    padin baru je tulis kisah Tips Memilih DomainMy Profile

    1. tehr says:

      aku tak ngajar kelas cemerlang
      payah naka tengok score 80+ dari pelajar :D

      1. padin says:

        hehee..
        aku pun susah nak tengok bilangan A tu bertambah
        padin baru je tulis kisah Watak Kartun KegemaranMy Profile

        1. tehr says:

          tahun depan kut akan bertambah :)
          sama2 kita cuba, bro

  2. fendidahada says:

    saya dapat 81 je..kena improve lg ni..huhu..thanks for the sharing…
    fendidahada baru je tulis kisah Aku menang RM120-000My Profile

    1. tehr says:

      kita sama2 kayuh, bro

  3. bisk says:

    owh..aku kurang amik tau soal tingkatkan trafic dari enjin pencarian secara auto..tapi kalau mau mengasah kemahiran itu mungkin tak jadi hal.boleh dicuba nih.
    bisk baru je tulis kisah tetamu hatiMy Profile

    1. tehr says:

      sedang belajar juga ni bisk
      orang kata bagus kalau trafik dari enjin carian
      kalau nak harap balasan dari blogwalking, alamatnya patah jari la

  4. dnoBiz says:

    wah Tah niah Tehr,
    tapi pada aku blog kau memang hebat :D
    dnoBiz baru je tulis kisah HandPhone &amp SMS – Pernah Periksa Talifon Bimbit Pasangan Anda My Profile

    1. tehr says:

      thanks, bro

  5. etomyam says:

    87 dah boleh pangkat A tu hehe :D
    etomyam baru je tulis kisah Ringan Tulang Berat PerutMy Profile

    1. tehr says:

      hajat hati nak jadi macam blog bro la ni
      hehehe

      1. zik says:

        boleh tuh …. kejar sikit2..
        zik baru je tulis kisah Cup cake bergerak!My Profile

  6. adah says:

    dapat A- kalau 87…Upgrade sikit lagi nak 90 tuk dapat A+…

    hehehehe

    usaha tangga kejayaan…
    adah baru je tulis kisah Santai berubah wajah lagiMy Profile

    1. tehr says:

      tengah cari idea la ni, adah :)

  7. serol says:

    dah test juga. dapat 85/100.. kira A la tu. :D
    serol baru je tulis kisah Domain Giveaway dari yanmieonlinecom dan IhosterzcomMy Profile

    1. tehr says:

      bagus2
      nanti kita pakat2 dapatkan A+ :D

  8. belalang says:

    ok jer blog tehr nih…
    tp klu nak cerita psl trafik dari search engine,belalang pun x pandai…

    nanti2 klu tehr dah terer kongsi la ngan belalang ye…huhuhu
    belalang baru je tulis kisah Jawapan Contest Meneka Gambar SBTMy Profile

    1. tehr says:

      tak tau la bila nak terer
      kita sama2 belajar

  9. ok la tu…pangkat A dah tu….hehehehe
    cikgu princess baru je tulis kisah Bila Perempuan MemanduMy Profile

  10. mie says:

    mantap la tu!!!
    dengan grade A..
    heheeee
    mie baru je tulis kisah Indahnya Taman Tamadun Islam TerengganuMy Profile

    1. tehr says:

      hehehe
      blog mie bagus je aku baca
      bersusun pembaca letak komen

  11. sud@is says:

    BLog Tehr dah hebat..87 dah A tu..

    kalau 97 dah dapat melintang..
    sud@is baru je tulis kisah Seruan Dari KuburMy Profile

    1. tehr says:

      melintang? hahaha
      nampaknya lambat lagi la nak dapat 97
      kat sekolah biasanya ikut giliran nak dapat melintang

  12. sangilapi says:

    wah ! dua entry berturut-turut menyentuh pasal trafik dari enjin carian :)……cuti-cuti ni nampaknya memang study bab ni bersungguh-sungguh.
    sangilapi baru je tulis kisah berpuakaMy Profile

    1. tehr says:

      aku memang sedang nak cari cara ni
      tapi kerana otak dah berkarat, payah je nak faham tips yang diberikan

  13. Norgadis says:

    Macam best je bunyinya, walaupun saya tak faham apa pun pasal benda ni, saya test juga… saya dapat 93/100.. kira A lah tu…
    Norgadis baru je tulis kisah Jangan Tinggalkan Aku PergiMy Profile

    1. tehr says:

      saya juga sedang mencari faham, noor

  14. syahrilhafiz says:

    uh tak le check pulak
    ada error..tak pe blog ni ok dah tu
    87 A la kan..cayalah
    syahrilhafiz baru je tulis kisah Zorin OS vs CrunchBang Linux OSMy Profile

    1. tehr says:

      eh, tak boleh
      cuba lagi nanti

  15. puteri says:

    pengalaman blogwalking.. :)

    paling tinggi gred nya berapa?

    1. tehr says:

      100 paling tinggi

      1. Hadi Rofiee says:

        Jumpa juga jawapannya. Baru nak tanya. :-)
        Hadi Rofiee baru je tulis kisah Teknik meminta duitMy Profile

  16. wadud says:

    pergh hebat la ko bro.. :D
    kasi la tips sikit.. hehehe..

    eh ko telah ditag oleh wadud okeh bro.. wat tau.. :D

    http://slumberblogger-freedownload.blogspot.com/2010/12/syamilamohds-giveway-sticky.html
    wadud baru je tulis kisah SyamilaMohd’s Giveway StickyMy Profile

    1. tehr says:

      tips ke bro?
      aku apa yang ada kat blog ni dah kira apa yang aku tahu

      tag? nanti aku terjah tengok
      thanks

  17. akubiomed says:

    Saya test dapat 97% tak tahu sistem assessment betul atau tidak sebab baru 3 bulan blogging :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Terima kasih join Google Friend Connect di blog AkubiomedMy Profile

    1. tehr says:

      tahniah, bro
      dah betul la tu :D

  18. kaizen says:

    A- ngeh3….
    kaizen baru je tulis kisah TaHuN DePaN UIAM CuTi 5 BuLaNMy Profile

  19. kaizen says:

    wow…. aku dapat 97!!!! ngeh3…. A+++ ahaks2…
    kaizen baru je tulis kisah TaHuN DePaN UIAM CuTi 5 BuLaNMy Profile

    1. tehr says:

      tahniah, bro

  20. puteri says:

    ohh seratus jer…
    tak jauh dah tuu
    :) :)
    puteri baru je tulis kisah kekasihMy Profile

    1. tehr says:

      memang tak jauh, puteri
      cuma tak tercapai tangan je :(

  21. Cik Siti says:

    nampaknya ada perkembangan… tahniah

    1. tehr says:

      terima kasih bebanyak beri semangat

  22. rizuanismail says:

    tehr..aku pun masih belajo lagi..blog ko antara feveret aku..suka baca pantun2 hang..main blog lagi best dari fesbuk..hehe..
    rizuanismail baru je tulis kisah Nadia Heng – Peserta Ratu Cantik MalaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      hehehe
      aku belum daftar akaun facebook :D

  23. zik says:

    blog tehr adalah satu2nya.. genre pantun… ada kiasannya yang tersendiri, terkini dan padat… cayalah!!
    zik baru je tulis kisah Tubelawak bikin panas dengan Zikrihusainicom!!My Profile

    1. tehr says:

      thanks, zik
      selalu beri semangat untuk blog ni terus hidup

  24. toyol says:

    lg besar angka makin cemerlang ke..
    ooo..
    nnti nak try jg la..
    toyol baru je tulis kisah SERONOK BETUL KERJANYAMy Profile

    1. tehr says:

      markah penuh 100, bro

  25. Wan says:

    thanks
    aku nak cuba blog aku plak la

    1. tehr says:

      cuba jangan tak cuba, wan :D

  26. ann says:

    wah wah wahhhhhhhhh!
    ann baru je tulis kisah Letting goMy Profile

  27. mijie says:

    96 lagi 4 perlu diperbaik untuk menjadikan 100, huhu
    mijie baru je tulis kisah Pulang ke kampungMy Profile

    1. tehr says:

      1 2 3 4
      dah dekat sangat tu :D

      1. mijie says:

        hahaah sempat lagi kira 1 2 3 4, hahaha kalau rajin aku betulkan kalau tak memang biar je mcm tu, haha
        mijie baru je tulis kisah Tutorial buat ringkasan pada feedburnerMy Profile

  28. kakyong says:

    baru ni tahu pasal blog grader ni.. nak g usha la.. kakyong pun byk lagi kena belajar..
    kakyong baru je tulis kisah The Most Beautiful Flower Contest using Digital CameraMy Profile

    1. tehr says:

      sama la, kakyong
      sentiasa nak kena belajar ni

  29. zulkbo says:

    salam..
    menarik ni..
    bolehlh saya cuba
    nasib pulak..he he
    zulkbo baru je tulis kisah Selamat Pulang KeletihanMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      cuba jangan tak cuba :D

  30. NEON says:

    cewahhh comel nye website ni! nak cube

    1. tehr says:

      cuba jangan tak cuba :D

  31. Ali ridha says:

    belajar dari
    blogger lain.
    Ali ridha baru je tulis kisah Akaun cpanel suspendedMy Profile

    1. Ali ridha says:

      benda baik dikongsi bersama.

      1. Ali ridha says:

        pr aku tak hilang la.

  32. Hadi Rofiee says:

    Salam Bro TehR.

    Terima kasih kerana berkongsi, sangat berguna untuk aku yang masih baru ini. Hehe. :-)
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Teknik meminta duitMy Profile

    1. tehr says:

      sama la kita
      aku pun baru 2 bulan dengan wp ni
      masih samar2 gak ni

  33. MamaYatie says:

    walaweii…malu arr..smua org dapat A..72% jer..camner nih? tulun3x
    MamaYatie baru je tulis kisah Malaysia Telah Di Serang Dinosaur Korang Percaya TakMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun