Kelekatu

Malam tadi rumah aku diserang kelekatu yang bersaiz agak besar, bukan seperti biasa kelekatu yang bersaiz kecil. Bergelaplah keluarga lelaki kacak ini :D dengan hanya memasang lampu di ruang beranda sahaja. Hampir satu jam juga serangan dibuat mereka sebelum mengalah.

kelkatuApa yang aku nampak, bila anai-anai menjadi kelekatu ia mula tak sedarkan diri. Sudah dapat terbang, cita-cita mula melayang tinggi tetapi akhirya jatuh juga ke bumi kerana keletihan mengejar cahaya. Kelekatu bukan lelaki kacak yang sebenar-benar kacak rohani dan jasmani. Kelekatu lupa diri dan mati begitu sahaja dimakan oleh haiwan lain atau dihurung semut.

kelkatuMalangnya nasib kelekatu yang selama ini selesa di dalam sarang tidak mengetahui banyak pemangsa menanti di kawasan yang bercahaya. Keseronokan sementara yang dikejar akhirnya memusnahkan diri dan matlamat perjuangan. Mungkin juga kelekatu perlu belajar untuk menjadi lelaki kacak, bijak dan berpendirian yang tahu apa ada pada keindahan dunia dan apa erti kebebasan yang sebenarnya.

kelkatu

Di musim pilihan raya yang semakin dekat ini, mungkinkah akan ada kelekatu keluar dari sarang? Seronok dengan cahaya yang sementara dan terlupa untuk menjadi lelaki kacak yang beriman.

TehrDemikian kisah 'Kelekatu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


42 Comments

  1. Ladfe Amir says:

    kelkatu boleh dimakan oleh kita jika dah terdesak takde makanan lain.

    iktihar hidup…

    dalam picture tu mmg banyak nampaknya keturunan diraja kelkatu. kalu semuanya hidup. alamat penuhlah sarang anai2 sekeling rumah bro.
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Lelaki Kacak Salah TargetMy Profile

    1. akubiomed says:

      Tahan hendak makan kerana ia mengeluarkan bau busuk walaupun mengandungi protin. :-)
      akubiomed baru je tulis kisah Yang rajin komen di blog AkuBiomed bulan AprilMy Profile

      1. tehr says:

        kalau dah terpaksa, kena makan juga tu
        tahan nafas kejap je :D

        1. hafizmd says:

          kalau dah terpaksa, telan saje…hehe
          hafizmd baru je tulis kisah Kalau ada pondok di ladang…My Profile

          1. cik tom says:

            erk mkn kelkatu?mintak jauh dr tdesak mkn kelkatu..huhu
            byknya kelkatu..mmg btul2 kena serang ni…
            cik tom baru je tulis kisah Panduan Resepi Coklat Buatan Tangan Dari RumahMy Profile

    2. Cemana keturunan diraja tuh, hehehehe
      Melatiqistyna baru je tulis kisah Selamat Hari Guru 2012My Profile

  2. shraqs says:

    Banyak tu. BTW, dalam maksud kelkatu kali ni Mr Tehr :)
    shraqs baru je tulis kisah Statistik Perkahwinan Pasangan Gay Yang MenggerunkanMy Profile

    1. tehr says:

      sambil berpesan pada diri sendiri juga, bro

    2. hafizmd says:

      setuju 100%.

      mmg dalam sungguh maksudnya. seperti biasa, cikgu bijak menyelitkan makna tersirat.

      terbaiklah cikgu!
      hafizmd baru je tulis kisah Kalau ada pondok di ladang…My Profile

  3. mie says:

    fuyooo!!
    macam kena serang saja ….
    heheheee
    mie baru je tulis kisah Red Velvet Cupcakes Percuma Dari OvenAyeshaMy Profile

    1. tehr says:

      memang kena serang, mie
      menyorok je kami sekeluarga
      hehe

      1. mie says:

        tudia..
        kecik2 dulu suka juga..
        bila dah banyak, rimas..
        ehehe
        mie baru je tulis kisah Pertama Kali Menjejak Kaki di BangkokMy Profile

  4. akubiomed says:

    Risau Kelkatu ini masuk ke dalam lubang telingan jer.
    akubiomed baru je tulis kisah Merisik model baru Proton Preve’ di bilik pameran Proton EdarMy Profile

    1. tehr says:

      Tu la pasal, bro
      Memang kena beri perhatian juga ni

  5. Norizwan says:

    Kelkatu ni kalau nak halau dia buat tak tau jer…lagi2 ngah makan aduh…selamber jer masuk dalam pinggan….
    Norizwan baru je tulis kisah Kedai makan burger "Serangan Jantung"My Profile

    1. tehr says:

      Memang yak boleh nak dihalau ni
      Paling senang tutup lampu je :D

    2. chii says:

      heheh..tau xpe..kadang2 kalau tgh asyik mkn..ada gak yg termasuk skali dlm nasi..adeih
      chii baru je tulis kisah Wordless Wednesday #22 – Pak AndamMy Profile

  6. adamfaiz says:

    Mendalam tu maksudnya… kikiki…
    adamfaiz baru je tulis kisah Kerana Garmin Ku Sisih GalaxyMy Profile

    1. tehr says:

      Harap2 tak ada yang terasa hati

  7. sud@is says:

    hehe…tutup cawan teh tu tehr…nnt kelkatu berenang2
    sud@is baru je tulis kisah Rembah disambar kilatMy Profile

    1. tehr says:

      Haha
      Dah la bergelap
      Ada kelkatu pula dalam cawan :D

      1. chii says:

        xpela..org kata..perisa tambahan :p
        chii baru je tulis kisah Wordless Wednesday #22 – Pak AndamMy Profile

  8. dinar says:

    salam tehr, gambar kelkatu yg atas sekali memang best ada estatik value…
    kesian kelkatu yang terpedaya tu, akhirnya terkujur di hujung kilauan cahaya.
    dinar baru je tulis kisah Berita baik bagi pelabur emas…My Profile

    1. tehr says:

      Guna kamera ‘cap ayam’ je
      Kalau dapat dslr lagi bagus tu

  9. azura says:

    kalau balik kampung ada masanya kena serang kelkatu ni…saya pun panggil kelkatu…suka memerhatikan gelagat kelkatu yang menghurung lampu…
    azura baru je tulis kisah Kita tak tahuMy Profile

  10. suri says:

    musim hujan dia datang…reda dia sikit2 hadir hee..
    suri baru je tulis kisah Kerana Sayang..Aku Lupakan B..My Profile

  11. EEEMMM kalau ada cahaya lampu mesti dia berkumpul kat situ

    bukan semut busut tersergah
    bukan lebah tapi tembuan
    musim hujan kelkatu menyinggah
    sinaran lampu tempat tumpuan

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    diy repair seat kereta berlubang

  12. Amirez says:

    dah lama tak tengok kelkatu banyak macam ni. kata orang tua2, kelkatu petanda nak hujan lebat.

    moral daripada entri ni…jangan jadi seperti kelkatu :)
    Amirez baru je tulis kisah Lelaki Kacak Yang BerimanMy Profile

  13. SukaShare says:

    Saya pernah diserang kalkatu masa bawa kereta. Bertukar warna kereta jadinya =)
    SukaShare baru je tulis kisah Tarikh Hari Ibu 2012My Profile

  14. kelkatu terpaksa keluar byk utk meningkatkan potensi survival..kelkatu menggunakan chya bulan utk memandu arah ttp terkliru dgn cahaya lampu yg terang..
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Durian Runtuh FGVHMy Profile

  15. titan says:

    pehh..perang dunia ke 5 ni..
    titan baru je tulis kisah The Power of SEO.My Profile

  16. Cikgu Hairul says:

    kelkatu memang cepat lupa diri. Besar pengajaran dari cerita kelkatu cikgu ni..
    Cikgu Hairul baru je tulis kisah Duit Gaji Bukan Kita PunyaMy Profile

  17. benjy says:

    aduiii ! …. kelkatu gigit belakang benjylah tadi …. adoiii ! :D
    benjy baru je tulis kisah BLOG SERIUS SANGAT KE ? CERIAKAN DENGAN PERISIAN HAPPY BLOGMy Profile

  18. hatiputera says:

    kata orang tua-tua,,kalau ada kelkatu tandanya nak ribut.
    hatiputera baru je tulis kisah LELAKI KACAK UPDATE SPONSORMy Profile

  19. kulanz says:

    Memang sah tu kelkatu pilihanraya :D
    kulanz baru je tulis kisah Awan Pelik Menyerupai Wajah Lelaki KacakMy Profile

  20. hafizmd says:

    kalau kat rumah ni ade kelkatu, cepat2 letak air dalam besen, sekejap saje semua kelkatu lemas mencari bayang cahaya dalam air…kesian kelkatu

    mencari keseronokan sementara!
    hafizmd baru je tulis kisah Kalau ada pondok di ladang…My Profile

  21. kimmie says:

    kalau kelkatu datang menyerang, memang bergelap la rumah, TV pun kena tutup, kalau tak tutup lampu, kelkatu serang TV pula.
    kimmie baru je tulis kisah Nampaknya sibuk dengan tugasan lagiMy Profile

  22. yas says:

    Mak aihh…ramainya kelkatu..hehehe biasanya time hujan dan sejuk mende ni selalu keluar….yg penat tuan rumah la nk kena sapu kelkatu yg jatuh kat lantai tuuu
    yas baru je tulis kisah Wordless Wednesday – All About SEOMy Profile

  23. zulkbo says:

    salam..
    kalau hujan turun maka
    banyaklah kelkatu yang
    keluar mencari cahaya :)
    zulkbo baru je tulis kisah 3 LELAKI KACAK Di MalaysiaMy Profile

  24. chii says:

    mmg jadi kotor umah dbuatnya..aduhai..x pasal2 kena berkemas kalau ada serangan kelkatu kat umah
    chii baru je tulis kisah Wordless Wednesday #22 – Pak AndamMy Profile

  25. rahman says:

    tutup cawan tu cikgu.. masuk kelkatu nanti hehe :)
    rahman baru je tulis kisah Buku dan Diari bagi ibu hamilMy Profile

  26. Jenuh Nk bersihkan rumah tuh, hiks
    Melatiqistyna baru je tulis kisah Selamat Hari Guru 2012My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun