Kelayakan Sukan Olimpik 2012 | Malaysia vs Pakistan (2)

Rasanya semua sudah tahu bahawa Malaysia telah layak ke pusingan seterusnya perlawanan bolasepak Kelayakan Sukan Olimpik 2012 setelah seri 0-0 dengan Pakistan pada perlawanan kedua pusingan pertama di Stadium Punjab, Lahore, Pakistan malam tadi. Kalau ada yang kecewa mungkin hanya kerana perlawanan tidak dapat disiarkan secara langsung di kaca tv sahaja.

malaysia vs pakistanSaya tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada skuad olimpik negara yang telah menceriakan seluruh peminat bola sepak tanah air. Saya juga tidak mahu ketinggalan untuk turut meletakkan harapan semoga mereka akan menunjukkan permainan yang lebih meyakinkan selepas ini, seterusnya menghadiahkan tiket ke Olimpik London 2012.

Menang dengan agregat 2-0 mengalahkan Pakistan memberi peluang kepada skuad bolasepak kebangsaan untuk meneruskan saingan di pusingan kedua yang akan diadakan pada 19 dan 23 Jun nanti secara kalah mati.

bolasepak kita terus cemerlang
hebat gagah ke pusingan kedua
terus berjuang berputih tulang
jangan sesekali berputih mata

TehrDemikian kisah 'Kelayakan Sukan Olimpik 2012 | Malaysia vs Pakistan (2)' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


35 Comments

  1. LiFe KaMi says:

    harap2 lah lepas ni Malaysia dapat bangkit lagi..
    nak juga kita rasa dapat pingat emas..:)
    LiFe KaMi baru je tulis kisah Restoran Aziz SatarMy Profile

    1. Ismail N says:

      Errr pingat emas olimpik bola? alahai… harap2 dapat qualify je lah dulu..

      1. tehr says:

        yups
        biar lepas halangan asia dulu
        pingat cerita lain kali

    2. tehr says:

      kalau pingat emas olimpik, rasanya sangat jauh tu
      banyak belanja dan masa diperlukan

    3. dnoBiz says:

      betul tu terget biar tinggi tapi kalau dapat capai 50% pun dah kira bagus…
      Ps target emas kalau dapat capai 50 % maknanya separuh akhir pun ok dah heheh
      dnoBiz baru je tulis kisah Pelajar Melacur – Dagang tubuh cuma RM10My Profile

      1. tehr says:

        aku hanya mengharapkan mereka layak ke olimpik sahaja

  2. padin says:

    semalam, aku dengan Belalang cari jugak mana2 yg ada update,
    live text pon not available malam tadi huhuu

    1. tehr says:

      aku hanya jumpa kat blog zik je :)

  3. mana tahu dapat pegi olimpik, dapat main kat london tu…. :)
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Angry Bird coming to FacebookMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 dapat layak
      pasal dapat pingat kita cerita lain tahun :D

  4. zik says:

    sedih takda live semalam… menjajau cari… nasib baik ada rakan twitter yang buat liputan disana…
    zik baru je tulis kisah Kucing main keyboard!!My Profile

    1. Ismail N says:

      Ehh.. bukan ko ke yg buat liputan semalam zik? :D

      1. padin says:

        aku pun tengok liputan di blog Zik je ekekee

        1. suri says:

          ha liputa zik blog zik kira orait ar..

          klu sush langgan jer terus hiii

      2. tehr says:

        dah memang sah zik yang buat
        terima kasih banyak2

    2. tehr says:

      kemudahan teknologi
      mesti diguna sebaiknya untuk kemudahan bersama
      terima kasih, zik

  5. ghost writer says:

    teruskan misi dan mencipta sejarah baru selepas era 80an dengan melepasi peringkat pusingan ke dua nanti yang sudah tentu lebih mencabar dengan pasukan2 hebat asia.
    ghost writer baru je tulis kisah tampak bagus atau benarMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, gost
      biar lepas halangan asia dulu

  6. titan says:

    kecewa sebab siaran langsung dibatalkan. Punye lama tunggu nak tengok..aduhh..
    titan baru je tulis kisah Edisi Siasat – Buat Duit dengan SaysmyMy Profile

    1. suri says:

      ada tertangguh mmg buat org yg menubggu frust jap heeee

    2. tehr says:

      ramai yang kecewa, titan
      dah memang di luar kawalan kita
      nak buat macam mana lagi :(

  7. wadud says:

    yep malaysia dah banyak kedepan..
    alhamdulillah..
    tapi jangan sampai lupa pulak matlamat sebenar bola tuh.. hehehe..

    tehr, letak link kat sini eh..

    http://tempatpromotelink.blogspot.com/
    wadud baru je tulis kisah Sosiologi Agama – IIMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, wadud
      sedang masih boleh melangkah ni, langkahlah elok2 :D

  8. mie says:

    rasa bangga pula tiba2 ni..
    ehehheeee
    mie baru je tulis kisah Door Gift Bukan Untuk DijualMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 langkah kemenangan tidak tersekat lepas ni nanti

  9. zulkbo says:

    salam..
    masih banyak ranjau dan duri
    yang menanti pasukan Malaysia
    nanti..tak mengharap besar
    sangat.. cuma harapan saya
    team ni mencuba sehabis baik..
    semangat juang mau tinggi..
    zulkbo baru je tulis kisah Didikan Akhlak Itu Perlu RenunganMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      setuju, bro
      kalau kalah pun biarlah dengan bermaruah

  10. toyol says:

    bola2 api…
    huhu..
    TK x minat bola..
    toyol baru je tulis kisah TITANIC- TENGGELAM DALAM KEANGKUHANMy Profile

    1. tehr says:

      tak suka main bola2 api
      bahaya!

  11. dnoBiz says:

    Harapnya mereka terus cemerlang….
    Lawan Negara mana la pula lepas ni ye
    dnoBiz baru je tulis kisah Harga MInyak – Tambahan Rm 4b Subsidi MinyakMy Profile

    1. tehr says:

      belum tahu lagi tu, bro
      undian akan diadakan nanti

  12. akubiomed says:

    Tanniah kepada pasukan Malaysia kerana dapat bertahan selama 90 minit. Saya sangka pasukan Pakistan boleh dianggap lauk meleset sama sekali. Barisan serangan perlu dipertajamkan lagi

    1. tehr says:

      memang syukur sangat skuad kita dapat bertahan
      2 gol tu bukan banyak mana pun

  13. Mus says:

    walaupun aku tak minat sangat bola ni.. tapi semangat cintakan negara tu ada.. tetap sokong Malaysia!!
    Mus baru je tulis kisah Nama-Nama Profile Facebook Yang Luar BiasaMy Profile

  14. ahmadhaikal says:

    kena usaha gigih lagi nih..
    ahmadhaikal baru je tulis kisah Avoid driving when you are sleepyMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun