Kelayakan Sukan Olimpik 2012 | Malaysia vs Pakistan

Seronok menonton perlawanan bola sepak kelayakan Olimpik London 2012 sebentar tadi, Malaysia berjaya mengalahkan Pakistan 2 – 0. Terasa puas pula kerana sebelum ini saya memang geram kerana pasukan hoki dan skuasy mereka telah mengecewakan kita pada Sukan Asia yang berlangsung di Guangzhou, China.

Gol pertama pasukan negara dijaringkan pada minit ke-3 oleh Wan Zaharulnizam. Gol ke-2 pula diperolehi pada minit ke-47 oleh Mohd Irfan Fazail.

malaysia vs pakistanpasukan kita dah pun menang
para peminat sangatlah riang
jurulatih pula merasa senang
bekalan ke sana nanti bertandang

pemain pakistan dapat kad merah
kerana gagal mengawal marah
pasukan mereka menerima padah
bila pemain dah banyak sebelah

Kita mungkin boleh menambah bilangan jaringan kiranya palang gol tidak menjadi penghalang. Hero kita Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan nama Apek juga masih menunjukkan prestasi yang baik dan berjaya menyelamatkan beberapa percubaan lawan.

Tahniah kepada skuad bola sepak negara yang berjaya mengekalkan rentak kemenangan. Akhir tahun lepas kita telah berjaya muncul sebagai Juara Piala AFF Suzuki 2010 yang telah berlangsung di Indonesia.

TehrDemikian kisah 'Kelayakan Sukan Olimpik 2012 | Malaysia vs Pakistan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


21 Comments

  1. mie says:

    pasukan Malaysia semkain maju kehadapan..
    harap prestasi terus ditingkatkan..
    ehheeee
    mie baru je tulis kisah Contest – Kisah Pelaut Terlampau PilihanMy Profile

    1. tehr says:

      musim seronok masih panjang lagi ni

  2. Tahniah kepada Malaysia.
    Semoga dapat pergi ke Olimpik.
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah WW- You comment we followMy Profile

    1. tehr says:

      harapan yang tinggi menggunung [kinabalu]
      harap2 la akan berjaya nanti

  3. Zik says:

    sudah meningkat maju…diharap bekalan 2 gol nie cukup untuk 2nd leg disana nanti…
    Zik baru je tulis kisah Keputusan terkini Malaysia VS Pakistan 2011- kempen sukan olimpik 2012!!My Profile

    1. suri says:

      suka main bola pastu guling2 atas rumput hijau yg menggebukan heee

      1. tehr says:

        niat sebenar nak main bola ke nak main guling2, suri :D

    2. tehr says:

      harap2 la cukup
      tapi aku rasa bimbang je

  4. padin says:

    tahniah buat pasukan Malaysia, aku tak tengok, tertidur lepas maghrib huhuuu

    1. tehr says:

      memang rugi tu

      aik, awalnya tidur
      bro padin sihat?

    1. tehr says:

      tahniah2
      moga2 dapat teruskan di pakistan nanti

  5. Cik Siti says:

    malaysia menang akhirnya…. 2-0 tahniah kepada skuad kebangsaan… kekalkan semangat untuk lebih maju kehadapan
    Cik Siti baru je tulis kisah pahit manis sebagai CSRMy Profile

    1. tehr says:

      menggalas harapan rakyat malaysia
      harap2 mereka mampu menunaikan harapan kita

  6. zulkbo says:

    salam…
    tahniah,Malaysia
    dah menang..ermm
    harapan tinggi menanti
    zulkbo baru je tulis kisah Pakaian Istiadat Negeri PahangMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      harapan kita rakyat malaysia memang tinggi
      moga2 tertunai nanti

  7. suri says:

    bila menag hati bersorak gembira

    tika klah semua pkra di tdk kena..

    1. tehr says:

      hehe
      adat dunia tu

      harap2 penyokong dan peminat tetap setia biar pun ketika kalah

  8. MDHAFiZ.NET says:

    harap2 ini akan menjadi pembakar semangat utk terus maju lg dlm bolasepak di masia ini!!
    ayo kita gemarkan lg ngauman harimau malaya di nusantara!

    err.. betul ke x ayat aku nih?? haiz…. :)
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah Adobe Photoshop CS5 Tutorial – Remove The Object Content Aware Fill My Profile

  9. azlan says:

    selamat berjaya malaysia menuju ke hadapan

    1. azlan says:

      selamat malaysia 1 malaysia mng kn lg dengan pakistan malasia boleh ??????????

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun