Kelayakan Olimpik 2012 | Perlawanan Ketiga Malaysia vs Bahrain

nazmi faiz mansurTendangan cantik Muhamad Nazmi Faiz Mansor dari luar kotak penalti meletakkan Harimau Muda Malaysia 1-0 di depan dalam separuh masa pertama. Malangnya beliau terpaksa dikeluarkan dalam separuh masa kedua apabila mengalami kecederaan. Gol kedua Malaysia dijaringkan oleh Mahali Jasuli apabila penjaga gol Baharain gagal menangkap bola dengan kemas.

Biar pun bermain dengan 10 orang, Bahrain berjaya menjaringkan gol pertama, kedua dan ketiga dalam masa enam minit. Kata jurulatih Ong Kim Swee, ini adalah harga yang perlu dibayar apabila kehilangan pemain. Nampaknya laluan kita makin getir dalam Kelayakan Olimpik 2012 ini.

Kedudukan terkini Kumpulan C:

PASUKAN P M S K J B PG MATA
JAPAN 3 3 0 0 6 1 5 9
SYRIA 3 2 0 1 6 3 3 6
BAHRAIN 3 1 0 2 4 7 -3 3
MALAYSIA 3 0 0 3 2 7 -5 0

kelayakan olimpik 2012Samurai Biru, Jepun nampaknya sedang mengetuai Kumpulan C ini dengan 9 mata setelah menang dalam ketiga-tiga perlawanan. Hari ini Jepun menewaskan Syria 2-1. Juara kumpulan secara automatik akan layak ke Sukan Olimpik 2012 di London sementara tempat kedua terbaik akan mengharungi perlawanan playoff nanti.

Lihat Jadual Perlawanan seterusnya.

TehrDemikian kisah 'Kelayakan Olimpik 2012 | Perlawanan Ketiga Malaysia vs Bahrain' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


25 Comments

  1. kakyong says:

    ada 3 lagi match kan.. mesti memang semua kot baru leh dpt penentuan play off… betui ke perkiraan saya nih… ??!!
    kakyong baru je tulis kisah Mengimbau nostalgia : lagu Everlasting Love by Gerard JolingMy Profile

    1. tehr says:

      dah sangat sukar kita nak lepas kelayakan ni
      terpaksa terima
      huhu

  2. Kisah lagenda bukan epik
    Kisah cinta dua sejoli
    makin getir Kelayakan Olimpik
    Kuatkan Semangat Berusaha lagi

    Lagi tinggi lagilah gayat
    Pohonnya tinggi hendak dipanjat
    Samurai Biru memang kuat
    Memang sukar nak digugat

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    baka anjing terlarang masuk malaysia
    baka anjing terhad masuk malaysia
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

  3. Rumah cantih atapnya jerami
    tirainya dibuat kain kasa
    Tendangan cantik Muhamad Nazmi
    Gol pertama separuh masa

    Budak lelaki main guli
    Budak perempuan menconteng batik
    Gol kedua Mahali Jasuli
    Bola yang masuk sungguhlah cantik
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

    1. tehr says:

      tengok bola mulut terlopong
      senyum ditegur anak pak dol
      senang hati dah dua kosong
      enam minit dibalas tiga gol

      huhu

  4. titan says:

    malaysia boleh layak lagi untuk play off dengan syarat..

    malaysia menang semua perlawanan yang berbaki.
    syria dan bahrain kalah dengan jepun..
    syria dan bahrain seri

    jadi..dia akan jadi..

    jepun – 6 menang – 18 mata
    malaysia – 3 menang 3 kalah- 9 mata
    syria – 2 menang 1 seri dan 3 kalah – 7 mata
    bahrain 1 menang 1 seri dan 4 kalah – 4 mata.

    Haha..ini saja harapan yang ada. Kalau mahu layak ke playoff.. kalau syria menang aje..terus tertutup pintu ke sukan olimpik.
    titan baru je tulis kisah Malam ini, Bahrain lagi kacak.My Profile

    1. tehr says:

      aku nampak dah sukar sangat kita nak dapat kedudukan kedua
      sebab perlu harapkan orang lain kalahkan syria

  5. Juan says:

    serius bola nazmi cantik, sedih juga bila kalah sebab kita dari awal dah leading dah, tp xpa, sebab bila lihat balik malaysia sudah ada banyak peningkatan
    Juan baru je tulis kisah Hijrah, Perlukah..My Profile

    1. tehr says:

      kita memang ada peningkatan
      dan aku fikir pemain kita juga perlu bijak mengelak kecederaan

  6. dinar says:

    apa-apa pun pasukan HARIMAU kita menunjukkan improvement…. menang bergaya dan kalah pula bermaruah!
    TAHNIAH dan terus berusaha….
    dinar baru je tulis kisah Presiden Venezuela bawa pulang simpanan emas negara RM35.1 bilionMy Profile

    1. tehr says:

      memang aku dah suka nengok mereka main
      cuma bila ada yang cedera, tiada pengganti yang setaraf

  7. b3njy says:

    Benjy berpendapat Malaysia sekurang-kurang dapat mengutip 3 mata dalam tiga perlawanan hanya mampu untuk seri sahaja ketiga-tiga perlawana kerana untuk menang kompom tak boleh jika masih menggunakan taktikal 1 striker. 1 striker hanya sesuai untuk bertahan dan sekali sekala membuat counter attack sahaja. Apa2 pun semoga Malaysia berjaya kekalkan kemenangan untuk piala AFF 2012.
    b3njy baru je tulis kisah KELAYAKAN OLYMPIC 2012 : MALAYSIA VS BAHRAINMy Profile

    1. tehr says:

      kita kehilangan bahagian tengah, bro
      apa nak dibuat lagi

  8. Cik Siti says:

    sesungguhnya kita harus memberikan sokongan kepada pemain kebangsaan dan… kita sebagai rakyat Malaysia harus berada di belakang tidak kira kalah atau menang. Malaysia Boleh!
    Cik Siti baru je tulis kisah Apa yang penting??? ConfidenceMy Profile

    1. tehr says:

      sokong tetap sokong
      harap2 kita boleh kekal sebagai kuasa asia tenggara untuk tempoh yang lama

  9. yas says:

    Bukan rezeki untuk harimau malaya kali ini….:(
    yas baru je tulis kisah Aku Kepenatan…My Profile

    1. tehr says:

      memang bukan rezeki
      dah dalam genggaman pun terlepas

  10. nurmisnan says:

    Semalam Msia main cantik juger. Gol Nazmi lagi
    super d strike.. Cantik sangat2… hik3…

    Tapi itulah, Msia terlalu selesa dgn gol 2 – 0 hingga
    Bahrain 3 gol dlm masa yg cemerlang…
    Aku suka tgk cara Bahrain pas bola… smart…

    1. tehr says:

      pemain dia masih cergas
      tu yang buat laju je tu
      kita pula dah dihentam cukup2
      geram juga nengok mereka cederakan pemain kita

  11. akubiomed says:

    Sayang tak kala kita dihadapan tewas mengejut gara-gara hilang pemain tonggak akibat cedera di separuh masa ke 2.
    akubiomed baru je tulis kisah Skodeng kapal selam di Pantai KlebangMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, bro
      kita kena cari beberapa orang lagi pemain kat tengah

  12. tak dapat terima keputusan perlawanan semalam..selepas ni ong kim swee kena train player dia bagi kental skit..bagi keras skit otot-otot tu..susah sikit nak injured..
    blackrosehunter baru je tulis kisah Facebook Menjual Maklumat PenggunanyaMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      mesti juga pandai mengelak kecederaan

  13. padin says:

    dah seronok tengok 2 – 0,
    alih3 aku makan sekejap, dah 3 -2, adehhh
    aku tengok ulang tayang gol tu, gol first tu xde sapa challenge..
    free je dia buat libasan… huu

    1. tehr says:

      pemain kita dah sangat letih
      banyak cedera dan hilang idea
      kita terima saja, bro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun