Kelayakan Olimpik 2012 | Jadual Perlawanan Bola Sepak

kelayakan olimpik 2012Pasukan bolasepak skuad Olimpik Malaysia dah pun terbang ke Jepun semalam untuk memulakan cabaran Kelayakan Olimpik 2012 pada 21.09.2011 di Tosu, Kepulauan Kyushu. Walau pun Samurai Biru memang sebuah pasukan yang kuat, harap-harap kita dapat memberi tentangan kerana Malaysia juga pernah layak ke sukan Olimpik.

“Jemput minum teh dulu. Nanti sambung baca…”

Pengendali skuad Olimpik, Ong Kim Swee pun nampak yakin pemain kita akan dapat memberi tentangan kepada pasukan Samurai Biru pada hari Rabu nanti. Penjaga gawang merangkap ketua pasukan, Khairul Fahmi atau Apek pula berjanji akan memberi persembahan terbaik untuk mengelakkan gawang dibolosi.

Jadual Perlawanan Kumpulan C

21.09.2011 SYRIA – BAHRAIN
21.09.2011 JEPUN – MALAYSIA
22.11.2011 BAHRAIN – JEPUN
23.11.2011 MALAYSIA – SYRIA
27.11.2011 JEPUN – SYRIA
27.11.2011 MALAYSIA – BAHRAIN
05.02.2012 SYRIA – JEPUN
05.02.2012 BAHRAIN – MALAYSIA
22.02.2012 BAHRAIN – SYRIA
22.02.2012 MALAYSIA – JEPUN
14.03.2012 SYRIA – MALAYSIA
14.03.2012 JEPUN – BAHRAIN

Selamat berjuang dan semoga berjaya kepada skuad Olimpik negara memburu kelayakan ke Olimpik secara otomatik sebagai juara kumpulan. Tempat kedua terbaik perlu mengharungi playoff pula nanti.

TehrDemikian kisah 'Kelayakan Olimpik 2012 | Jadual Perlawanan Bola Sepak' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


38 Comments

  1. maza says:

    maza juga dalam debaran..
    moga2 kita berjaya….

    dan diharapkan laluan kali ini dapat ditempuhi ranjaunya.. huhuhu

    psst: jurulatih pun bekas projek olimpik juga tu.. olimpik barcelona 1992

    1. suri says:

      saya suka acara larian tu heee.. rindu pulak nak berolahraga ni heeee
      suri baru je tulis kisah Kerana Cinta Akukah Yang TerlukaMy Profile

      1. tehr says:

        acara olahraga payah sikit bagi kita, suri
        peringkat asia pun kita semput

        1. surihatiku says:

          tu pasal huhu… ke kena minum 100 satu gelen baru kita kuat? hiii
          surihatiku baru je tulis kisah Cây Hướng DươngMy Profile

  2. padin says:

    agak2 cemane lah ye keputusan dengan Jepun nanti?
    kalau menang , positif sikit nak lawan team seterusnya
    padin baru je tulis kisah Memori ItuMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, padin
      kalau kalah game pertama
      semangat boleh merudum tu
      kurang2nya perlu seri

  3. zulkbo says:

    salam..
    jadual yang menarik
    untuk di jadikan panduan
    untuk buat entri sempena
    musim bola kelayakan
    olimpik…

    ermm..harapan pasukan
    kita bersinar kembali ye?
    sedih tak hilang lagi nih
    tersingkir Piala Dunia 2014
    zulkbo baru je tulis kisah Isteri Ku Cukup Tak Suka Lagu IniMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      harap2 la kita tak kecewa berganda tahun ni
      takkan nak bangga dengan piala suzuki je :D

  4. Jai says:

    Mungkin dengan Jepun saingat agak sengit sedikit.. Kalau lepas dengan jepun, yang lain insyaallah xde masalah kot..
    Jai baru je tulis kisah Siaran Langsung Malaysia vs Jepun 21 September 2011 Di TV2My Profile

    1. dnoBiz says:

      Mungkin ada peluang Jai sebab dari segi saiz badan beza tak berapa ketara..
      dnoBiz baru je tulis kisah Rukun Solat – Takbiratul Ihram yang sering diabaikanMy Profile

      1. tehr says:

        hehe
        orang dok cerita
        jepun ni pendek2 je
        sama macam kita :D

  5. puteri says:

    MALAYSIA!!!!!!!!!! VOTE MALAYSIA!!!

    “Malaysiaku gemilang
    merdekanya terbilang
    berdaulat dan makmur
    berjaya kami syukur”

    ops… dah xleh nyanyi meh./.
    negara xpernah dijajah jadi xada istilah merdeka
    puteri baru je tulis kisah Hasan Ali sertai umno?My Profile

    1. tehr says:

      nyanyi pelan2 boleh kot, puteri
      tak siapa dengar :D

  6. titan says:

    kena menang semua game. Baru senang sikit nak masukk. hehe..
    titan baru je tulis kisah Sertai Contest: Review Alexa @ Pacifista.myMy Profile

    1. dnoBiz says:

      heheh betul tu…
      Tapi kalau menang separuh pun ok gak janji boleh masuk.. :D

      1. janji masuk olimpik 2012 london…

        1. tehr says:

          asal boleh pi je :D

  7. akubiomed says:

    Harap ia tidak memberi tekanan kepada skuad Olimpik kerana boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia menaruh harapan untuk kelayakkan ke tamasya dunia sukan Olimpik

    Semua mata tertumpu kepada skuad Olimpik setelah skuad Harimau Malaysia terkulai di tangan Singapura untuk kelayakkan Piala Dunia
    akubiomed baru je tulis kisah Bakar Satay di Hari Raya ke 5My Profile

    1. akubiomed says:

      *Typo skuad Harimau Malaya

    2. tehr says:

      jangan pisang TAK berbuah dua kali :D

  8. suri says:

    ingatkan jadul kerja guru2 tadi heee…

    pasni kita beralih pada sukan2 dunia pula
    suri baru je tulis kisah Cây Hướng DươngMy Profile

    1. tehr says:

      guru2 darjah 6 dan raya, suri
      upsr dah habis
      mereka sedang rangka jadual baru tu

  9. dnoBiz says:

    Harap Pasukan kebangsaan dapat mempersembahkan aksi yang terbaik..
    kalah menag belakang cerita.., tapi kalau menang lagi bagus :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Video Warna Anwar dan Eskay – Kenapa baju hitam jadi Putih ?My Profile

    1. tehr says:

      ada orang kata
      asal menang je, tak kisah la main macam mana pun
      macam2 mereka ni, dno

  10. Semoga berjaya team Malaysia. Talent ada.. kena yakin aje!
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah What You See Is What You GetMy Profile

    1. tehr says:

      rajin dan usaha tangga kejayaan
      yeah! malaysia boleh!!

  11. yas says:

    Doa rakyat Malaysia sentiasa bersamamu semua..berikan yg terbaik…
    Tunjukkan Malaysia kini adalah berbeza dgn yg sebelum nihh…
    yas baru je tulis kisah Safee SaliMy Profile

    1. tehr says:

      semangat2
      kita pun bukan orang baru dalam bola sepak ni, kan?

  12. Cik Siti says:

    semoga berjaya skuad kebangsaan kite…
    Cik Siti baru je tulis kisah Minggu yang BZMy Profile

  13. bEe says:

    Semoga berjaya kpd negara Msia :-)

  14. Mus says:

    harap pasukan kita beroleh kejayaan

  15. Khidhir says:

    waaa.. ari ni malaysia lawan jepun..
    Khidhir baru je tulis kisah Cara Memastikan DNS Yang Anda GunakanMy Profile

  16. salam smua……
    erm mcm na ni…adui…bnyak main bola atas la..mas kena main b0la bwh sma mesti rancak pnya…kalu main laju plak lagi best…harap2 mas dpt main lebih baik lg..laju,antaran kemas,bnyak main bola bwah…player stamina cntik….mas main la cntik2…adui..xyah la dok wt gaya bersahaja…kmi yg tngok pn letih taw…rasa mcm aku nk l0mpat msk lam padang…bgtaw kt hampa,main teqh0k…

  17. salam..main teqhok,friendly kn main smua pemes2.,klab EPL plak…MAS PLIS LA..MAJU KEDEPAN…KALAH KALU MAIN SEMPOI X PA..NI KALAH KA MENANG KA SMA JA MCM TU GAK.. MAIN..ADUI..PENAT..

  18. [...] merupakan wakil tunggal dari Asia Tenggara di pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012 [...]

  19. [...] adalah harga yang perlu dibayar apabila kehilangan pemain. Nampaknya laluan kita makin getir dalam Kelayakan Olimpik 2012 [...]

  20. [...] dendam kekalahan perit 2-3 kepada Bahrain dalam perlawanan keempat Kumpulan C dalam kempen Kelayakan Olimpik London 2012. Kedudukan terkini Malaysia adalah seperti [...]

  21. [...] terus belajar dan menimba pengalaman, masih lagi terhidang untuk kita. Perlawanan kelima bola sepak Kelayakan Olimpik 2012 menentang Jepun perlu digunakan sebaik mungkin oleh Harimau Muda [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun