Kelantan vs Queens Park Rangers

TRW [0] Lawan [5] QPR.

kelantan faKelantan The Red Warriors Juara Liga Super 2012 gagal menyekat QPR untuk mencatat kemenangan kedua di Malaysia. QPR telah pun menewaskan pilihan Sabah 5-0 pada 17 Julai lepas dan Kelantan juga kalah dengan jaringan yang sama. Apa yang aku sempat faham, perlawanan ini memberi banyak kesempatan kepada pemain-pemain Kelantan menimba pengalaman untuk terus memberi cabaran dalam saingan Piala AFC dan Piala Malaysia nanti.

Ramai yang mengutuk Kelantan kerana kalah dalam perlawanan persahabatan dengan QPR ini. Aku agak mesti yang kutuk tu bukan penyokong dan peminat Kelantan. Mungkin masih ‘geram’ kerana Kelantan kekal sebagai Juara Liga Super dan menerima habuan lebih 1 juta ringgit. :D

shahrizan

Peminat dan pemain Kelantan akan lebih bersemangat bila kena kutuk macam ni. Kutukan tak bertempat! Silalah juga kutuk Juara Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM); Juara Piala Presiden, Perak dan Juara Liga FAM, Kuala Lumpur. Pasukan-pasukan ini juga mendapat banyak imbuhan dripada FAM.

Penjaring terbanyak Liga Super musim 2012 ini, Francis Forkey Doe dan Emmanuel Effa Owona juga korang boleh kutuk kalau mahu. Mereka berdua ini ialah pemain yang berjaya menjalankan tugas dan memikul tanggung jawab yang diberikan. Silakan juga mengutuk penyerang pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Khairul Izuan Abdullah. Hehehe…

Selamat berpuasa semua. Berhentilah mengutuk kerja orang lain…

TehrDemikian kisah 'Kelantan vs Queens Park Rangers' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


30 Comments

  1. Kulanzsalleh says:

    Aku baru tahu keputusan Sabah lawan QPR tu sini, hehehe
    sebelum ni aku tak pernah ambil tahu.. :D
    Kulanzsalleh baru je tulis kisah Menyambut Ulang Tahun AnakMy Profile

  2. Hafizul says:

    red warrior menang tak??
    Hafizul baru je tulis kisah Lepas Sahur – Update Blog, Solat, TidurMy Profile

    1. erkk..lom setaraf lagi..hehe
      Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Bot dan Bounce rate : Apa kaitannya ?My Profile

    2. fiezaradzi says:

      kalah.. sedih pulak tgk..
      fiezaradzi baru je tulis kisah Berbuka Dengan Blogger TerkenalMy Profile

  3. Floyd says:

    Hari tu Sabah vs QPR tak sempat tngok, ada hal lain. Tapi difahamkan pemain2 utama Sabah ketika tu bertandang ke Kedah (dan kalah 1-0).
    Rupa2nya Kelantan pun kalah 5-0 juga ya. Takpa lah ambil pengalaman.

    Selamat berpuasa Cikgu Tehr & keluarga.
    Floyd baru je tulis kisah What is your Household Electricity Use?My Profile

    1. fiezaradzi says:

      betul, yg penting, pengalaman tu perlu ada..
      fiezaradzi baru je tulis kisah Berbuka Dengan Blogger TerkenalMy Profile

  4. ProfHariz says:

    Tak sempat tengok. Ingatkan kelantan boleh la seri dengan QPR tapi ternyata permain malaysia masih banyak yang perlu di perbaiki.
    ProfHariz baru je tulis kisah Apa Ada Pada Ramadhan Yang KunantiMy Profile

  5. cikgu naman says:

    TERUK SEk KITO MAIN 2ND HALF

    biasalah, kalau melibatkan kelantan cepat je kena kutuk ;)

    gomo klate gomo
    cikgu naman baru je tulis kisah WW-Belajar SolatMy Profile

  6. eiela says:

    dah lama tak tengok bola, takde mood.
    eiela baru je tulis kisah Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1433HMy Profile

  7. shraqs says:

    Basic la tu mr tehr, perangsi dengki ni sudah nak buang
    shraqs baru je tulis kisah Pantau Kadar Radiasi Smartphone Menggunakan Aplikasi Percuma TawkonMy Profile

  8. akubiomed says:

    Sudah tentu standard permainan QPR dan skuad pasukan Kelantan banyak jurangnya. Ini baru perlawanan persahabat sahaja. Jangan marah-marah sempena bulan Puasa ini. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Giveways ke 2 Cik Tom rugi tak masukMy Profile

  9. ghost writer says:

    minum ais dan hisap shisa
    bila malam asyik batuk-batuk
    kalah menang adat biasa
    normal juga kalau kena kutuk
    ghost writer baru je tulis kisah memo IMy Profile

  10. rahman says:

    kalah tu perkara biasa dalam sukan… :)

  11. sensasi2020 says:

    The Red Warrior rebah tersungkur,
    Jatuh tertiarap mengondol bumi,
    QPR terlalu liat utk menyingkir,
    Mutu permainan kita rendah sukar utk didaki.

    Kalah dgn jaringan besar,
    Satu pengalaman yang amat bernilai,
    Matlamat kita utk bersaing amat sukar,
    Kerap bertukar pemain hingga sukar beraksi.

    Walau apapun tahniah buat Kelantan,
    Dapat beraksi dgn pasukan handalan,
    Pengalaman yg tidak dpt dilupakan,
    Juga memberi satu menjadi pengajaran.
    sensasi2020 baru je tulis kisah Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan BerpuasaMy Profile

  12. ramadan kedua hari ini
    singgah pula sudah tengah hari
    nampak entri pasal bola lagi
    apa boleh buat inilah lelaki
    :)

    salam ramadan tehr
    rainbowcloudy baru je tulis kisah puasa universiti #1 | ketam masak lemakMy Profile

  13. zool says:

    ada juga baca komen2 kutuk kelantan tu..
    pada saya tak perlu nak kutuk2..
    memang team QPR adalah tinggi level dari Kelantan dan kena akui.
    apapun pada 1st half ada kawalan bola yang baik cuma mungkin separuh masa kedua terlalu drastik perubahan..
    kalau dikekalkan dengan dimasukkan pemain secara berperingkat mungkin perlawanan lebih baik..
    zool baru je tulis kisah Melaka Hab Kereta Hibrid Asia, OceniaMy Profile

  14. semoga kritikan ini meningkatkan prestasi kelantan…. :D
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Resepi Kuih Raya Paling Popular Di Rumah SayaMy Profile

  15. Norgadis says:

    huhuhu… jarang tengok bola…
    Norgadis baru je tulis kisah Majlis Khatam Quran Di Masjid Layang-Layangan WP LabuanMy Profile

  16. hatiputera says:

    kalah menang tak penting,,,yang penting semangat melawan dan mencari pengalaman,,
    hatiputera baru je tulis kisah Keyword Bermusim Sepanjang Ramadhan 2012My Profile

  17. maza says:

    ambo gi tarawikh aje malam tu volleh?

    hehehehe

  18. azura says:

    takpe kalah sekali sekala…salam ramadan cikgu
    azura baru je tulis kisah KE NILAI 3My Profile

  19. Bro Zulkbo says:

    salam..
    letih gamaknya??
    ke sebab tiket free
    boleh kalah?
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Berpuasa Perlu Dengan AdabnyaMy Profile

  20. yas says:

    Camne keputusan Kelantan ngan Sabah ni leh sama lak….dedua kena 5 bijik….aku syak mcm dh pakat jerr.r……hehehehe
    yas baru je tulis kisah Template Mesra SEO V2 ThesisForBloggerMy Profile

  21. daddydee says:

    5-0 bukan ertinya penamat segalanya. Juara tidak semestinya selalu menang.

    Cuma kita boleh tengok beza kualiti team EPL dengan MSL…Jauh bezanya…

    Tahniah buat pasukan Kelantan terutama anak Malaysia yang berani memberi tentangan..
    daddydee baru je tulis kisah ASB Loan : Cara SayaMy Profile

  22. chii says:

    heheh..xpe la…skali skala kena la kalah kan..asyik menang je..x best la kan..hik hik hik
    chii baru je tulis kisah Internet tanpa sempadan – UnifiMy Profile

  23. irsah says:

    alaaa.. kutukan biasa ler.. kita manusia pown susah nak berpuas hati.

    Diberi peha hendaknya betis,
    Dibei siku hendaknya lengan…ermmm
    irsah baru je tulis kisah Eyriqazz vs Denaihati : Tercabar Diluar NegeriMy Profile

  24. fiezaradzi says:

    rasanya sebab ramai jugak tak turun.. knape KF tak main ek? igt dia ada, nak juga tgk dia main dgn qpr.. tak pelah, tunggu lawan rsenal nanti lah..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Berbuka Dengan Blogger TerkenalMy Profile

  25. amirulfaiz says:

    Err, maaf bertanya, saya tak kenal siapa yang dalam gambar tu ya?
    amirulfaiz baru je tulis kisah Kedai makan Restoran YusMy Profile

  26. Nampak nya msh jauh lagi mutu bolasepak kita dengan Liga Inggeris. Kena kerja keras utk improve lagi ehhh…
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Have You Heard Eyriqazz vs Denaihati SEO Challenge?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun