Kelantan vs Navibank Saigon

Malam ini Kelantan akan memulakan perlawanan pertama saingan Piala AFC 2012 Kumpulan H untuk kelab-kelab Asia menentang Navibank Saigon. Agak-agak keputusan Kelantan vs Navibank Saigon di Stadium Nasional Bukit Jalil, 8.45 malam nanti boleh menggembirakan kita semua?

Aku memang berharap sangat The Red Warriors boleh menang dengan bergaya. Tak seronok la kan kalau Kelantan kalah perlawanan pertama. :D

Apalah agaknya akan terjadi
The Red Warriors malam nanti
Jumpa Navibank Saigon Piala AFC
Langkah kanankah langkah kiri?

Cuba nasib di gelanggang Asia
Untuk penyokong peminat setia
Mengejar juara mencipta nama
Harapan dihormati oleh semua

Satu lagi wakil Malaysia, Trengganu yang diletakkan dalam Kumpulan F bermula dengan langkah kanan setelah berjaya menumbangkan pasukan kelab Song Lam Nghe An dari Vietnam dengan jaringan 1-0 hasil jaringan pemain kebangsaan, Abd Manaf Mamat.

TehrDemikian kisah 'Kelantan vs Navibank Saigon' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


17 Comments

  1. azura says:

    insyaallah menang tu cikgu…nama kelab yang red warrior lawan tu macam pelik
    azura baru je tulis kisah Wanita hiasan dunia seindah hiasan adalah wanita solehahMy Profile

    1. tehr says:

      harap2nya macam tu la
      Menang

  2. rahman says:

    kelate boleh sokmo :)
    rahman baru je tulis kisah gambar Mia Sara Nasuha di sekolahMy Profile

    1. tehr says:

      gmo klate gomo :-)

  3. zulkbo says:

    salam..
    seri 0-0 nampaknya
    Kelantan kita dengan kelab Saigon tu..
    alhamdulillah berjaya di kekang..harapan
    lain kali dapat sumbat gol ke gol lawan
    zulkbo baru je tulis kisah LIVE Barcelona Vs Bayer Leverkusen UEFA Champions League | Round 16 2nd LegMy Profile

    1. tehr says:

      Dapat satu mata dah kira ok juga sebagai bekal
      Tapi nampak maca penonton tak berapa ramai je

  4. ghost writer says:

    jauhi pacat dengan bygon
    tak mampus mesti jalan berlenggok
    kelantan versus navibank saigon
    tak sempat pulak aku tengok

    1. tehr says:

      Aku sempat tengok juga
      Walau hanya siaran tertunda
      Bila habis separuh masa
      Ada pula siaran berita

      Huhu

  5. yas says:

    Aku tak sempat tengok bro…badan penat, terus tido awai malam tadi…errr seri ekk? kira ok gak la tuu
    yas baru je tulis kisah 7 Perkara Yang Saya Akan Buat Sebelum MatiMy Profile

    1. tehr says:

      dapat satu mata je, yas

  6. floyd says:

    All the best to Kelantan. Harap2 dorang menyengat di peringkat lebih tinggi
    floyd baru je tulis kisah Of Rare Earth and Lynas – Part IIMy Profile

    1. tehr says:

      Belum dapat cari rentak kemenangan nampaknya
      Tapi kelantan masih punya peluang lagi

  7. akubiomed says:

    Perlawanan berakhir dengan siri. Harap Kelantan akan menang pada perlawanan akan datang.
    akubiomed baru je tulis kisah Dedikasi Hari Wanita Sedunia 2012My Profile

    1. tehr says:

      Padang memang basah kuyup malam tadi
      Memang tak sesuai
      Harap perlawanan akan datang boleh menang

  8. kimmie says:

    keputusan perlawanan seri nampaknya. Takpe cuba lagi
    kimmie baru je tulis kisah Santai: Pantun Orang KayaMy Profile

  9. Ad-Dien says:

    menang ke kalah ??tak tahu perkembangannya. :D

  10. chii says:

    masih mencuba untuk meminati sukan bola..eheheh :p

    tp apa pun..chii harapkan yng terbaik..semoga pasukan pilihan cikgu berjya :D
    chii baru je tulis kisah Selamat Pengantin Baru Iqwan & SyazzanaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun