Kelantan Perlu Menang Liga Super 2011

kelantan perlu menang piala liga super 2011Amat tak kisah apa nak jadi pun, jadilah. Yang Amat tahu The Red Warriors mesti jadi juara Liga Super tahun 2011 ini. Kalau gagal, ada perkara buruk yang akan berlaku nanti. Amat nak sangat piala ni buat mengubat duka lara hatinya setelah kempunan bergambar dengan Piala FA.  Hari tu, seminggu Amat bermasam muka dengan tunangannya kerana Kelantan kalah [tunang Amat berasal dari Besut, Terengganu].

Sekali ini Amat tak kira. Biar pun tak dapat ke Sabah, Amat nak juga The Red Warriors bawa pulang piala. Kalaulah ada perkhidmatan keretapi ke Sabah, sudah tentu Amat akan ke sana memberi sokongan. Amat sedar dia mabuk kalau naik bas, apalagi kapal terbang atau kapal laut. Tak sabar pula Amat tunggu jam 8.45 malam 6.7.11 besok. Mesti ada siaran tv, pujuk hatinya. Mesti.

Amat juga dah berkira-kira, kalah sekali ini, Amat tak mahu pergi stadium lagi sampai bila-bila. Kalau pun nanti The Red Warriors bermain di stadium baru Kelantan yang akan dibina, juga Amat tak akan pergi. Biar berpatah arang berkerat rotan. Amat dah nekad. Senyum Amat mengenangkan tahun lepas juga dia bertekad tak mahu ke stadium lagi tetapi tahun ini masih juga menjelajah seluruh stadium di Semenanjung, ikut The Red Warriors lawan bola. :D

Amat tahu The Red Warriors hanya perlu seri. Perlu satu mata saja lagi. Selangor dan Terengganu pula perlu menang. Payah sangatkah nak dapatkan satu mata? Sudah beribu kali soalan ini berputar dalam kepala Amat yang sudah hampir botak itu. Payah sangatkah nak cari satu mata? Lagi pun The Red Warriors pujaannya, Selagor dan Terengganu semuanya bermain di tempat lawan. Semua sama adil.

Tunang Amat pun dah tolong karangkan serangkap pantun untuk Amat berdendang dekat kedai kopi kalau The Red Warriors menang Piala Liga Super. Amat juga dah hafal betul-betul pantun kemenangan tu. Dengan gaya seorang jaguh, Amat mengulang lagi hafalannya. Mana tahu kalau-kalau terlupa nanti, malu.

negeri selangor jauh ke selatan
negeri sabah jauh ke timur
liga super dah milik kelantan
ayuh semua kita berhibur

Amat senyum penuh bangga membayangkan Kelantan muncul juara Liga Super 2011 sambil terjun melayang ke sungai meniru gaya hero pujaannya Khairul Fahmi Che Mat.

TehrDemikian kisah 'Kelantan Perlu Menang Liga Super 2011' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


33 Comments

  1. Siapa pulak amat ni Tehr?
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Google Ban co.ccMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      tiada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup, telah meninggal atau belum lahir :D

      1. Mus says:

        uh.. sampai begitu sekali..
        Mus baru je tulis kisah Review: Cara Mudah Menang Top-Up RM30.00My Profile

        1. Kalau ada kena mengena dgn yg masih hidup, kawe jemput ke KK tgk bola sambil makan seafood he he… :D
          Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Wordless Wednesday #3 – Late Edition!My Profile

  2. titan says:

    yehh..harap selangor menang. hehe..
    titan baru je tulis kisah Buffered Earning ke 19 dari NuffnangMy Profile

    1. padin says:

      harap2 gitu lah,
      kalau Kelantan tak menang, dah kira bonus
      untuk Selangor juara hee

      1. tehr says:

        amat tak kira
        amat nak juga kelantan menang :D

        1. titan says:

          tak leh. selangor la menang. haha..

          1. tak masuk campur…
            kawe tunggu EPL jer.. negeri kelahiran (johor) tak de chance menang… negeri angkat (sabah) pun tak de chance… errkkkk…
            Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Wordless Wednesday #3 – Late Edition!My Profile

      2. akubiomed says:

        Si mulut becok Mak Kiah
        Ke rumah Mak Minah jalan berlenggang
        Pantang Selangor menyerah kalah
        Sebelum melangkah ke dalam gelangang

    2. tehr says:

      ya!
      sokong2
      yahuuuuuuuu kelantan juara! :D

  3. Jai says:

    Slalu dengar aiman tak kisah, ni amat tak kisah, sape ek..he3

    1. tehr says:

      amat tak kisah :D

  4. padin says:

    hehe, karektor baru plak nih,
    hee tak boleh nak mengahrap apa2
    selain Selangor menang je last game..

    1. tehr says:

      ya la, bro
      kita hanya mengharap
      mereka yang bertarung
      tuhan yang tentukan

  5. zik says:

    sokong kelantan!!! gomo kelate!! hehe
    zik baru je tulis kisah Orang biru, pemuzik yang kreatifMy Profile

    1. tehr says:

      best2
      penyokong dak makin ramai ni :D

      1. Mus says:

        join da club jugak ni
        Mus baru je tulis kisah Kadang-Kadang Perlu Gatal Tangan!My Profile

  6. Seri Bahasa says:

    bola bulat he..he…dalam pertandingan mesti ada kalah menang…tengoklah rezeki siapa…jangan pulak si amat melopong nanti…
    Seri Bahasa baru je tulis kisah Larian 1Murid 1Sukan SMK ParisMy Profile

    1. tehr says:

      hahaha
      amat tak kira
      nak juga menang
      hahaha

      1. Mus says:

        semangat kena kental
        Mus baru je tulis kisah Kadang-Kadang Perlu Gatal Tangan!My Profile

  7. maza says:

    Uhuk.. sejak paskuan N.9 dijamah kes rasuah, menyebbkan hati maza sudah tawar sedikit… apatah lagi pasukan Johor asyik ke bawah jerk. uhuk.

    kali ini nak sokong kelantan pulak, sbb ada fahmi… ihik.. tergedik lah fulaks… hahahaha
    maza baru je tulis kisah Cinta Kulapuk dan sahabat handainya…My Profile

    1. tehr says:

      tambah lagi sorang
      best2 :D

  8. ghost writer says:

    tapi aku harap sabah dapat memperbaiki rangkingnya dalam liga super dengan memenangi perlawanan akhir musim nih..kedudukan terbaik untuk sabah sangat ditagih sebagai pembakar semangat bersaing pada musim hadapan.sabah harus kembali gagah seperti nama julukannya sang badak…wohaa!!!
    ghost writer baru je tulis kisah nósMy Profile

    1. tehr says:

      ala, ghost
      bagi je peluang kelantan menang :D

      dah lama tak dengar khabar matlan marjan

  9. ghost writer says:

    matlan marjan dah lepas dari hukuman buang daerah,tapi dia tetap nak pilih tempat dia dibuang..rasanya begitu cerita yg aku dengar dari seorang kawan.

    kalau nak tengok atas kertas,memang kelantan menang..tapi bagi peminat bola sejati,tidak ada yang mustahil dalam permainan 90 minit.tengok saja arsenal dgn birmingham pada final carling cup..hihi
    ghost writer baru je tulis kisah nósMy Profile

    1. tehr says:

      tahniah2
      kami dah menang :D

  10. Mus says:

    memang setiap tahun support kelantan
    Mus baru je tulis kisah Review: Cara Mudah Menang Top-Up RM30.00My Profile

  11. Man Utd Man Utd Man Utd.. he he.. off topic :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Wordless Wednesday #3 – Late Edition!My Profile

    1. glory glory man united :D

  12. zik says:

    tahniah kelantan juara liga super 2011!!!! abdul hadi dapat kasut emas, 20 gol semuanya…
    zik baru je tulis kisah Kelantan juara piala liga super FA 2011, tahniah!!My Profile

  13. tahniah buat Kelantan, nampaknya musim ni milik Red Warrior (dan Red Devils) cuma Red Giants terlepas, sekarang nasib K Devan biar FAS tentukan

  14. Pandai bro reka jalan ceritanya ye,hehehe.
    InfoBuahPinggang baru je tulis kisah Kegagalan Buah Pinggang Bagi Kanak-KanakMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun