Sepanjang pagi menyidai kain,
Sarung pelikat dari Indonesia;
Kelantan negeri paling miskin,
Seluruh rakyat hidup bahagia.
Sarung pelikat dari Indonesia,
Samarinda itu sarung pilihan;
Seluruh rakyat hidup bahagia,
Bersatu padu di dalam aman.
Samarinda itu sarung pilihan,
Dipakai orang sambil berehat;
Bersatu padu di dalam aman,
Para pendatang sama sepakat.
Dipakai orang sambil berehat,
Duduk di anjung minum kopi;
Para pendatang sama sepakat,
Islam dijunjung sepenuh hati.
Duduk di anjung minum kopi,
Lagu senandung anak remaja;
Islam dijunjung sepenuh hati,
Raja disanjung taat dan setia.
Lagu senandung anak remaja,
Bawa ke tanjung irama merdu;
Raja disanjung taat dan setia,
Rakyat dipayung duli tuanku.
Demikian kisah 'Kelantan Negeri Paling Miskin' yang sempat Mr TehR tulis untuk kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan untuk Mr TehR boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.
Tweet


biarlah miskin di mata asalkan hidup bahagia dan gembira.
tp confirm ke kelantan paling miskin..ke ianya cuma agenda politik sesetgh parti
Ladfe Amir recently posted..Istinsyaq Petua Untuk Penyakit Resdung
Betul tu, harap2 bkn agenda politik…
Miskin di luar tidak bererti miskin jua di dlm…
Melatiqistyna recently posted..MBPJ Perintis Bandar WIFI
Moga tetap kaya dengan ilmu dan budi bahasa
Benjy suka makanan kelantan … budu sedap oooo

b3njy recently posted..TERIMA KASIH BUSUK [DOT] ORG – ARTIKEL PILIHAN BUSUK
negeri serambi mekah.. negeri yg d katakn miskin tp kaya dgn lain2 hasil bumi . emas kelantan

chii recently posted..Wang Tunai RM5000 untuk Blogger
Yups, harapnya segera digali untuk faedah semua
bersyukur mempunyai kaya hasil semulajadi di muka bumi ini…biar miskin…biar kaya ilmu, berjaya di dunia, bahagia di akhirat…
Norizwan recently posted..Lionel Messi pemain bola sepak termahal di dunia
Kaya juga sukar ditafsir mengikut pandangan masing2
Orang kaya selalunya tidak memerlukan apa2 lagi untuk terus dicari
makan budu di negeri kelantan
sedapnya cencalok di negeri melaka
hormat menghormati jadi ikutan
miskin dan kaya sama sahaja
rahman recently posted..Mengapa RASULULLAH SAW tidak pernah sakit
Miskin kaya pandangan mata
Hendaknya pandai membawa diri
Banyak bertimbun harta dunia
Bukannya boleh dibawa mati
Rajin2 la bersedekah…
Salam..

ada kesalahan tafsiran makna miskin
di Kelantan tu..realiti orang Kelantan
pandai meniaga dan kaya2 belaka..
mungkin cara kehidupan di Kelantan
simple tidak terlalu mengejar dunia
macam di bandar maka di lihat miskin..
khabarnya ramai orang suka cara hidup
di Kelantan termasuk bangsa asing..
mereka tak pernah mengeluh
zulkbo recently posted..Sampul Berisi Dari Exabytes Network
Salam kembali
Ada juga kebenarannya tu
Harap mereka sentiasa suka di sini
Assalam..
Kelantan dikatakan miskin tapi hakikatnya bukan begitu…
Tok mertua saya orang Kelantan, rumahnya biasa2 saja tapi ada tanah banyak kat Pahang. Jangan hanya nampak luaran sahaja…diam2 ubi rupanya berisi…
iza recently posted..Lelaki Kacak
Ada orang kaya nampak miskin
Ada orang miskin ‘nampak’ kaya
Hehe
Dari mana dorang dapat info negara termiskin, terkaya tu?
Kalau banyak bangunan tapi hutang pun banyak, tu kira negeri terkaya gak ke?
lunaticg recently posted..New 50 ringgit this year?
Boleh juga tu dikatakan kaya dengan hutang
Rasanya Kelantan miskin hutang berbanding negeri lain…..
lunaticg recently posted..€10 Tulips Fiver gold proof coin
setuju sangat
orang kaya memang tak banyak hutang
orang berlagak kaya tu yang banyak hutang
istilah baru ‘kaya dengan hutang’ dan ‘miskin dengan hutang’.
b3njy recently posted..TERIMA KASIH BUSUK [DOT] ORG – ARTIKEL PILIHAN BUSUK
tengok yang dibawah yg lagi miskin
nescaya kita kaya raya
kalau bukan kaya harta
biar kita kaya budi bahasa
sud@is recently posted..Tengok Yang Di Bawah
Betul2
Sokong sangat
Kita mesti kaya dengan budi bahasa
Kelantan penduduknya ramai, walaupun rumah biasa cuba masuk dalam, kita pun tak sangka sbnrnya.
eiela recently posted..Mamak Kejam Perkosa Budak OKU
Rumah saya, dalam dan luar sama je
Dua2 masih belum siap
…modal dah habis
Kelantan kaya dengan dengan sumber bumi sebab itu mereka berjuang mendapatkan royalti minyak.
akubiomed recently posted..Wang Tunai RM5000 untuk Blogger
Harap2 akan segera dapat tu
Banyak yg hendak dilakukan di sini
Tak sensitif langsung bila berkata miskin.. sebagai
kerajaan tidak sepatutnya sebut perkataan itu.. kita
semua sama saja…
nurmisnan recently posted..Wordless Wednesday #37
Politik ni masing2 perlu pandai susun kata2
Dah kerjanya macam tu
Hehe
Suka pantun cikgu
Penuh isi tersurat dan tersirat.
Miskin kaya hanyalah topeng dunia.
Biar miskin harta, tapi kaya jiwa.
hafizmd recently posted..LELAKI KACAK Suka Buat Kontest?
Yups, kaya jiwa yang pasti disukai oleh semua makhluk di bumi
mungkin miskin dipandangan mata,
tidak mengapa asal bahagia,
hidup ini hanya sementara,
harta dunia tidak kekal kemana.
kimmie recently posted..Wordless Wednesday 21 – Sama dan serupa tak?
Jelingan manja si mata biru
Pandangan mata selalu tertipu
bagi aku semua negeri juga miskin. ada yang terlihat ada yang disembunyikan.
ghost writer recently posted.."the right of challenge"
Betul tu, ghost
Yang ada disembunyikan
Yang tiada dihebohkan
Memang tak bagus macam ni
kekayaan tak menentukan kite bahagia..
p/s : kelantan negeri paling kaya yang lady kenal..
..
LadyBird recently posted..Perjalanan Hidup
Amin
Moga2 akan menjadi negeri paling makmur juga
Stat yg diguna bila nak PR. Kalu pihak satu lagi yg menang, lain plak stat yang diorang akan guna kot

shraqs recently posted..Trick Dapatkan Extra Space Dari Dropbox
Yups
Aku juga fikir semua ni berkait dengan politik pilihan raya
tanah serendah sekebun bunga
katanya terletak di tanah merah
biar miskin papa kedana
asal hidup penuh bermaruah
azura recently posted..Attention Perhatian
Dari macang ke Tanah Merah
Singgah bermalam di bandar Jeli
Biar hidup penuh bermaruah
Biar mati meninggalkan budi
Dari Jeli ke bandar Ipoh
Tempoh Gerik singgah di Taiping
Bersatu teguh bercerai roboh
Semoga cikgu jadi pemangkin
azura recently posted..Cerita Lucu
Suka puisi ini. Ia sentiasa dilihat miskin menderita dan yang kaya menikmati. Tetapi pengetahuan yang kita ada perlu digunakan yang pasti membuat kita kaya.
Victoria Battle recently posted..Conflit parents-enfants, demi-frères et demi-soeurs
Yups, ilmu pengetahuan boleh menjadikan kita kaya harta, amal dan budi bahasa
ehh, yeke paling miskin?
titan recently posted..Lelaki kacak berkaca mata
Ntah.
Aku hanya ambil dari berita je
Bagaimana cara mereka ukur pun aku tak tahu
Belum pernah sampai lagi di Kelantan..
Kalau ada kesempatan bolehlah bro tehramuan bawa jalan2 ye
zool recently posted..Keputusan perlawanan AFC Cup 21.03.2012 – Kelantan vs Ayeyawady United
Insya-Allah ada rezeki akan tiba juga tu, bro
aku pernah dengar kenyataan ni keluar dulu..
ni antara kenyataan paling lawak pernah dikeluarkan oleh orang penting.. sempat lagi provoke orang kampung.. hahaha
masa dengar kenyataan tu aku terus cakap dengan isteri aku..
yang miskin bukan kelantan.. yang miskin sebenarnya orang atas pentas yang keluarkan kenyataan dan orang ramai yang menjerit di bawah.. miskin budi pekerti dan miskin ilmu..
kulanz recently posted..Wordless Wednesday: Reflections of a Death March
Aku terlintas untuk menulis entri begini juga sebab dengar berita di tv
Kota Jembal Pulau Melaka
Tempat bertandang Puteri Saadong
Biarlah apa orang nak mengata
Asalkan Islam tetap dijunjung
Amirez recently posted..Tahniah Calon SPM 2011
Pulau Melaka kampung aman
Tempat orang menimba ilmu
Biar dikata berbagai gelaran
Pastinya kita tidak setuju
Hehehe…alasan derang nak ambik balik la kot, tu yg guna Kelantan negeri miskin??
yas recently posted..CUKAI 6% PRABAYAR DITANGGUH
aku juga fikir ini semua hanya gebang politik je
miskin ke kaya tiada bezanya..
yang berbeza kehidupan nya..
bahagia atau tidak..
ehehhehee
mie recently posted..Souvenir Jepun Seperti Yang Dijanjikan
sokong2
bahagia itu matlamat hidup kita
bahagia di dunia dan di akhirt nanti
insya-allah
sebenarnya haji najib tu dah miskin isu jadi dibawa isu yg sama. hahaha.
saya juga ada ulas isu ni kat entry yg lepas.
http://www.bicaradariaku.com/2012/02/kerana-aku-anak-kelantan.html
shameel recently posted..HUKUM BERURUS NIAGA DENGAN YAHUDI
miskin idea dan isu
hehe
memang boleh jadi jugak ni
biarlaa ape orang nak kata, sepanjang aku hidup kat kelantan nie aman jer.. tak penah ader masalah lagi, takdelaa sampai kebuluran.. rezeki tue hak Allah, biar Dia tentukan.. keje kita bersyukur jer..

samanosuke_04 recently posted..SPM, Titik Perubahan Hidup??!
moga2 kelantan akan terus aman, ya bro
nampak cantik berbaju kebaya
berkain batik ramping pinggangnya
kelantan kaya akar budaya
rakyat kaya budi santunnya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami…
diy repair windshield kena batu
biar miskin bukan papa
hati senang tampak ceria
kaya harta bukan apa
kaya iman lebih mulia
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami…
diy repair windshield kena batu
kelantan paling miskin ? … tak percayalah Benjy … hehehe
b3njy recently posted..TERIMA KASIH BUSUK [DOT] ORG – ARTIKEL PILIHAN BUSUK
Perasan tak tong sampah tu kaya dengan sampah

b3njy recently posted..TERIMA KASIH BUSUK [DOT] ORG – ARTIKEL PILIHAN BUSUK
Saya baru je balik dari kelantan cuti sekolah lepas.tujuan utama nak tengok sendiri benarkah bagai dikata.. Meleset sama sekali.
Cikgu Hairul recently posted..Adab Mengambil Keputusan SPM
Tetap suka pergi Kelantan sebab kaya dengan pelbagai tarikan termasuk makanannya.
Nampaknya kerajaan kena lakukan sesuatu untuk memperbaikkan mutu hidup di sana.
Jobless Girl recently posted..Sales