Kelantan Menang Tapi Belum Selamat

Tahniah. Kelantan berjaya mengalahkan Felda United 2 – 1 di Stadium Hang Jebat, Melaka dalam saingan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2012. Perlawanan agak seimbang apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk mendapatkan jaringan. Gol Kelantan melalui jaringan Nurul Azwan Roya dan Indra Putra Mahyuddin. Gol Felda United pula dijaringkan oleh Khairan Ezuan.

felda kalah kepada kelantan
dua jaringan berbalas satu
bertamu lagi dua ogos depan
siapa menang belumlah tahu

Nampaknya Kelantan belum lagi selamat untuk ke Perlawanan Separuh Akhir Piala Malaysia 2012. Berdasarkan kepada pertemuan pertama, Felda United berjaya mencemaskan benteng Kelantan banyak kali. Walau pun pertahanan Kelantan berbermain dengan baik, barisan serangan Felda masih berjaya memaksa Apek bekerja keras.

asalnya kapas menjadi benang
songket sepasang baju melayu
rekod lepas seronok dikenang
rekod mendatang belum tentu

Kelantan tidak pernah tewas di gelanggang sendiri musim ini, tetapi rekod lepas bukan pun memberi kesan kepada perlawanan akan datang. Sebenarnya aku tak mahu lihat Kelantan tewas di gelanggang sendiri untuk kali pertama, langsung terkeluar dari saingan Piala Malaysia 2012 ini. Mesti seronok kiranya Kelantan dapat mengumpul 3 piala bola sepak dalam satu musim, kan? Seperti apa yang pernah dibuat oleh Manchester United. :D

TehrDemikian kisah 'Kelantan Menang Tapi Belum Selamat' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


11 Comments

  1. beckhr00y says:

    tahniah Kelantan sbb menang
    beckhr00y baru je tulis kisah Rebate RM200 Bagi Pembelian 3G Smartphone Bajet 2013My Profile

  2. Naziman says:

    Macam mana la tu ya kalau tiba-tiba kelantan kalah di gelanggang sendiri.
    Naziman baru je tulis kisah SEO blog? Blogger tolong jangan belajar SEOMy Profile

  3. donnyien says:

    tahniah kelantan… tengok EPL tadi.. hehe
    donnyien baru je tulis kisah Manchester United vs Tottenham EPL 2012/13 Week#6My Profile

  4. Bro Zulkbo says:

    salam..
    steady Kelantan..
    tapi pertemuan kedua nanti
    nampaknya kena usaha
    lebih lagi :)
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Bila Gula Naik Harga Rakyat Perlu Tahu?My Profile

  5. tp tgk game tu balik..felda pon leh tahan gak hebatnya.. :)
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Tips Perniagaan Online : Jerung Lawan Ikan BilisMy Profile

  6. cikgu naman says:

    go more lagi…

    Man U kalah la pulok mlm tadi..
    cikgu naman baru je tulis kisah Download Soalan Percubaan SPM 2012 SelangorMy Profile

  7. Hafizul says:

    diharap kelantan berjaya pada perlawanan seterusnya..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Review Buku ‘ Blog + Google Adsense = Duit ‘My Profile

  8. zik says:

    tengok sikit games malam semalam… felda pun boleh tahan… tapi kelate kutip tiga mata…. huhu
    zik baru je tulis kisah Muat turun belanjawan 2013, YAB DATO SERI NAJIB TUN RAZAKMy Profile

  9. yas says:

    Tahniah buat pasukan Kelantan yg berjaya tewaskn Felda…huhuhuhu
    yas baru je tulis kisah Hafizh Syahrin Abdullah Isi Slot Moto 2 Malaysian GPMy Profile

  10. titan says:

    selangor pun menang maa. haha.
    titan baru je tulis kisah Dah balik dahhh..My Profile

  11. Ok lah msh menang tapi MU kalah buat kawe dukacita giler! Mahu blogging pon payah…
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah I Bet My Son Will Be A Devil SomedayMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun