Kelantan Juara Liga Super 2012

Tahniah kepada Kelantan yang muncul Juara Liga Super 2012 setelah berjaya menewaskan Perak 6-0 malam tadi. Dengan berbaki 2 perlawanan, Kelantan berjaya mengumpul 57 mata dan tidak akan dapat dipintas lagi oleh Singapore Lions XII yang berada di tempat kedua.

PASUKAN P M S K J B +- M
Kelantan 24 17 6 1 50 16 34 57
Singapore Lions XII 24 15 5 4 47 20 27 50
Selangor 24 11 7 6 37 21 16 40
Perak 24 12 3 9 34 39 -5 39
Terengganu 24 10 8 6 38 31 7 38

Pakai baju merah menyala,
Sakit kaki pergi mengurut;
Liga Super Kelantan juara,
Kedua kali berturut-turut.

Serangkap pantun Juara Liga Super. :D Selepas Kedah muncul juara dua kali berturut-turut [2007 & 2008], Selangor juga berjaya berbuat demikian [2009 & 2010]. Kini tiba giliran Kelantan mencatat nama sebagai Juara Liga Super dua kali berturut-turut [2011 & 2012]. Tahniah.

bojan hodak

Nampaknya Bojan Hodak begitu serasi dengan pasukan Kelantan The Red Warriors. Cemerlang sebagai Juara Liga Super 2012, Juara Piala FA 2012 serta masih berjaya mengekalkan saingan dalam Piala AFC 2012. Kelantan akan bertemu Arbil SC dari Iraq di peringkat suku akhir pada 18 dan 25 September nanti. [lepas ni boleh minta naik gaji ni] :D

TehrDemikian kisah 'Kelantan Juara Liga Super 2012' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


15 Comments

  1. Ladfe Amir says:

    masih ingat entri yg saya tulis pasal juara liga berturut-turut. dua tahun berturut2 satu pencapaian yg bagus tetapi masih lagi biasa.

    kita harap kelantan akan ada persembahan yg cemerlang masa Piala AFC nanti. apa2 pun tahniah kepada pasukan kelantan.

  2. Shehrazi says:

    Tahniah kepada pasukan itu. :-)
    Shehrazi baru je tulis kisah kimkardashiantaped.comMy Profile

  3. cikgu naman says:

    banggo lah kito..hok hebak kito..hok gdebe dok tentu pasal pon kito ;)

    gomo klate gomo ;)
    cikgu naman baru je tulis kisah Hari ni dah genap 28 tahunMy Profile

  4. Razlan says:

    Tahniah kelantan..
    Razlan baru je tulis kisah Tips Temuduga – Kerajaan NegeriMy Profile

  5. zool says:

    tahniahlah.. memang sukalah rakyat kelantan kan?
    zool baru je tulis kisah Rozaimi Abdul Rahman, budak kampung yang semakin meningkat naikMy Profile

    1. xkanlah x suka..hehe
      Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Hosting Baru JebengOtai.comMy Profile

  6. padin says:

    Tahniah kepada pasukan Kelantan dan penyokong juga, :D
    padin baru je tulis kisah Sempitnya KamuMy Profile

  7. ProfHariz says:

    Kelantan memang power sekarang ni ! Tahniah, harap dapat maintain macam ni dan lahirkan lebih banyak permain negara
    ProfHariz baru je tulis kisah Gambar Pernikahan Ella dengan Azhar GhazaliMy Profile

  8. Nazri says:

    tahniah buat geng red worriors.. sebagai rakyat yang optimis, aku yakin kedah akan meligan kelantan suatu masa yang terdekat walaupun italiku dah tewas
    Nazri baru je tulis kisah HepatitisMy Profile

  9. Bro Zulkbo says:

    salam..
    TAHNIAH!!!
    Kelantan Terbaik!!
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Resepi Dan Cara Buat Karipap Inti SardinMy Profile

  10. titan says:

    hem..tahniah kelantan. harap selangor dapat stay kat tempat ke 3. tu pun dah cukup kacak apa..
    titan baru je tulis kisah Aku dan Cello aku..My Profile

  11. Faizul says:

    Saya sangat pesimis berkaitan pasukan ini. Jangan ambil hati, memang dah lumrah saya begitu. Walau apa pun, tahiah juga saya ucapkan buat penyokong2 TRW ni.

    Pasukan mereka memang layak memang liga tahun ini.
    Faizul baru je tulis kisah Jersi Arsenal, Chelsea, Manchester United dan Liverpool musim 2012/13My Profile

  12. irsah says:

    Tahniah Red Warriors melangkah kehadapan penuh ranjau berduri.
    irsah baru je tulis kisah Panduan Lengkap Isi Sebutharga EPerolehan OnlineMy Profile

  13. hafizmd says:

    Hebak2! Mmg hebat masa last game. Perakpun kena ratah….dasat!

    Apapun, tahniah Kelantan dan Kelantan mmg paling layak utk jadi juara tahun ni.

    Harap Terengganu dapat menang 2 perlwanan akhir utk pintas selangor dan perak…ghehehe
    hafizmd baru je tulis kisah Oh! Ayam Panggang…My Profile

  14. hiburan sensasi berita terkini
    Cerita merapu parang sekeper
    Rezeki Kelantan Tahun ini
    muncul Juara Liga Super

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    diy repair bumper kemek kedalam
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Diy Repair Bumper Kemek Ke DalamMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun