Kelantan Juara Kumpulan

Kelantan Juara Kumpulan G Piala AFC 2013. Tahniah Kelantan The Red Warriors yang berjaya mengalahkan Ayeyawady United dengan 3 gol berbalas 1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi. Permainan agak menarik walau pun bukan persembahan terbaik Kelantan.

dimitrios-petratosTiga gol Kelantan yang menarik. Seronok dapat melihat jaringan-jaringan seperti ini. Gol pertama dari tendangan percuma Dimitrios Petratos dengan bantuan kepintaran Obinna Nwaneri bola menerjah gawang Ayeyawady di separuh masa pertama.

Gol kedua hadir di separuh masa kedua hasil percubaan menarik Nik Shahrul Azim. Aku sendiri tak menyangka beliau mahu menendang ke arah gawang. Bola yang menuju ke penjuru gawang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Ayeyawady.

badhri radziGol ketiga lagi menarik. Tendangan sudut yang dibuat oleh Badhri Radzi atau Piya terus masuk gol. Jarang-jarang sekali kita dapat melihat jaringan terus dari tendangan sudut seperti ini. Piya memang terbaik.

Kelantan yang layak ke pusingan kedua akan menentang Kitchee SC dari Hong Kong yang menduduki tempat kedua Kumpulan E di Kota Bharu pada 14.05.2013 nanti di Kota Bharu.

TehrDemikian kisah 'Kelantan Juara Kumpulan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


18 Comments

  1. Padin says:

    hehee lepas ni Selangor Kelantan nak lepas misi suku akhir…. harap ada pasukan yang berjaya :D

    1. TehR says:

      harap2 kelantan dan selangor dapat lepas
      untuk membawa nama malaysia

      1. hafizmd says:

        tahniah kelantan dan selangor…mmg terbaik!

        gol2 mmg cantik, nak2 gol piya, mmg dia antara pakar sepakan sudut..

        gol amri pun amat menarik…

        rasanya dua pasukan ni boleh smpai semi final..inshaAllah
        hafizmd baru je tulis kisah 10 Blog Melayu Terbaik Edisi ‘Tepung Kena Ragi’My Profile

  2. de engineur says:

    Tahniah The Red Warriors. Teruskan perjuangan!
    de engineur baru je tulis kisah Global Photovoltaic Inverter landscape 2013My Profile

  3. cikgu naman says:

    Ruginya tak dapt tengok sebab mengajar malam tadi

    gkg
    cikgu naman baru je tulis kisah Wondershare Panorama Untuk AndroidMy Profile

  4. Nasib selangor dapat jugak melangkah ke pusingan ke dua. Tak sangka betul. Akhirnya kedua-dua wakil malaysia layak ke pusingan ke dua.
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Selamat Hari Pekerja 2013My Profile

    1. suri says:

      juara antara juara mmg bagus satu mercu tangga kejayaan ni..

      admin siht ker?

    2. hafizmd says:

      Mmg berhabisan selangor main malam tadi..best!
      hafizmd baru je tulis kisah 10 Blog Melayu Terbaik Edisi ‘Tepung Kena Ragi’My Profile

  5. suri says:

    dah juara mesti suka..suka lagi sb hari ini hri bercuti
    suri baru je tulis kisah Cinta, Cinta, Cinta Jangan Pergi!My Profile

  6. amirulfaiz says:

    Saya memang terpegun tengok gol sepakan sudut Piya, pergh, memang terbaik lah. :D
    amirulfaiz baru je tulis kisah Obses terhadap stering.My Profile

  7. titan says:

    aku tengok masa gol pertama..lepas tu..aku terus gol depan tv..
    titan baru je tulis kisah Jangan komen.My Profile

  8. tahniah buat kelantan…. rugi tak tengok…
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Nasihat Menjelang PRU13 & Berita Pakej Putu & Pakej KekMy Profile

  9. tengok bola dapat melegakan kepanasan PRU13..
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Wordless Wednesday # : Madu 1MalaysiaMy Profile

  10. hafiz says:

    tahniah kelantan, ada juga wakil malaysia dalam afc nanti
    hafiz baru je tulis kisah Menjahit Baju Melayu JohorMy Profile

  11. Joe says:

    Aku pun tak paham kenape rajagopal tue tak pernah pakai khidmat Piya dari dulu. Syafiq mane boleh dictate tempo macam piya…
    Joe baru je tulis kisah Cepumas: Hasil Jual Domain Bulan IniMy Profile

  12. tahniah
    the malay male baru je tulis kisah homedec 2013My Profile

  13. BeritaKaki says:

    gol piya tu sgt world class..hehe.. sy ingat lagi ..org yg pernah buat macam tu, Beckham dengan Zidane je..hehe..skrg Piya pula
    BeritaKaki baru je tulis kisah Jersi Baru Liverpool Musim 2013/2014My Profile

  14. Hafizul says:

    Tahniah pada pasukan yang menang..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah YeYe Esok MengundiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun