Kelantan Juara Baru Piala Malaysia 2010

Setinggi-tinggi tahniah kepada Kelantan yang berjaya menjuarai Piala Malaysia tahun 2010 ini. Kejayaan menundukkan Negeri Sembilan 2 – 1 sebentar tadi merupakan satu kejayaan yang amat dinantikan oleh peminat dan penyokong Kelantan setelah menunggu selama 55 tahun untuk mendakap piala kemegahan bola sepak negara. Gol-gol Kelantan dijaringkan pada separuh masa kedua oleh Hairuddin Omar dan Mohd Badri Mohd Radzi. Negeri Sembilan mendahului untuk separuh masa pertama melalui tendangan penalti yang diambil oleh Shahurain Abu Samah.

kelantan juara piala malaysia 2010
buah biadara si buah peria
sayang petola dimasak kari
Kelantan juara Piala Malaysia
sekalung bunga tahniah diberi

mudik ke hulu membeli kelapa
ke hilir pula membawa santan
setelah menunggu begitu lama
akhirnya piala dapat digenggam

durian berduri enak dimakan
berbuah mangga di tepi perigi
bertarung lagi tahun hadapan
kekalkan piala di dalam negeri

Tahniah juga kepada para penyokong Red Budu Warrior’s yang begitu setia memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan Kelantan. Tak lupa juga terima kasih kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Dato Tuan Guru yang menghadiahkan cuti pada hari Ahad 31.10.2010 kepada warga Kelantan. Moga-moga mereka yang memandu pulang nanti dapat memandu dalam keadaan selesa dan mengelakkan kemalangan di jalan raya. Iringilah kejayaan kita dengan rasa bersyukur.

TehrDemikian kisah 'Kelantan Juara Baru Piala Malaysia 2010' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


48 Comments

  1. zulkbo says:

    Salam..
    tahniah buat pasukan
    dan warga Kelantan atas
    kejayaan gemilang ini..
    mesti di rayakan…
    zulkbo baru je tulis kisah Telur Dadar Paling Besar Di Dunia World Egg DayMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      terima kasih, zul
      dapat cuti pulak hari ni :)

  2. Amir Izzat says:

    Hari-hari berute(berhutang),
    Sebak tak dok duit nok bayar tol,
    Kerana menangnya Kelate,
    Kawe sanggup tele budu sebotol.

    Haha..

    Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih!

    Tahniah Kelantan..tahniah..nasib baik mak amir lahirkan amir di kelate..kalau tidak,di pahanglah jwpnya.. Haha… :)
    Amir Izzat baru je tulis kisah Keputusan Piala Malaysia 2010 Kelantan Juara Piala Malaysia 2010!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!My Profile

    1. tehr says:

      jangan telan sekali gus, amir
      pening nanti
      telan sikit2, 2… 3… bulan, habis le sebotol budu tu :)

  3. ann says:

    Penantian lama akhirnyaaa kini pasti. Haha. Tahniah!

    1. tehr says:

      hari ni cuti
      yahoooooooo

  4. Syafrizal says:

    Tahniah pada pasukan dan penyokong….
    Syafrizal baru je tulis kisah Pelancaran Majalah Edisi Khas HPA – IKONMy Profile

    1. tehr says:

      dapat piala dan dapat cuti
      terima kasih untuk semua

  5. padin says:

    Tahniah kepada pasukan Kelantan
    padin baru je tulis kisah Blog Peribadi Lebih BaikMy Profile

    1. tehr says:

      dah lama sangat dok ngidam
      selangor dah banyak kali menang, bro

      1. padin says:

        haha yelah tu…
        padin baru je tulis kisah Blog Peribadi Lebih BaikMy Profile

  6. kulanz says:

    Tahniah pasukan dan penyokong bola sepak Kelantan..
    Hari ni cuti umum.. best juga tu..
    kulanz baru je tulis kisah Google Doodle- Happy Halloween feat Scooby DooMy Profile

    1. tehr says:

      anak gadis saya bukan seronok kelantan menang tapi seronok bila sekolah cuti :)
      macam2 hal ada

  7. etomyam says:

    boleh catat dalam sejarah bolasepak kelantan ni hehe
    dan lagi seronok seluruh rakyat pun merasa dapat cuti umum…nanti 4HB dapat cuti lagi hehehe :D
    etomyam baru je tulis kisah Sejarah Baru Bolasepak KelantanMy Profile

    1. tehr says:

      gomo klate gomo
      bulih cuti sokmo

  8. zik says:

    tahniah kepada kelantan… :-) gomo kelate gomo!!
    zik baru je tulis kisah Zik the magician code- tembus ceper dalam botol sekelip mata!My Profile

    1. tehr says:

      seronok hari ni cuti
      ngadap internet je ni :)

  9. puteri says:

    ye..
    tahniah!
    :P~

    ♥♥♥ Entry Puteri Terkini:
    “Gomo Kelate Gomo!t”

    1. tehr says:

      terima kasih kepada penyokong setia

  10. Alhamdulillah..pengakhiran suatu penantian..tapi utk memenangi itu sedikit senang bila dicompare utk mngekallkan kejuaraan..pape pon..
    tahniah klatew tercinta:D
    alexa yussida baru je tulis kisah tentang sesuatuMy Profile

    1. tehr says:

      tahun depan harap2 pasukan kelantan dapat mengekalkan prestasi

    2. ray ban says:

      penantian satu penyeksaan
      ray ban baru je tulis kisah Standard for sunglassesMy Profile

  11. dnoBiz says:

    kegembiraan yang tak dabat dibayangkan dengan perkataan…
    cuma satu patah je…

    YEhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
    dnoBiz baru je tulis kisah Mat RemPit – Apa kesudahannyaMy Profile

    1. tehr says:

      bersorak ngan anak2 je kat rumah
      yehaaaaaaaaa!

      1. dnoBiz says:

        same la bro,
        tapi dengan anak anak saudara…
        dnoBiz baru je tulis kisah Kemalangan Ngeri – Badan putus 2My Profile

  12. wanLq says:

    Sangat teruja, kali ketiga ke final , finally jadi juara, tahniah Kelantan. Tahun lepas hadir stadium bkt.jalil , pergi pakai baju merah, balik baju hijau. Tahun ni tiket mahal tahun, keleh rumah aje.

    1. tehr says:

      sama gak
      tengok tv kat rumah je
      tahniah untuk semua

  13. kami says:

    memang best tgk klate main, 2nd half baru fight, ni le baru kata main bola..Tahniah..:)

    1. tehr says:

      memang best tengok
      penonton juga wajar mendapat pujian

  14. fendidahada says:

    tahniah kelantan…
    fendidahada baru je tulis kisah Exam FeverMy Profile

    1. tehr says:

      tahniah untuk semua

  15. kubi says:

    gomo kelate gomo!! tahniah!!

    1. tehr says:

      tahniah untuk semua pemain dan penyokong

  16. Cik Siti says:

    tahniah wat pasukan bola sepak kelantan dan juga para penyokong.
    Cik Siti baru je tulis kisah Cik Anita Songeh GiveawayMy Profile

    1. tehr says:

      …dapat pulak cuti :)
      tapi hari ni hujan je di kelantan, dok rumah je la…

    1. tehr says:

      tahniah buat peminat juga

  17. sangilapi says:

    mudik ke hulu membeli kelapa
    ke hilir pula membawa santan
    setelah menunggu begitu lama
    akhirnya piala dapat digenggam

    ini mesti terlampau gembira nak tulis entry ni sampai ada rangkap pantun tak berapa ngam :)

    “santan” dan “digenggam” macam tak berapa masuk……jangan marah atau berkecil hati :)
    sangilapi baru je tulis kisah sebatang rokokMy Profile

    1. tehr says:

      mudik ke hilir membawa santan
      hajat menggulai si ikan sepat
      riang sungguh rakyat kelantan
      menang piala cuti pun dapat

      …sepanjang hari hujan tak henti2, bercuti di rumah je sambil ngadap komputer

  18. asyi@alasyr says:

    salam perghhh.. kelate menang
    bangga asyi jdi org kelantan ekekkeke.. syukur alhamdulillah

    1. tehr says:

      syukur alhamdulillah
      asyi gi stadium ko? pakai baju merah?

  19. yoy says:

    semoga sep2 kito meney lagi taun depe deh..
    tahniah pd semua ore klate:)

    1. tehr says:

      gomo klate gomo
      biar meney sokmo :)

  20. waa memang hebat nih kelantan.. jadi juara baru piala Malaysia
    lowongan pekerjaan baru je tulis kisah TAX Specialist for e-SPT Compliance and Web Specialist Vacancy SudirmanMy Profile

    1. tehr says:

      seronok dapat cuti juga :)

  21. ray ban says:

    tahniah buat Kelantan…gomo kelantan gomo~
    ray ban baru je tulis kisah Standard for sunglassesMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 bulih gomo sokmo :)

  22. mijie says:

    belum terlambat ni nak ucapkan tahniah buat kelantan
    mijie baru je tulis kisah Cara nak buat cloaking link affiliateMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun