Kelantan Dan Pahang Menjadi Pilihan Peminat

Kelantan dan Pahang menjadi pilihan untuk layak ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2013.

Pendapat aku berdasarkan keputusan dua perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2013. Kelantan menewaskan Angkatan Tentera Malaysia [ATM] di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dan Pahang pula berjaya menundukkan Sarawak di Stadium Darul Makmur.

separuh akhir piala malaysiaPiya pemain pujaan Kelantan [Badhri Radzi] jaringkan gol pembukaan dan Nor Farhan pula gol kedua. ATM dapat gol tunggal melalui jaringan Christie Jayaselan. Bahaya juga dia ni.

Dickson Nwakaeme makan besi ke? Pemain tegap ni paling aku suka tengok. Banyak kali pergerakan beliau gagal disekat oleh ATM. Kalau setakat nak lepasi dua orang tu, kacang je nampak.

Dickson Nwakaeme makan besi,
Memang patah sebelum dikerat;
Pandai mengawal kuat berlari,
Memang payah untuk disekat.

Pahang mengalahkan Sarawak 3-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Empat gol dijaringkan hanya dalam masa lebih kurang 10 minit, memberikan bekalan selesa kepada Pahang untuk mereka bawa ke Sarawak nanti.

Kepala Azammuddin Akil memang bahaya. Dua kali menepati sasaran dan menjadi pemusnah. Satu lagi gol melalui Matias Conti. Sarawak dapat 1 gol melalui Ketua Pasukan Mohd Shahrol Saperi.

Kepala Azammuddin amat bahaya,
Pantang sekali mendapat peluang;
Tandukan tajam datang menerpa,
Senangnya bola menerjah gawang.

Kelantan dan Pahang mempunyai kelebihan sekarang. Hanya sedikit kelebihan. Perlawanan Separuh Akhir Kedua nanti yang akan menjadi penentu pasukan mana yang lebih layak untuk bermain di Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2013.

Aku lebih berharap Kelantan vs Sarawak di perlawanan akhir.

TehrDemikian kisah 'Kelantan Dan Pahang Menjadi Pilihan Peminat' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


12 Comments

  1. pahan says:

    aku dah kecewa semalam ni.uhuh
    pahan baru je tulis kisah JAWAPAN – SEGMEN KAU BERTANYA KAMI MENJAWABMy Profile

  2. kakiblog says:

    semoga Sarawak dapat meneruskan perjuangan ke perlawanan akhir nanti
    kakiblog baru je tulis kisah Kisah Benar 40 Tahun Memburu ImpianMy Profile

  3. Zik says:

    mengikut atas kertas.. mungkin kelantan bertemu pahang final nanti… namun apa2 boleh berlaku… kita tunggu jerla.. huhu
    Zik baru je tulis kisah Keputusan Sarawak [1] vs pahang [3] separuh akhir1, 2013My Profile

  4. sensasi2020 says:

    Gua harap agar Kelantan vs Pahang ke Final. 2 gergasi pantai timur berentap. Apapun kita tunggu pada Jumaat dan Sabtu ini.

    Kelantan bermain penuh semangat,
    Pahang menang menentang Sarawak,
    Siapa ke final dialah hebat,
    Gergasi Pantai Timurlah gua agak.
    sensasi2020 baru je tulis kisah Keputusan ATM vs Kelantan Separuh Akhir Pertama Piala MalaysiaMy Profile

  5. profhariz says:

    Semoga kelantan vs pahang. Dah lama tak tengok pahang beraksi di final.
    profhariz baru je tulis kisah Audit Diri Sebelum Mengurangkan Berat BadanMy Profile

  6. titan says:

    yap..aku pun mengharap pahang ke final. tak kesahlah jumpa kelantan atau ATM. hehe
    titan baru je tulis kisah Seminggu bersama Ninetology U9X1 dan Samsung Galaxy S4My Profile

  7. papa mifz says:

    den harap berlaku kejutan dan melihat ATM vs Sarawak di Final nanti…:)
    papa mifz baru je tulis kisah Kek Coklat Smarties by Mama Mifz BakeryMy Profile

  8. Hafizul says:

    Hehe..selamat maju jaya buat semua pasukan yang terlibat..
    Hafizul baru je tulis kisah Blogger Yang Berani Untuk BerjayaMy Profile

  9. Mak lagenda says:

    Ok..now mak nak sokong pahang! JDT pasukan kemegahan anak2 dan pokcik dah gone awal2 kan?

    Ahahaha..masa utk mak plak control remote astro!
    Mak lagenda baru je tulis kisah SET COFFEE,SUGAR & TEAMy Profile

  10. Joe says:

    Sarawak main away match mmg macam tue. Tunggula sampai diorang main kat Kuching nanti.
    Macam suasana kat San Siro pun ade.
    Joe baru je tulis kisah Komisyen Ke-40 Dari JobdirumahMy Profile

  11. zool says:

    memang susah nak ramal ni..
    kadang2 ramalan tak benar belaka.. boleh berubah
    zool baru je tulis kisah Video : Warna kereta berubah guna air panasMy Profile

  12. nampak gayanya macam tu lah boleh jadi ini semua :)
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Iklan Sticky – Program PPC Paling SempoiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun