Kelantan – Daerah Tumpat

Assalamualaikum / Sawadikap. Semua sihat? Harap-harap begitulah hendaknya. Beberapa hari kebelakangan ini cuaca sangat baik di Tumpat, Kelantan. Daerah tempat saya dilahirkan dan dibesarkan. Hehehe, sekadar mahu memberitahu pembaca tempat asal dan tampat tinggal saya sekarang.

daerah tumpat nama diberi
bukanlah ketupat di aidilfitri
penduduk padat di sana sini
rakyatnya erat mesra sekali

kaum siam hidup bersama
berkirim senyum india cina
kuil tokong gereja pun ada
tiada cemas tiada sengketa

banyaklah patung ada di sini
ada yang duduk atau berdiri
patung tidur terbesar sekali
sudah terkenal seluruh negeri

penduduk tumpat rajin bekerja
menempa emas perak suasa
mereka bertani atau berniaga
nelayan sungai laut pun juga

info galeri tengku anis abdullah munsyi pernah ke sini
di kampung laut beliau berdiri
masjid tertua dipindah pergi
sekarang tegak di nilam puri

daerah tumpat selalu banjir
bila tengkujuh musimnya hadir
tanah lembah di sebelah hilir
sedikit susah miskin dan fakir

sungai kelantan jadi sempadan
kota bharu seberang jambatan
di seberangnya sini pasir pekan
wira tok janggut jasad disimpan

pengkalan kubor bandar baru
bebas cukai wartanya begitu
seberang sungai kalau dituju
pekan tak bai sedia menunggu

Daerah Tumpat juga merupakan pintu keluar ke Thailand melalui Pengkalan Kubor selain Rantau Panjang yang berada dalam Daerah Pasir Mas. Menyeberang sungai dari Pengkalan Kubor akan menuju ke Tak Bai manakala melalui Rantau Panjang pula akan menuju bandar Golok. Jemput singgah ke Tumpat bila berkesempatan bercuti-cuti Malaysia nanti. :D

TehrDemikian kisah 'Kelantan – Daerah Tumpat' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


45 Comments

  1. akubiomed says:

    Sawadikap, dulu saya ada singgah melihat patung buddha yang besar dekat Tumpat selepas habis kerja di hospital Tumpat
    akubiomed baru je tulis kisah COMBI membenteras nyamuk AedesMy Profile

    1. tehr says:

      bro pernah bertugas di tumpat rupanya

      dulu ada patung tidur
      kemudian ada patung duduk
      sekarang ada pulak patung berdiri :D

      1. akubiomed says:

        Saya tak bertugas di hospital Tumpat cuma ke sana buat service mesin x-ray. Masa pergi tuh ada lihat patung duduk, yang baring dan berdiri tak jumpa lagi :-)
        akubiomed baru je tulis kisah COMBI membenteras nyamuk AedesMy Profile

  2. mie says:

    waduh!!!
    alang2 pergi tumpat..
    boleh pergi Thailand…
    mie baru je tulis kisah Senaman Kuruskan Badan Untuk WanitaMy Profile

    1. tehr says:

      dah dekat sangat2 tu
      tapi saya sendiri tak biasa ke thailand :(

  3. Cik Siti says:

    ermmm… dah lama tak ke kelantan. shopping sana best juga ni
    Cik Siti baru je tulis kisah Menu Yang Wajib Ada kenduri Di MelakaMy Profile

    1. gayahspears says:

      betoi tu…. kalo suping kat sane gayah beli kopok lesong ja..hahaha
      gayahspears baru je tulis kisah Siapa AyieMy Profile

      1. dnoBiz says:

        Bukan kopok lesong cik gayah Oi..
        tapi Losong heehe :D
        dnoBiz baru je tulis kisah Kerja Gila – Tony Fernandes Vs Richard BransonMy Profile

  4. Seri says:

    lama dah tak ke semenanjung. teringin juga nak jalan2 kalau ada kelebihan.

    1. tehr says:

      cuti sekolah ada lagi ni seri :D

  5. gayahspears says:

    sawadikap, tak ade pintu boleh kua ikot tingkap..hahahaha

    tumpat pon tak pernah jejak…apatah lagi thailand~ngeh3
    gayahspears baru je tulis kisah Siapa AyieMy Profile

    1. tehr says:

      tingkap pun tak ada
      camno ni, gayah
      hahaha

  6. Norgadis says:

    Hairan sungguh rasa dihati
    menonton TV berkali-kali
    katanya Kelantan mundur sekali
    Salahkan pemerintah setiap kali.

    Pabila suami singgah ke sana,
    katanya Kelantan indah suasana
    rakyatnya aman pelbagai warna
    Pemerintah adil lagi bijaksana.

    Kenapa terlalu banyak berita kat TV yang “buruk khabar dari rupa”
    maaf kerana memperkosa bahasa… adui!!!
    Norgadis baru je tulis kisah SiapakahMy Profile

      1. Norgadis says:

        Terima kasih Puteri, ada pula sesi memuji pantun kat sini hehehe…
        Norgadis baru je tulis kisah SiapakahMy Profile

    1. tehr says:

      buah langsat kuning mencelah
      senduduk tidak berbunga lagi
      jangan sesat pergi ke sekolah
      usah ditipu pemerintah sendiri

    1. akubiomed says:

      Wakaf Che Yeh tak boleh ditinggalkan juga :-)
      akubiomed baru je tulis kisah COMBI membenteras nyamuk AedesMy Profile

  7. aibaks says:

    demo ore klate ka? awat tak bgth ambo?

    1. dnoBiz says:

      hahah ore kelate jugak ruponya :D
      dnoBiz baru je tulis kisah Kerja Gila – Tony Fernandes Vs Richard BransonMy Profile

      1. suri says:

        baju merah ada dimana-mana..

        ada member dulu asal org sana..suka dgr loghat mrka lemah lembut heee

        1. tehr says:

          saya pernah bersama selama 5 tahun dengan kawan dari melaka dalam hutan sarawak
          tak tahan dengan masakan dia yang sangat pedas :D

  8. padin says:

    hehee.. harap panjang umur dan ada kelapangan
    boleh juga bercuti di sana, he he he..
    padin baru je tulis kisah Mahsuri Dan LagendanyaMy Profile

    1. tehr says:

      boleh2
      ada 2 minggu lagi nak masuk tahun baru :D

  9. bisk says:

    bersiar-siar berpakaian kemas
    ke pasar ikan membeli rumpai
    rantau panjang dan juga pasir mas
    keduanya hamba dah pernah sampai

    pertama kali sampai kelantan 1999.selepas itu selalu bertandang bilamana cousin bertugas di IPD kota bharu.tapi golok saja yang tak pernah jejak.
    bisk baru je tulis kisah sendiriMy Profile

    1. Norgadis says:

      Pergi belayar dengan kapal Mas,
      Singgah di gerai membeli rojak,
      antara rantau panjang dan juga pasir mas,
      kedua-duanya belum pernah ku jejak.

      Sedihnya huhuhu…
      Norgadis baru je tulis kisah SiapakahMy Profile

      1. tehr says:

        rantau panjang pasir mas
        dah tenggelam musin banjir
        budak berenang ada lemas
        dihanyut air hingga ke hilir

  10. dnoBiz says:

    Saeadikap..
    masuk ikut pintu, keluar ikut tingkap… :D
    Ps : masjid kg Ther ada kat kampung aku sekarang ni heheheeh :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Kerja Gila – Tony Fernandes Vs Richard BransonMy Profile

    1. tehr says:

      sejak dipindahkan aku nampak dari jalan je bila melalui nilam puri :)

  11. Ezany-Kun says:

    petama kali sy jejak kelantan kat tumpat la.. tinggal kat chalet pantai sri tujuh.. syo sbb chalet tu atas air.. hehe..
    Ezany-Kun baru je tulis kisah Tutorial Download Photo Album Di FacebookMy Profile

    1. tehr says:

      sekarang bilangannya telah ditambah
      boleh bawa anak beranak ramai2 :D

  12. Amir Izzat says:

    tumpat..lama dah pergi..memang lama..dulu pergi masa budak sekolah rendah…macam mana la rupa tumpat sekarang… sebenarnya,hendak ke tumpat belum pasti jalannya..haha…

    p/s: patung baring tue kat tumpat ke? aik..dah de yg berdri duduk seme tue?
    Amir Izzat baru je tulis kisah Contest – Menangi Flash Header dari CeymNetMy Profile

    1. tehr says:

      kalau dengan keretapi paling senang
      setesen terakhir

  13. izanishak says:

    lama tak balik kelantan. nenek hubby org tanah merah. last ke sana tahun 2006. masa pegi tu anak baru sorg…ok lagilah. skrg dah berderet pun 4 org.

    serius….i miss kelantan so much!
    izanishak baru je tulis kisah LIVE- TWINS n PS2My Profile

    1. tehr says:

      cuti sekolah ada 2 minggu lagi ni
      cepat2 :D

  14. zulkbo says:

    salam…
    lama dah taak ke Kelantan
    apatah lagi singgah di Tumpat
    semoga sampai jua nanti…
    insyaallah..
    zulkbo baru je tulis kisah Turun Berat Badan Menang Hadiah RM 312kMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali, zul
      boleh singgah nanti bila ada masa terluang

  15. ooooo… rupa2nya org kelate jugak owner blog ni…
    Bole la hang out minum2 di KB nnt..
    aktechpage.com baru je tulis kisah KakiMotongBlogspotcom- Kisah Seekor Kucing Istimewa Yang Bernama HEROMy Profile

    1. tehr says:

      boleh2
      insya allah

  16. kulanz says:

    Belum pernah sampai Kelantan lagi.. harap boleh jejak kaki di sana suatu hari nanti
    kulanz baru je tulis kisah Wajarkah Jawatan Guru Pembantu Guru Kedua Diwujudkan di sekolahMy Profile

    1. tehr says:

      insya allah
      ada masa dan ketikanya nanti
      aku pun teringin sangat nak ke sabah
      banyak2 negeri, sabah je aku belum sampai

  17. zik says:

    tak pernah bertandang kesana lagi…
    zik baru je tulis kisah Keputusan malaysia vs vietnam Separuh akhir 1- piala suzuki 2010!My Profile

    1. tehr says:

      jemput singgah nanti, zik
      tak pun bila kerja nanti pilih kerja kat kelantan :D

  18. sangilapi says:

    patung baring tu terletak dalam kampung beruk kan ? kalau tak silap aku lah :)…..kalau salah mintak maaf.

    boleh cakap siam ke,tehr ? :) sampai sekarang yang aku ingat perkataan siam ni adalah buri [rokok],itupun kalau tak silaplah-maklumlah otak dah tua :)
    sangilapi baru je tulis kisah bengkel blackberryMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, bro
      nama kampung tu memang kg beruk
      cakap siam ni aku pandai ‘sawadikap’ je
      hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun