Kelantan Best

Kelantan negeri di pantai timur,
Rakyat hidup aman dan makmur.

Kisah Cik Siti Wan Kembang,
Tempat tumpuan sahaya berdagang.

Negeri indah amatlah permai,
Pengunjung bercuti sangatlah ramai.

Tanah serendah sekebun bunga,
Aman diperintah baginda raja.

Sepuluh daerah negeri dipecah,
Parti PAS disuruh memerintah.

Kota Bharu daerah pertama,
Di tepi sungai tempat duduknya.

Daerah bachok di tepi pantai,
Daun pepokok lambai-melambai.

Daerah ketiganya Pasir Putih,
Tok Janggut berperang dengan mat salih.

Pasir Mas di tengah negeri,
Katanya gadis cantik sekali.

Kelimanya daerah Tumpat,
Penduduknya sangatlah padat.

Tanah Merah menuju sempadan,
Banyak pula tanah rancangan.

Daerah Jeli jauhnya jarak,
Lebuhraya menuju ke negeri Perak.

Daerah Machang pula kelapan,
Katanya banyaklah kilang papan.

Kuala Kerai pesat membangun,
Siapa melihat rasa terpegun.

Daerah kesepuluh Gua Musang,
Jalan menuju ke negeri Pahang.

TehrDemikian kisah 'Kelantan Best' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


3 Comments

  1. shameel says:

    salam .
    Tehr boleh pinjam tak pantun ni nk letak kt Fb. nnt sy letak link blog tehr ni
    shameel baru je tulis kisah PERCERAIAN PASANGAN ISLAM SEMAKIN MEMBIMBANGKANMy Profile

    1. tehr says:

      ambil je, bro
      dengan segala senang hati :D
      [terima kasih juga kerana menyukainya]

  2. Azwan says:

    Kelantan banyak usahawan kosmetik dan kilang OEM.
    Azwan baru je tulis kisah 4 langkah kilang OEM membantu pengusaha menghasilkan produk jenama sendiri.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun