Kekasih Mainan Hati

Aku sendiri tak pasti apakah sebabnya mereka beria-ia mahu menyambutnya. Penting sangatkah? Cadangan aku, batalkan sahaja niat hendak merayakan valentine’s day ini.

kini februari datang kembali
ada manusia berbunga hati
unggun kasih cinta berapi
kuntum bunga bertangkai duri

tibanya kini hari kekasihmawar berduri
sehari riang setahun sedih
tertipu cinta berlagak bersih
di kiri luka di kanannya pedih

kekasih hati setahun cuma
dibelai dipuja sepenuh jiwa
ibu dan ayah sepanjang usia
terlupa pula tinggal di mana

sembilan bulan ibu mengandung
bertahun pula ayah menanggung
harapan bahagia setinggi gunung
tertipu kekasih setahun jagung

sesekali silap langkah berdiri
berkali kejam balasan diberi
pastinya sedia jalan kembali
pastinya di sana kasih illahi

Kita tak perlukan kekasih untuk rasa bahagia. Semua itu hanya mainan hati, mainan perasaan. Apa yang perlu hanyalah jujur dan ikhlas melaksanakan segala tanggung jawab yang ada terbeban atas kepala. Tanggung jawab kepada diri, keluarga, anak, isteri/suami, masyarakat, haiwan dan segala makhluk di alam ini.

Berjaya laksanakan segala tanggung jawab ini, akan memberi rasa bahagia yang lebih besar. Lebih berharga dari segala hadiah yang pernah diterima sepanjang hidup. Tak percaya? Tanya sama hati sendiri sekarang juga!

TehrDemikian kisah 'Kekasih Mainan Hati' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


48 Comments

  1. adah says:

    ya…itu semua mainan hati dan perasaan je…
    adah baru je tulis kisah Aku- dia dan vintageMy Profile

  2. Nanti hujung tahun, banyaklah kes buang anak…. ;)
    Dah jadi satu cerita wajib di Malaysia ni. Tapi masih ramai yang tak belajar.
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Google and Facebook want to buy TwitterMy Profile

    1. akubiomed says:

      Tidak payah tunggu hujung tahun. Statistik bulan November akan menunjukkan bukti
      akubiomed baru je tulis kisah Valentino Rossi jatuh lagiMy Profile

      1. tehr says:

        harap2 la tidak

  3. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_—\_l__l—[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)–o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    “Jika benar kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku (Muhammad).”

    DariAbu Daud meriwayatkan sebuah hadis bermaksud, “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia termasuk dalam kaum tersebut”.

    Rasulullah bersabda, “Tiada dua orang berkasih sebenar-benarnya melainkan dalam alam pernikahan”.

    Keputusan:Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine’s Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
    Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

    Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:
    “Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka.”
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauhMy Profile

    1. tehr says:

      peringatan untuk semua
      moga2 beroleh rahmat

  4. akubiomed says:

    Hui..sudah lewat nih nak buat OT menyulam cinta bersama isteri tersayang :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Kenapa tiba-tiba MacaronMy Profile

    1. tehr says:

      menyulam ke mengulam, bro :D

  5. ghost writer says:

    satu lagi entry pasal VD…aiilar..

    valentine dah mati..bodoh orang2 nih nak sambut.bukan bagi syafaat pon.lusa dah maulidur rasul..alangkah baiknya..
    ghost writer baru je tulis kisah kalah itu bagusMy Profile

    1. tehr says:

      selamat menyambut maulidur rasul
      selawat dan salam ke atas junjungan

      1. ghost writer says:

        salam maulidur Rasul kembali..
        ghost writer baru je tulis kisah so keep breathingMy Profile

  6. yas says:

    Semoga org2 islam dinegara ini menghindari dari meraikannya..
    semoga siaran diskrin juga mengelakkanya..
    Tapi dikala jiwa meronta kerananya..
    Pasti,ramai yg gagal mengelakkanya…

    Diharapkan mereka2 (pasangan kekasih) dibukakan hati dan di limpahi nur keimanan agar VD ini tidak diraikan….
    yas baru je tulis kisah Hosni Mobarak Vs Rakyat Mesir!My Profile

    1. tehr says:

      moga2 selamat dari godaan
      amin

  7. tips-kurus says:

    saye percaye..
    (kena bace ikot rima pantun yek?!)

    *Chow Kit da ade durian… :-)
    tips-kurus baru je tulis kisah macam ba alif ba ya !!!!My Profile

    1. tehr says:

      cuba la… berpantun
      lebih berfaedah dari menyambut VD :D

  8. zik says:

    masalah2 betul.. kita tengok berita hari ini nanti.. ada yang kena tangkap tak???
    zik baru je tulis kisah Pencipta televisyen pertama- siapa orangnyaMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 tak ada yang buat hal,zik
      hehe

  9. Cik Siti says:

    bercinta bukan sehari
    berkasih biar selamanya
    tunaskan sayang hingga hujung nyawa….
    Cik Siti baru je tulis kisah Cik Siti KembaliMy Profile

    1. tehr says:

      letakkan perasaan kasih pada tempat yang sepatutnya

  10. Ismail N says:

    Wah siap dengan gambar sekuntum mawar merah, sebuah puisi untuk gadis pilihan di bulan Februari :D
    Cuma puisinya or lebih tepat pantun nya bukan utk berjiwang-jiwang di bulan Februari ni kan cikgu? He he…

    1. tehr says:

      jiwang2 tak main la
      hahaha
      banyak tangung jawab yang nak diselesaikan, bro

  11. padin says:

    tanya sama hati, apa asal sayang?…
    adakah tandanya nampak di pandang…. heheee

    1. tehr says:

      kalau tutup lampu, tak nampak, bro :D

  12. Ali ridha says:

    marila kita bertukar bunga kos
    bersama kekasih kita.heee…

    tiada la aku nak buat semua benda tu.
    Ali ridha baru je tulis kisah Hari Kekasih 2011 sambutan kemenangan KristianMy Profile

    1. tehr says:

      kita ngadap blog je, ali
      sambil minum teh 0 :D

  13. Ali ridha says:

    hati yang dilukai oleh seseorang
    pada Hari Kekasih.itu semua
    mainan cinta nafsu.
    Ali ridha baru je tulis kisah Hari Kekasih 2011 sambutan kemenangan KristianMy Profile

    1. tehr says:

      nafsu bin palsu

  14. decrewz says:

    Nasib baik JAIS masuk campur tuk valentime ni, kalau x, rasanya lagi teruk dari2 yang sebelum ni…

    Kekasih mainan hati tu maknanya cemana?
    decrewz baru je tulis kisah Buffered Earning Yang ke-4My Profile

    1. tehr says:

      syukur juga ramai yang dah sedar

      maksud aku
      orang yang berkasih tu hanya ikut hati dan perasaan
      bukan ikut iman dan taqwa

      bukankah kalau ikut iman dan taqwa juga kita boleh berkasih sayang?

      1. decrewz says:

        Betul2.. Tapi zaman sekarang dah ramai yang hanyut.. Klu kat TV pun dah banyak, yang xde kat dalam TV berapa ramailah pulak kan..
        decrewz baru je tulis kisah Buffered Earning Yang ke-4My Profile

  15. alif says:

    katakan tidak…pasti hidup ceria amin

  16. mie says:

    begitulah bila pemikiran dikuasai barat..
    eehheee
    mie baru je tulis kisah Contest – Kisah Pelaut Terlampau PilihanMy Profile

    1. tehr says:

      terlalu taksub pandang ke barat
      hinggakan tak nampak kiblat

  17. memang best la tehr pantun nie.. aku suke.. :)
    Johari Hamzah baru je tulis kisah Johari Hamzah dot Com ImprovementMy Profile

    1. tehr says:

      aku pun suka
      haha

      jangan takbur. ok.

  18. Cik Siti says:

    sekarang, kasih dan sayang sekelumit cuma yang ada cuma nafsu beraja di hati
    Cik Siti baru je tulis kisah Cik Siti KembaliMy Profile

    1. tehr says:

      sambut maulidur rasul je :D

  19. toyol says:

    indah sungguh pantun hari ni..
    memang betul apa dikata, berkasih sehari bersedih sepanjang usia..
    hehe..
    tanggungjawab pada keluarga harus di utama..
    toyol baru je tulis kisah TABUNG DAH PENUHMy Profile

    1. tehr says:

      yang dahulu di dahulukan
      yang kemudian dikemudiankan

      kata2 labu ni… :D

      1. suri says:

        haa..
        cinta byk pantang larangnya..

        jgn sampai tegadai maruh
        kelak diri yg merana..

  20. fikryn says:

    Setiap hari saya lihat dan dengar bagaimana orang Islam melakukan perkara yang dilarang di dalam Islam. Adakah kerana kurangnya didikan agama? Atau ada kelemahan dalam sistem pendidikan agama Islam di negara kita? Jika ya..Saya rasa sistem pendidikan negara perlu diubah dengan menambahkan lagi pendidikan agama Islam terhadap pelajar2 Islam. Jika bukan.. dimana silapnya?

    Memang benar, semua itu terletak pada individu2 tersebut, namun adakah mereka telah cukup di didik untuk dipersalahkan? Dan siapa yang bertanggung jawab di atas perkara ini?

    Hurmm.. banyak persoalan yang sudah kita tahu jawapannya, namun kita tidak tahu siapa yang akan melaksanakannya.

    Valentine day… ramai yang sambut. Maulidul Rasul tak siapa yang ambik peduli… hurmmmm
    fikryn baru je tulis kisah Khas- Tawaran Premium Theme PercumaMy Profile

    1. tehr says:

      semuanya bermula dari rumah, bro
      apa dilihat
      apa didengar
      apa dimakan

      gagal di rumah, gagal juga nanti di dunia luar

  21. Hati rindu mengepak sebak terbang tinggi meredah awan bertemu Tuhan mengharap hujan memakbulkan harapan pulangkan aku imam kesayangan solatku kekok tanpa kamu di hadapan. Thanks….

  22. kaizen says:

    tersangat2 lah setujunya aku… uhoh!
    kaizen baru je tulis kisah SeDiKiT KaTa uNTuK KauM aDaM PRiNSiP RoDaMy Profile

  23. Norgadis says:

    Saya sukalah bunga mawar tu… (tiada kena mengena dengan entri ini hehehe…)
    Norgadis baru je tulis kisah Salam MaulidurrasulMy Profile

  24. ohcikgu says:

    hoho..kahwin lagi best..
    ohcikgu baru je tulis kisah Mengapa cikgu lelaki yang baru posting disukai ramaiMy Profile

  25. suri says:

    kini cinta pada Alah dan keluarga..

    semoga keberkatan akan menjadi milik kami jua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun