Kejutan September 2011

Macam-macam kejutan berlaku dalam bulan September lepas. Selain daripada kisah Mat Sabu dan Mat Indera, kita juga dikejutkan dengan anggapan Malaysia tidak pernah dijajah dan sejarah negara yang perlu ditulis semula.

Kejutan juga berlaku beberapa hari lepas dengan letupan kuat di Empire Shopping Mall yang dikatakan berpunca dari kebocoran gas. Mujur juga letupan berkenaan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

letupan empire shopping gallery

Blog tehramuan[dot]com juga tak mahu kalah, turut sama terkejut dengan domain dan hosting yang tamat tempoh pada 27.09.2011 serta Bandwidth Limit Exceeded pada hari terakhir september semalam. Terima kasih kepada saudara Khidir yang memberi khabar juga terima kasih kepada semua yang sentiasa berkunjung ke sini samada dengan meninggalkan komen atau tidak.

Sepanjang September lepas, 5 pengomen terbanyak di blog ini ialah dnoBiz, surihatiku, akubiomed, bEe dan Cik Siti. Avatar mereka ada Mr Tehr letakkan di sidebar. Sementara itu top referring site pula ialah blog pan-tun. Sekali lagi terima kasih untuk semua.

tunggang kuda terhinjut-hinjut
kudanya terjun ke dalam paya
hidupnya blogger yang terkejut
makan dan minum seperti biasa

He he he…

TehrDemikian kisah 'Kejutan September 2011' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


42 Comments

  1. akubiomed says:

    Terkejut juga tiba-tiba klik keluar website lain. Memang kejutan
    akubiomed baru je tulis kisah Selamat Hari Lahir Abang KoningMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      aku ni lagi la terkejut
      pengalaman pertama tu :D

    2. dnoBiz says:

      Aku masih teringat masa mula mula tehr pindah masuk WP
      dnoBiz baru je tulis kisah Penjelasan Hudud – Hudud, Qisas (atau Qishash), Qadzaf, Ta’dzir, Rejam (Video)My Profile

      1. suri says:

        hee..tahu bro ther seorg yg jaga kshtn tak kan ler ada skit lemah jantung kot.
        suri baru je tulis kisah Cara Menangani Mimpi Yang MenakutkanMy Profile

  2. iwan delaroc says:

    domain tamat tempoh ya..kejutan september juga tu… ahakss
    iwan delaroc baru je tulis kisah 01.10.01My Profile

    1. tehr says:

      haha
      blogger yang terkejut sakan

  3. Juan says:

    tajuk ader iras iras 11 september tuh, hehe
    Juan baru je tulis kisah Millionaires are from a different planetMy Profile

    1. tehr says:

      pasal tajuk memang tak nak kalah, juan :D

  4. yas says:

    Banyak sangat kejutan leh dapat sakit jantung ni nanti…hehehe
    yas baru je tulis kisah Isu Namewee – Gua BOIKOT NASI LEMAK 2.0!!!My Profile

    1. tehr says:

      minta2 la jangan rebah, yas :D

  5. Zulkbo says:

    salam..
    dalam hidup kita sentiasa
    terdedah kepada kejutan kan?
    nasib baik tak de sakit jantung..
    he he
    Zulkbo baru je tulis kisah Gambar Nikah ( Kahwin) Nabil Raja Lawak Dengan Nazirah AyubMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      alhamdulillah, masih tak ada lagi tu

  6. ghost writer says:

    salam bro tehr

    jumpa kawan jangan lupa bertegur sapa
    tak ditegur jangan lah marah
    ubah sejarah tak buat kita lupa
    sejarah tetap tinggal sejarah
    ghost writer baru je tulis kisah dalam kisah augustusMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembli, ghost

      tak ditegur janganlah marah
      kalau disergah janganlah lari
      sejarah tetap menjadi sejarah
      kenangan indah simpan di hati

  7. adele says:

    sy pun terkejut jugak bulan ni,dua kali bandwidth sy exceeded..mcm kena tukar pakej je..wuhuhuu
    adele baru je tulis kisah Wordless Day #5 – Old vs New Pingpong BatMy Profile

    1. suri says:

      kene tuker klu tak sush heee..
      mri ikut tukar cam suri hee…
      suri baru je tulis kisah Kenanganku Bersama Ais KrimMy Profile

      1. tehr says:

        mungkin juga tu, suri
        tapi tengok la dulu apa jadi bulan ni

    2. tehr says:

      saya ni tengok la bulan okt ni apa jadi
      sedang dok pikir2 lagi ni nak buat macam mana

      1. suri says:

        eh rasanya pertama kli kan..jgn tukar dulu heee.cam suri 2 tahun lepas meragam mmg nak berblog tak syok.cam mkn satey tpi dapat jilat batang lidi jer isi tak tak smpat nak jamah ;)
        suri baru je tulis kisah Kenanganku Bersama Ais KrimMy Profile

  8. suri says:

    semalam msuk blog ini terkejut sb tak blh buka huhu..alahi…
    suri baru je tulis kisah Satu Petang Yang MendamaikanMy Profile

    1. tehr says:

      saya pula semalam hari yang sibuk
      printer kat rumah buat hal, sampai ke sudah tak mahu print
      terpaksa ke bandar sebelah malam beli ink untuk printer lama yang masih elok

      1. suri says:

        jenama apa tu.suri punya dula jenama canon dok ink cecah beratus heee..

        skrg dik servey printer yg baru, sb yang canon dh letk kt kg huhu..
        suri baru je tulis kisah Satu Petang Yang MendamaikanMy Profile

  9. padin says:

    hehe kejutan yang bagi makna bro kena tambah pakej lagi ni,
    pasal pengunjung dah makin ramai, kena besarkan lagi ‘ruang tamu’ blog ni hee
    padin baru je tulis kisah Blog KeduaMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      besarkan ruang tamu ke, bro?
      ruang tamu yang ada sekarang ni pun tak pernah nak siap
      huhu

  10. Pacifista says:

    aku pun demam terkejut bulan september ni.haha…besday pun bulan september.tukar theme pun bulan september.memang tragedi oktober tak sempat berlaku dan berlaku pulak kat bulan september.wakaka :D
    Pacifista baru je tulis kisah Wajah Baru Pacifista!My Profile

    1. tehr says:

      hehe
      janganlaj nanti ada tragedi oktober nanti
      mati akal aku kelak :D

      1. suri says:

        jgn mati akl.nnti pantu saya nak buat nd update hari2 ngheee,,
        suri baru je tulis kisah Cara Menangani Mimpi Yang MenakutkanMy Profile

    1. tehr says:

      tak sempat nak layan kejutannya, cikgu
      lagi pun pertama kali tu

  11. Nuar Haruha says:

    Kudanya terjun ke dalam paya,
    Tersenyum buaya semanis gula;
    Gembira sungguh hati saya,
    Rakan blogger kembali semula.

    Memang patut excess bandwidth, tehramuan.com local Malaysian rank dalam linkungan 700 antara berjuta. Setiap hari beribu orang yang menatap. Tahniah buat Teh.

    * Terima kasih saudara Teh kerana sudi meletak & juga mendesign flash banner utk kami “Yang Indah itu Bahasa”. Saya terlupa buat banner, ada disini http://goo.gl/GqjWl

    1. tehr says:

      ok nanti saya guna yang tu
      terima kasih, bro

  12. Jai says:

    Nasib baik x kuar dalam paper, kalau keluar jugak cam empire tu, bandwith limit tu ssh la nak ubat.. Kena upgrade lagi besarlah nampaknya.. :)
    Jai baru je tulis kisah Selangor Vs Singapore Piala Sultan Selangor 2011My Profile

    1. tehr says:

      haha
      kalau keluar paper, dan tentu pasti blog aku tak keluar
      huhu

  13. dnoBiz says:

    Tetiba aku teringat kat si Jo tu…, apa cerita dia sekarang agaknya..

    1. tehr says:

      moga2 bro joe sentiasa happy dan murah rezeki
      amin

  14. Burung helang hinggap didahan
    Turun ke bumi mencari kupang
    Tragedi September dalam Kenangan
    Menjadi iktibar dimasa mendatang

    Setiap yang berlaku mungkin ada hikmahnya….

    Maaf lama tak ziarah kamu semua….
    Jom Terjah entry terbaru ??
    stesen minyak dan petrol pilihan anda
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

    1. tehr says:

      yups

      burung pipit hinggap di dahan
      turun ke tanah mencari makan
      yang baik kita jadikan teladan
      yang buruk jadikan sempadan

  15. mijie says:

    dah exceed limit tu maknanya makin mantap tu cikgu trafik ke sini, mungkin lepas ni kena ambil yg besar skit hehe
    mijie baru je tulis kisah Santai dihujung mingguMy Profile

    1. tehr says:

      mungkin juga, bro
      tapi tengok la dulu macam mana nanti
      ntah2 hanya sebulan tu je exceed limit :D

  16. sampai habis bandwidth atau sampai abis teh yang dihidangkan?
    terbaik la bro.. kawe selalu dtg pun tak dapat masuk list bulan september… sengit ehhhh :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah WordPress Theme WooCommerce | Buat Mereka Yang Menjalankan Perniagaan InternetMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 bulan ni tak habis, bro
      pening kawe nak urus :D

  17. bEe says:

    TERKEJUT dgn kes begini tetiba aje berlaku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun