Kehilangan

hilang terang timbul gelaplilin
lampu hati padam tak bercahaya
ibarat kapal tiada kemudi tetap
tak menentu hanyut di samudera

Kehilangan Muhamad Nazmi Faiz Mansor merencatkan rentak pasukan Harimau Muda dalam pertemuan dengan Bahrain. Mendahului dengan 2 gol tetapi tewas dalam masa 6 minit dengan 3 jaringan. Satu keputusan yang sangat tidak sedap untuk dikenang.

Kehilangan nyawa dan harta benda sering berlaku di sesuatu kawasan yang ditimpa bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, tsunami, gempa bumi atau letupan gunung berapi. Ia juga boleh berlaku dalam kemalangan akibat kecuaian manusia seperti kebakaran, letupan loji nuklear, kemalangan jalan raya atau kemalangan udara.

Kehilangan orang tersayang atau kehilangan cinta boleh merubah perjalanan hidup seseorang. Ia mungkin menjadi semakin baik atau sebaliknya semakin buruk bergantung kepada bagaimana kita menerima kehilangan yang terjadi. Penerimaan yang terlampau pastinya boleh merosakkan diri.

Kehilangan adalah satu perjalanan hidup manusia. Tanpa merasa kehilangan sukar bagi kita untuk merasa kebahagiaan. Tanpa kehilangan, kita tidak akan merasa nikmat hidup yang sempurna.

Aku sebenarnya kehilangan idea dan kata-kata untuk menulis pantun di blog tehramuan ini. :D

TehrDemikian kisah 'Kehilangan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


34 Comments

  1. akubiomed says:

    Hilang ide dijadikan modal entri. :-)

    Sepakan padu Nazmi berbisa
    Sekejap sahaja jadi popular
    Blogger buntu perkara biasa
    Asam garam seorang blogger

    1. tehr says:

      main bola tiap petang
      senja hari baru pulang
      idea pergi idea datang
      ada masanya ia hilang

      1. hafizmd says:

        balik senja tak elok rasanya
        nanti dahi kena tanda
        hilang idea perkara biasa
        blogger kental tak hilang bisanya
        hafizmd baru je tulis kisah Sesi jawab tag si cantik manisMy Profile

  2. zulkbo says:

    Salam Bro..
    ayat terakhir tu yang tak mahu
    dengar nih..bercuti panjang kan
    sekarang..apa kata bertapa di
    mana-mana gua..mesti byk ideas
    muncul..he he
    zulkbo baru je tulis kisah Disiplin Blog : Jangan Ada Yang Ambil Hati Pulak Ye?My Profile

    1. tehr says:

      salam
      cuti tu memang la cuti, bro
      tapi kena gi sekolah juga
      ada pula yang datang ke rumah, dering hp jangan kira la
      semua pasal kerja
      huhu

  3. padin says:

    hehe hilang pertimbangan, kadang2 boleh menimbulkan masalah.. hehe boleh masuk juga kot kategori hilang ni :D
    padin baru je tulis kisah Dia Kacau LagiMy Profile

    1. tehr says:

      aku lupa tulis tu :D
      hilang pertimbangan ni memang parah
      lagi2 kalau kita tak menjangkanya

  4. yas says:

    Uishhh…ni dah jadik satu idea yg baik dh ni bro tehr….
    stylo pe!!
    yas baru je tulis kisah Festival Arirang – Korea UtaraMy Profile

    1. tehr says:

      mulanya aku memang tak tahu nak tulis dah tu, yas
      tengok2 panjang pula karangan :D

  5. chii says:

    kehilangan idea?? atau lebih tepat..mati kutu kah?? eehehe…kadang2 bila sampai satu tahap..kita akan kehilangan idea..

    kehilangan..walaupun pedih..harus dihadapinya juga
    chii baru je tulis kisah Orang KetigaMy Profile

    1. tehr says:

      memang kena terima je, chii
      nak buat macam mana :D

    2. dnoBiz says:

      hilang idea ok lagi cuma jangan hilang semangat…
      dnoBiz baru je tulis kisah Salam Maal hijrah – Adakah Ini Hasil kerja kita ??My Profile

  6. fiezaradzi says:

    sama la skg ni, hilang gak.. tak tau apa yg perlu diberitakan..

    games menarik, tapi terpaksa akur dgn kelekaan..
    fiezaradzi baru je tulis kisah 10 Jawapan Tag 2 in 1 Yang CantikMy Profile

    1. tehr says:

      malas nak layan games
      semua kerja tak menjadi sudahnya

      1. surihati_ku says:

        tahu tak per bro..suri bgtu sesekli layag gak tapi tgok kdaan heee…
        surihati_ku baru je tulis kisah Doa QunutMy Profile

  7. maza says:

    maza juga skrg ini kehilangan kata.. hehehhee
    maza baru je tulis kisah Langkah seterusnyaMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 tak la lama ia menghilang, bro

      1. surihati_ku says:

        saya nak hilang balik cam biskut blh heeee
        surihati_ku baru je tulis kisah Lari!!!!! Tok Mudim DatangMy Profile

  8. LadyBird says:

    kelihatan merupakan suatu lumrah kehidupan..

    ibarat kata.. semua apa yang kita ada.. hanyalah pinjaman semata..

    lambat laun ia bakal diambil jua..
    LadyBird baru je tulis kisah Perjuangan Mencari CintaMy Profile

    1. tehr says:

      itulah yang sebenarnya
      semuanya hanya pinjaman sahaja

  9. dnoBiz says:

    kehilangan yang terakhir tu memang mengerikan bagi Bloger Otai macam bro….
    erk…. aku hilang arah… dan masa
    dnoBiz baru je tulis kisah Hak Asasi Manusia – Memahami asas hak asasi manusiaMy Profile

    1. tehr says:

      kadang2 memang tak boleh nak lari/cari
      kan?

      1. surihati_ku says:

        hilang ken acari yg baru balik..ker kene jejak balik uhuhu..
        surihati_ku baru je tulis kisah Kenali Bed Bugs! Part IMy Profile

  10. ohcikgu says:

    nazmi aje tak leh gak. senang kata..kehilangan nazmi, afizee dan irfan fazail. Irfan dah cedera teruk dalam padang. Dah tak leh lari sangat dahh..

    3 orang ni takde..terus kucar-kacir serangan dan kawasan tengah. jadi..harap pada pertahanan aje..memang tak cukup kaki la..tu yang terpaksa main kasar juga..
    ohcikgu baru je tulis kisah Pertarungan epik Malaysia vs Bahrain di Stadium Bukit Jalil – 27 November 2011My Profile

    1. tehr says:

      yups memang benar dan aku setuju
      beberapa pemain kita cedera teruk
      memang hilang banyak kaki tu

  11. kawe lak kehilangan mood nak menulis kebelakangan nie… :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Anak Malaysia Cintakan Keamanan Dan KesejahteraanMy Profile

    1. tehr says:

      tak boleh dibiarkan lama2 tu, bro
      bersawang blog nanti
      huhu

      1. surihati_ku says:

        nak tulis hilang mood suri hilangkan diri smjak dua ni hee…hrp ada masa nak cari idea yg baru
        surihati_ku baru je tulis kisah Kenali Bed Bugs! Part IIMy Profile

  12. kakyong says:

    ingat kan apa lah yang hilang..
    kakyong baru je tulis kisah Aksi anak-anak riang di majlis harijadi AdibMy Profile

    1. tehr says:

      yang pasti bukan hilang pertimbangan, kakyong

      1. surihati_ku says:

        klu hilang yang tu kena g rawat diri cepat2 klu di biarkan mmg payah huhu…
        surihati_ku baru je tulis kisah Dr Mata vs SilauMy Profile

  13. surihati_ku says:

    hilang cinta pada yang satu tidak sekali
    surihati_ku baru je tulis kisah Kenali Bed Bugs! Part IIMy Profile

  14. titan says:

    aku harap diorang tak hilang arah dalam 3 game yang berbaki tu. masih ada peluang lagi walaupun tipis.
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 5 dari BidvertiserMy Profile

  15. Juan says:

    saya juga kehilangan idea utk menulis komen di kotak komen ini
    Juan baru je tulis kisah Projek Hari JumaatMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun