Kehebatan Seorang Wanita

Kita terlebih dahulu mengenal wanita berbanding lelaki kerana kita hadir ke dunia ini dari rahim seorang wanita yang bergelar ibu. Setuju? Kecuali Anak Buluh Betung yang datang dari rumpun buluh. Kah kah kah…

Aku memang pencinta wanita
Namun ku bukan buaya
Yang setia pada seribu gadis
Ku hanya mencintai dia

Rahim wanita yang sebesar buah pear dapat melahirkan seorang manusia yang nantinya menjadi pemimpin, pejuang atau mungkin juga petualang. Hebat bukan? Siapa sahaja dia manusia, pejuang atau petualang, dia mempunyai seorang wanita dalam hidupnya. Dia mempunya seorang ibu. Jadi usah memperlekehkan seorang yang bergelar wanita, usah mempermainkan perasaan mereka dan usah menghina dan menyakiti mereka.

Kain baldu selembut sutera,
Ada di simpan buat kenangan;
Kasih ibu membawa ke syurga,
Nyawa di badan jadi taruhan.

Selendang sutera buat kenangan,
Di hari lebaran cantik bergaya; 
Hebatnya wanita hadapi cabaran,
Rela berkorban sepanjang masa.

Hanya wanita memahami sakit senggugut. Hanya wanita yang memahami sakit dan kesukaran mengandung. Hanya wanita yang memahami sakit bersalin, sama ada secara normal atau ceaser. Tujuh lapisan perut yang dibelah dan disiat-siat demi melahirkan seorang anak! Korang lelaki [termasuk aku] sanggup untuk diperlakukan sedemikian?

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Terima kasih kepada isteri aku yang melahirkan anak-anak untuk aku. Wanita yang saban hari sabar dengan perangai aku. Juga terima kasih kepada sahabat blogger Suri, UmmiKami, Fiezaradzi, Azura dan Dja@SisHaza [dan lain-lain] yang sentiasa memeriahkan blog Tehramuan ini. Anda semua wanita pemilik rahim yang hebat! Terima Kasih.

TehrDemikian kisah 'Kehebatan Seorang Wanita' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


27 Comments

  1. suri says:

    hebat wanita bila bergandigan dg llki ;)

    1. TehR says:

      yups, saling melengkapi

      1. Wan Fauzi™ says:

        saling memerlukan antara satu sama lain…
        Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Hakikat Sesuatu PenyakitMy Profile

  2. Petua Puteri says:

    wanita mmg hebat… mengandung2… boleh keja lagi…
    Petua Puteri baru je tulis kisah Cara Menurunkan Kolesterol & Tekanan Darah Tinggi Dgn Cuka KurmaMy Profile

    1. TehR says:

      dan masih juga sabar dengan perangai suami dan anak2

  3. hafizmd says:

    Wanita adalah manusia yg cukup istimewa.

    Terbaik!
    hafizmd baru je tulis kisah Live Streaming & Jadual Siaran Langsung Liga Super 9 Mac Astro Arena 801My Profile

    1. TehR says:

      kita takkan jadi suami tanpa seorang wanita sebagai isteri :D

      1. UmmiKami says:

        Ada suami adalah isteri…dan begitu juga sebaliknya.. :D
        UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Geram Janganlah Geram…My Profile

  4. akubiomed says:

    Selamat Hari Wanita. Sudah ramai wanita menjadi pemimpin negara. Terbaru Presiden Korea adalah wanita.

    1. TehR says:

      wanita semakin hebat sekarang

  5. onlajer says:

    wanita hebat sepanjang zaman ialah wanita yang bergelar ibu
    onlajer baru je tulis kisah PasswordMy Profile

    1. TehR says:

      benar sekali
      hanya satu tiada dua

    2. Amirez says:

      setuju. ditambah lagi sebagai ibu yang dapat membesarkan anak-anaknya dengan baik.
      Amirez baru je tulis kisah Syed Aiman Tolong Bayarkan ParkingMy Profile

  6. zool says:

    wanita memang hebat.
    zool baru je tulis kisah Berkawan di InternetMy Profile

    1. TehR says:

      mereka yang menceriakan hidup kita :D

  7. hatiputera says:

    Kehebatan wanita memang telah diperakui. Tangan yang menghayun buaian boleh mengoncangkan dunia.
    hatiputera baru je tulis kisah Live Streaming Selangor vs Johor Darul Takzim Di Astro ArenaMy Profile

  8. papa mifz says:

    selamat hari wanita buat semua wanita di dunia…:)

  9. Sharafie says:

    terima kasih kepada wanita sedunia kerana melahirkan pelbagai jenis manusia di muka bumi ini..
    Sharafie baru je tulis kisah Apakah Harlem Shake Satu Fenomena Baru?My Profile

  10. UmmiKami says:

    Salam tumpang lalu :)

    Ayam serama bertaji pendek;
    Serata kampung jalannya pasti;
    Bersulam agama berbudi cantik,
    Wanita bertudung pujaan hati.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Geram Janganlah Geram…My Profile

  11. UmmiKami says:

    Terimakasih dan sama-sama penghargaan buat cikgu.. :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Geram Janganlah Geram…My Profile

  12. azura says:

    terima kasih cikgu…jasamu dikenang…
    azura baru je tulis kisah Sempena Mac Mencemar DuliMy Profile

  13. Bro Zulkbo says:

    salam..
    moral hari nih..
    sayangilah wanita dalam hidup anda
    1-IBU
    2-Anak perempuan
    3-Isteri
    alahai..isteri no-3 ye?
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Kes Liwat 2 Terkini Dan Panas Bapa Saiful Dakwa Mereka Dipergunakan Mohon Maaf Pada AnwarMy Profile

  14. Hafizul says:

    Alamak..macam mana aku boleh lupa hari wanita ni..selamat hari wanita..memang perempuan tu hebat..tangan yang mengoyang buaian mampu menggongcang dunia..hebat tuh…
    Hafizul baru je tulis kisah Pendapatan Pertama Dari Panduan Baju KurungMy Profile

  15. titan says:

    pemilik rahim? hoho..
    titan baru je tulis kisah Tukarkan batu menjadi emas.My Profile

  16. Norizwan says:

    wanita memang hebat…bayangkan wanita yang menjadi ibu mendodoikan anak di dalam buaian, bagaikan dunia ini bergoncang….sentap wooo….

  17. yas says:

    Tiada wanita alamat lingkuplah dunia…..:D
    yas baru je tulis kisah Gambar Pengganas Sulu Terbunuh Dalam Op Sulu Dan Op DaulatMy Profile

  18. dja@sishaza says:

    Tidak merasa nikmat hidup d dunia jika tiada ibu yg melahirkn kita…so jgnlah dilupakn bakti yg satu ni..
    p/s: tkasih krn masuk senarai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun