Kecewa

Banyak sebab boleh menjadikan diri kecewa. Tak dapat beli iPad2 pun kecewa. Pasukan bola yang disokong kalah juga kecewa.  Kalau banyak nyamuk berkeliaran juga boleh jadi kecewa. Apa lagi kalau jiran sebelah menyebelah buat hal, lagilah kecewa. Tambah pula kalau otak kering tak timbul idea nak buat entri blog, bertambah-tambah kecewa jadinya. :D

kecewaandai kata hati kecewa
ke manakah akan kubawa
adakah kepada kawan setia
atau kepada Allah Yang Esa

andai kata jiwa merana
sampai bilakah agaknya
mungkin untuk selama-lama
atau hanya sekejap saja

ingin hamba mencarinya
untuk kuabadikan pada hidup hamba
mungkin ia mempersona dan membahagia
pada diri hamba

Adaptasi dari lirik Andaikata Serai Berbunga nyanyian Flybaits.

Hati kecewa perlu ditangani dan diuruskan dengan betul dan bijak. Salah bertindak dalam menguruskan kekecewaan pasti akan menambahkan lagi rasa kecewa yang dialami. Lebih-lebih lagi kalau kecewa dalam bercinta. Memang parah. Kalangan remaja malah orang dewasa juga ada yang sanggup membunuh diri hanya kerana rasa kecewa.

Anda pernah kecewa? Berapa lama agaknya masa yang diambil untuk mengurus dan menghapuskan rasa kecewa yang dialami?

TehrDemikian kisah 'Kecewa' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


47 Comments

  1. sud@is says:

    1st aku
    x ingat tepat la …brpa lama boleh pulih
    kalau dikutkan hati mati
    ikut rasa binasa….
    sud@is baru je tulis kisah JOIN CONTEST AKU KAYAMy Profile

    1. padin says:

      kecewa, sud@is dapat 1st plak, adehh

      1. Ismail N says:

        misi #1 aje ni.. :D

      2. tehr says:

        memang rezeki sud@is tu dapat 1st

    2. tehr says:

      jangan, sud@is
      sabar
      hehe

  2. zik says:

    ambil masa juga untuk pulih dari kecewa… tapi apepun tak boleh lama2…. huhu
    zik baru je tulis kisah Maksud “Gentleman” bagi aku !My Profile

    1. tehr says:

      lagi cepat lagi baik tu, zik

  3. cikgufaezah says:

    semmm..bila cite bab kecewa nih..macam-macam karenahnya..
    cikgufaezah baru je tulis kisah Revised and Updated Application DPLI take up in July 2011My Profile

    1. tehr says:

      memang macam2, cikgu
      berbagai warna dan rasa

      1. suri says:

        kcwa ada warna klu warna suram tu ceria tak berpa sgt lah kot huuu..

  4. kaizen says:

    Dulu pernah kecewa dengan cinta yang dibina selama 4 tahun, ambil masa setahun untuk pulih, dan ambil masa setahun lagi untuk mencari cinta baru… hoho
    kaizen baru je tulis kisah XRay MeLiHaT Ke DaLaM BaJu aNDaMy Profile

    1. tehr says:

      semuanya memberi pengalaman dan pengajaran
      aku pernah alaminya laaaaaaaaaaaaaaama dahulu :D

  5. padin says:

    kecewa? umm.. belum ada perkara besar yg bt aku kecewa kot
    setakat perkara biasa2, memang banyak lah

    1. tehr says:

      harap2 tak kecewa dengan hal besar
      kan, bro?

  6. Ismail N says:

    Sapa yg tak kecewa dalam dunia ni bro :D Manusia dan kehidupannya tak pernah perfect… Cuma yg kita boleh buat adalah bersyukur dengan apa yg kita ada..

    1. tehr says:

      itulah yang sebenarnya
      banyak bersyukur bermakna hilanglah rasa kecewa

  7. mie says:

    sejak akhir perasaan kecewa asyik muncul saja..
    tapi cuba mengelak untuk diingat..
    mie baru je tulis kisah Keyword Bulan Februari 2011My Profile

    1. tehr says:

      memang bagus kalau dapat mengelak dan melupakannya, mie
      lagi cepat lagi baik

      1. suri says:

        sibukkan diri deg aktiviti yang berfaedah heee

  8. Cik Siti says:

    jangan terlalu memikirkan kekecewaan itu. kelak akan binasakan diri. kemurungan pula yang silih berganti. kalau tidak kukuh keimanan tu…. itu yang sudah jadi kes seperti pelajar yang kecewa di dada akhbar… minta dijauhkan
    Cik Siti baru je tulis kisah Tingkatkan Keyakinan DiriMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, cik siti
      minta sangat dijauhkan dari kita

  9. Aidanatasya says:

    Salam cikgu…

    klu sy kecewa biasanya akan berdiam diri…
    tak lama pun, 2-3 hari da ok la tu hehehe

    apapun senyum sokmo :)

    1. tehr says:

      diam juga banyak faedahnya, aida
      biar je ia berlalu dalam diam :)

  10. Saya kalau rasa kecewa biasanya akan keluar jalan-jalan bersama kawan untuk melupakan kekecewaan tersebut.
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Blogspot blocked againMy Profile

    1. tehr says:

      bagus sangat
      lagi baik kalau dapat kawan yang periang
      suka bergurau, melawak, bercerita
      kan? :D

  11. fikryn says:

    Jangan lama2 mengingat kecewa tu..
    Ingatlah.. tuhan kan ada..

    Nice!
    fikryn baru je tulis kisah Bagaimana Meningkatkan Kedudukan Blog MelayuMy Profile

    1. tehr says:

      betul2
      hanya DIA yang sentiasa bersama kita

  12. akubiomed says:

    Sudah 2 hari tidak jengah blog kerana pasang OS Ubuntu pada desktop PC tidak menjadi

    Mencari masak asam hingga Krubung
    Hajat hati memasang OS Ubuntu
    Sudah dua hariku bertarung
    Kerena kecewaku terus beradu

    1. tehr says:

      os ubuntu aku tak reti
      pernah dengar nama saja
      buang kecewa dari hati
      cuba lagi di lain ketika

      hehe

  13. Norgadis says:

    Saya tengah kecewa ni.
    Fikiran dah naik buntu dah.
    Nantilah saya cerita…

    1. tehr says:

      eh, kes besar ke ni, nor
      baik2 ambil langkah, ya

      1. Norgadis says:

        Dah melangkah pun sekarang, baru beberapa hari pegang jawatan baru ni, dah nak kena hantar ke KL menghadiri mesyuarat. Ini yang say malas ni, bukan apa, anak kecil saya tu tak boleh saya tinggalkan…
        Norgadis baru je tulis kisah Karnival Suka Tadika Islam MAIWP Caw Labuan 2011My Profile

  14. toyol says:

    kecewa sungguh TK sbb slalu jd orang last2 je bg komen kt blog cikgu ni..
    hehe..

    kecewa tu perasaan yg slalu ada bila menda d buat slalu x kena, apa d hajat slalu x dpt.. tp biasa la.. lama2 ia ilang sendiri jg..
    toyol baru je tulis kisah AYAH- JANGAN SEMBELIH SAYA! part 2My Profile

    1. tehr says:

      dah biasa macam tu, tk
      tak semua boleh dapat dengan senang dan cepat
      kadang2 perlu bersabar beberapa bulan
      hehe

  15. zulkbo says:

    salam..
    adehhh..penyakit yang sama
    macam Bro Etomyam juga ke nih
    dah give up ke bro..?ermmm..letih
    bawalah berihat..dah ceria kembali
    semula..inilah yang di katakan
    sintom “blogger klimaxs”..
    **teori saya ni..he he
    zulkbo baru je tulis kisah Istiharkan Cukai Pendapatan Dengan Betul Dan Tepat – LHDNMMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      sebahagiannya mungkin sama, zul :D

      tapi saya masih belum klimaxs, cuma keliru je
      hehe

  16. Ismail N says:

    aik, posting terbaru tu awal jugak comment closed? Kecewa kawe cam ni.. :D

    1. tehr says:

      sebenarnya kawe tak suka close komen
      memang ada kesilapan tu, bro
      sori dan minta maaf

  17. mekar says:

    Salam Teh,

    Lumrah manusia mengalami kecewa. Ada org boleh hilang kawalan diri bila masalah mbelenggu mrka. Oleh itu, kena kuatkan semangat dan dekatkan diri pada NYA.

    Alhamdulillah, lama2 boleh hilang sendiri rasa kecewa ni !
    mekar baru je tulis kisah Tips memiliki bibir sihat dan menawanMy Profile

    1. tehr says:

      itulah tujuan dan matlamat utama
      bersyukur dan sentiasa mengingatiNya
      insya allah

  18. suri says:

    kcwa suka bawa diri jlan2 heee..klu di mlk sslu lpak kat ajung batu hii..pastu dah ok dah :)

    1. tehr says:

      yups
      nikmati keindahan alam ciptaanNya memang dapat mengubat hati kecewa
      secara tak langsung kita sedar, Dia lebih utama dari segalaya

  19. ghost writer says:

    kekadang terpaksa ikutkan perasaan…

    kecewa itu seolah nikmat yang membuai sehingga terlupa pada apa yg patut dilakukan..
    ghost writer baru je tulis kisah blankMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      semuanya warna2 dalam kehidupa
      susun dan atur dengan bijak
      pasti sempurna dan cantik
      hehe

  20. kakyong says:

    setiap org pastu lalui kekecewaan..
    cuma harus di cari jalan penyelesaian..
    jangan terlalu ikut hati.. boleh binasa diri
    jika salah jalan dicari..
    kakyong baru je tulis kisah Andiya Adira si budak kuat nangisMy Profile

    1. tehr says:

      memang sentiasa ada jalan, kak yong
      cuma kekadang ada yang sesat
      ada yang tak mahu cari jalan asal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun